Wednesday 15 March 2017

Abim bekal pemimpin semua parti





Oleh Subky Latif

DALAM sejarahnya Abim yang baru dibentuk awal 1970-an dulu menjelang PAS keluar BN dan sejurus selepas ia keluar BN, amat rapat ia dengan PAS.Pimpinan PAS yang ketuanya Dato’ Asri Muda dan pimpinan Abim yang ketua dan pengasasnya Anwar Ibrahim saling kunjung mengunjung.

Bila Abim mengasaskan sekolah menengah aliran Islam, Yayasan Anda di Lembah Pantai dan tadikanya yang dinamai Taski berduyun-duyun anakanak orang PAS menjadi muridnya.

Sama naik populariti Abim sebagai NGO Islam dan pemimpinnya Anwar Ibrahim sebagai pmimpin belia Islam hingga ke antero dunia.


Hingga imej Dato’ Asri yang mulai menurun seolah-olah digerhanai Anwar. Bahkan kasihnya orang PAS kepadanya, ramai yang suka kalau Dato’ Asri berundur, Anwar layak menggantinya. Hatta Pak Natsir, pimpinan utama mendiang Masjumi, gerakan Islam terpenting Indonesia yang akrab dengan Anwar, dikatakan dalam kunjungannya kepada Asri membayangkan kepadanya kiranya hendak berundur wajar memikirkan Anwar sebagai gantinya.

Rakan-rakan Anwar yang memimpin Abim seperti Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Nakhaie Ahmad, Sanusi Joned, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan lain-lain amat rapat dengan PAS. Apabila Sanusi Joned bersetuju jadi calon BN pada Pilihan Raya Umum tahun 1974, maka dia dipencilkan oleh rakan-rakan Abimnya.

Orang PAS ramai yang jadi Abim kerana sebagai PAS tidak boleh ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, tapi Abim tidak dilarang. Sekalipun yang jadi ahli PAS Anwar yang rapat dengan PAS tidak jadi ahli PAS kerana dia mahu Abim jadi non-partisan dalam politik.

Anwar memberi laluan beberapa pimpinan Abim seperti Ustaz Fadzil, Ustaz Nakhaie dan Syed Ibrahim menjadi calon PAS kemudiannya tetapi mereka berundur dari pimpinan. Yang jadi calon PAS itu baik menang atau kalah tetap dilihat orang kuat Abim di samping orang kuat PAS.

PAS dikejutkan oleh Anwar jadi Calon BN di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum tahun 1982. Sebagai calon Umno dia kosongkan pimpinan Abim sebagai usaha mengekalkan Abim tidak partisan parti politik. Seperti yang jadi pimpinan PAS tak tinggalkan Abim, Anwar pun tak tinggalkan Abim.

Orang PAS yang tidak dapat menerima Anwar jadi Umno renggang dengan rakan Abimnya yang meny0kong Anwar jadi calon Umno. Akhirnya ia tidak jadi non partisan lagi, ramai yang jadi Umno macam Anwar.

Perang antara PAS dan Abim yang mulai mirip Umno tidak dapat dielak. PAS kata penyertaan Anwar dalam Umno tidak syarie Abim pro-Anwar kata penyertaan Anwar demi membersihkan Umno dari dalam dan mereka tidak dapat rapat lagi dengan PAS kerana PAS tidak tarbiyah. Apapun Abim sudah berubah dari NGO yang rapat dengan PAS jadi NGO sayap Anwar dalam Umno.

PAS yang dikatakan tidak tarbiyah menerima cabaran itu memperkenalkan konsep kepimpinan ulama dengan mengisi program tarbiyahnya sambil membentuk Pasti, tadika Islam bersaing dengan Taski Abim dan membantu mengukuh sekolah Agama Rakyat yang dipimpin oleh penyokong PAS.Abim pula terus dengan tarbiyah yang tidak anti-Umno dan berpuas hati ketika itu menjadi pembekal pimpinan kepada PAS dan Umno. Ketika itu parti politik orang Islam adalah Umno dan PAS saja, maka orang yang tidak bergiat lagi dengan Abim menjadi pimpinan PAS semua peringkat, dan orang Abim yang pernah ditarbiyahnya mulai jadi pimpinan Umno semua peringkat juga.

Oleh kerana Anwar jadi orang kanan Mahathir banyaklah aktivis Abim mengisi keudukan penting dalam kerajaan dan Umno. Apakah Umno dapat ditarbiyah suatu yang perlu dinilai, tetapi Abim seolah-olah Berjaya menyediakan Anwar sebagai pengganti Mahathir baik sebagai pemimpin Umno dan perdana menteri.

