Friday 3 March 2017

Halau Dr Zakir Naik tindakan tidak bertamadun


PIMPINAN
BOLEH setuju atau tidak bersetuju dengan Dr Zakir Naik mengenai pendekatan beliau ketika berhujah dan berdakwah. Tetapi apabila hendak menghalau beliau daripada bumi Malaysia kerana usaha dakwah beliau satu tindakan yang tidak bertamadun di alaf ini. Jangan ugut begitu, perlu jaga hati orang Islam yang majoriti di Malaysia. Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu begitu sensitif tentang agama. Mereka boleh hilang tanah dan kampung halaman, tetapi tidak boleh hilang agama.


Sebab itu Inggeris menjajah lama ke atas negara kita, kerana mereka mengkaji, Melayu cukup sensitif tentang agama. Berbanding dengan Portugis, Belanda, Jepun dan Komunis. Inggeris telah meletakkan soal agama di bawah Sultan dan pentadbiran di bawah Residen Inggeris sewaktu Perjanjian Pangkor 1874. Inggeris boleh kaut segala hasil mahsul negara, tetapi mereka tidak ganggu soal agama.
Walaupun sikap dan tingkah laku, pakaian, pergaulan tidak menggambarkan sebagai seorang Islam, namun tetap sensitif dengan Islam. Mereka akan pertahankan Islam walaupun dengan apa cara sekalipun.
Apa dosa dan salah Dr Zakir Naik sehingga hendak bertindak kasar sebegitu rupa? Datangkan hujah yang bernas, untuk lawan fakta Dr Zakir. Sebenarnya golongan ini sudah menjadi melukut di tepi gantang. Mereka hanya hidup dengan media yang mempunyai agenda seperti mereka. Tindakan mereka bukan sahaja dibenci oleh orang Islam, malahan orang bukan Islam yang bersopan dan bermoral.
Golongan ini cuba  test market untuk menentang RUU 355, namun masih tidak mendapat sambutan di kalangan orang Islam. Golongan ini bukan sahaja tidak mahu syariat Islam, malahan pengawalan moral pun mereka tidak mahu. Mereka mahu Malaysia seperti negara barat. Mungkin golongan ini pening lalat tidak sedar bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ialah Malaysia.
Sekarang muka yang sama juga hendak bertindak melampau terhadap Dr Zakir Naik. Paling malang tindakan golongan ini merugikan parti politik dan individu yang sewaktu dengannya. - HARAKAHDAILY 2/3/2017

No comments:

Post a Comment