Pimpinan Umno yang tidak kenal tarbiyah seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Ghafar Baba, Rais Yatim dan lain-lain tidak jadi orang penting lagi.

Hinggalah Anwar dilucutkan dari timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sekalipun Anwar membentuk parti sen-diri PKR tetapi ramai orangorang Abim yang ada kedudukan di dalam Umno tidak meninggalkan Umno.

Ramai yang kekal dalam jawatan dan menjadi pimpinan besar Umno seperti Ahmad Zahid Hamidi, Fuad Zarkashi dan lainlain.

Sebagai aktivis Abim, Zahid dibekalkan untuk jadi setiasuaha politik Dato’ Seri Mohd Najib Razak di Kementerian Pertahanan.

Zahid dapat menjadi pembantu Najib yang setia dan Najib pula dapat membantu Zahid untuk pemimpin berpotensi kepada Umno dan kerajaan.

Kamarudin Jaffar sebagai Setiausaha Agung Abim dibekalkan Anwar untuk menjadi setiausaha politik kepada Ghafar Baba. Tidak dipasti dia dapat menjadi pembantu yang terbaik kepada Ghafar tetapi dengan kedudukan itu Kamarudin dapat bantuan untuk menjadi pemimpin Umno Tumpat.

Kerana dia ikut Anwar yang dikeluarkan dari Umno, Kamarudin pun tidak mahu jadi pimpinan Umno Tumpat lagi. Dia tidak pilih PKR tapi pilih PAS hingga jadi setiausaha agung PAS. Setiausaha agung adalah penasihat pertama bagi presiden PAS. Ia adalah satu pencapaian yang tinggi bagi seorang pimpinan Abim.

Abim boleh berbangga. Pimpinannya Anwar berjaya menjadi timbalan presiden Umno, manakala timbalan presiden Abim pula, Ustaz Fadzil Mohd Noor jadi presiden PAS. Selepas Ustaz Fadzil, Tuan Guru Abdul Hadi Awang jadi presiden PAS. Semasa Anwar jadi presiden Abim, Tuan Guru Hadi adalah ketua Abim Terengganu.

Dalam rekodnya ramai dari pimpinan PAS itu ada latar belakang Abim. Semua mursyidul am PAS – Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Haron Din dan Tuan Guru Hashim Jasin sekarang – adalah rakanrakan Abim yang baik.

Kata Tuan Guru Hashim setelah jadi Mursydul Am yang baharu, beliau yang memang PAS assabiqun menyertai Abim kerana pimpinan Islamnya yang memberangsangkan.

Dia tidak sangka Anwar hendak jadi Umno.

Sekarang parti orang Melayu sudah jadi lima berikut kelahiran PKR, Amanah dan PPBM. Keduadua PAS dan Umno memang ramai pimpinannya berlatar belakangkan Abim. Apabila Anwar menubuhkan PKR tidak semua Abim dalam Umno menyertai PKR. Yang menyertai PKR pun ramai juga.

Sekali pun Anwar pemimpin mutlak PKR tetapi ramai pimpinan berpotensi PKR tidak berlatar belakangkan Abim. Antara orang Abim yang terkenal dalam PKR ialah Dr Mohamad Nor Manuti. Tidak pasti dia mahir politik atau tidak. Tetapi ke mana Anwar ke situlah dia.

Mohamad Sabu jadi Abim semasa menuntut. Dia tidak ngam dengan Anwar, maka dia jadi orang PAS yang penting. Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat Mat Sabu jadi orang penting Pakatan bersama Anwar. Malah dia lebih rapat dengan Anwar dari pimpinan partinya sendiri.

Bila dia mufarakah dengan PAS, dia membentuk parti sendiri. Dia beregu dengan bekas setiausaha agung Abim, Anuar Tahir membentuk PAS. Maka Abim menyumbang kepada Pan, presiden dan setiausaha agung.

Tun Dr Mahathir Mohamad pun membentuk PPBM. Presidennya Muhyiddin Yasin seangkatan Anwar di universiti. Tisak diketahui pernahkah dia jadi Abim. Tetapi dia mengambil Kamaruddin Mohd Nor, bekas setiausaha agung Abim jadi ketua penerangan PPBM. Tarbiyah Abim kini menyumbang pemimpin kepada semua parti politik.

No comments:

Post a Comment