Thursday 2 March 2017

Ahli Parlimen Islam perlu berani tolak RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah, kata NGO



Berita



Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang giat membantah rancangan PAS bagi menjatuhkan hukuman lebih berat di bawah undang-undang syariah menggesa ahli Parlimen Islam membuat pendirian jelas kerana pihak berkuasa negeri atau agama tidak patut diberi “lesen untuk mendiskriminasi, meminggirkan atau melakukan kezaliman agama”.

“Bersikap berkecuali atau mengundi ‘ya’ bermakna ahli Parlimen mengkhianati amanah diberikan rakyat kepada mereka untuk mengekalkan kepelbagaian budaya dan identiti kesederhanaan di Malaysia,” kata Azrul Mohd Khalib yang mewakili Bebas, kumpulan menganjurkan himpunan balas terhadap himpunan RUU 355 PAS di Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu.



Azrul menggesa rakyat Malaysia menghubungi ahli Parlimen masing-masing bagi mengetahui pendirian mereka terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dijadual dibahaskan pada sidang Parlimen bermula minggu depan.

RUU 355 itu mula dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu dan dilihat bakal membuka pintu kepada usaha memperkenalkan hudud, hukuman jenayah Islam di Kelantan.

Sebaik sahaja RUU 355 diluluskan, hukuman akan ditambah daripada 3 tahun ketika ini kepada 30 tahun, denda RM5,000 dinaikkan menjadi RM100,000 dan sehingga 100 sebatan berbanding 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah kepada pesalah Islam.



Apabila Dr Rozaimi Ramle dan Dr Asri dilihat tidak menyokong RUU 355 dan membuat kritikan secara terbuka ini memberikan nafas kepada NGO yang dipimpin oleh Azrul untuk giat membantah.

Pemimpin PAS sebelum ini berkata, ia adalah hak umat Islam untuk ditadbir undang-undang Tuhan.


Seorang pemimpin PAS baru-baru ini menafikan ahli Parlimen Islam ditakut-takutkan atau dipaksa menyokong RUU 355.

“Mereka sepatutnya mengundi memihak kepada (RUU 355). Tetapi, kita tidak boleh paksa mereka,” kata ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata baru-baru ini sambil menambah umat Islam perlu menyokong hudud – hukuman jenayah Islam “kerana ia adalah undang-undang dari Allah”.

Bagaimanapun, Azrul berkata, RUU 355 adalah “undang-undang Hadi Awang”.

“Ia bukan undang-undang Tuhan. Hadi terus mendiamkan diri mengenai kewajaran, rasional atau alasan bagi menambah penalti syariah yang dicadangkan beliau.”

Beliau turut mencabar ahli Parlimen “berani menolak mana-mana versi rang undang-undang itu” dengan berkata, ia akan menjejaskan badan kehakiman negara.



“Apa yang kami dengar daripada juara rang undang-undang ini adalah hukuman lebih berat yang akan menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan moral hari ini dengan apa jua cara. Apa yang rang undang-undang ini akan lakukan sebaliknya adalah menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara serta rakyatnya,” kata Azrul.

Azrul Mohd Khalib mengetuau sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan balas terhadap Himpunan RUU 355 anjuran PAS. NGO yang dikenali sebagai Bebas yang kini bergiat mencari sokongan terutama terhadap kumpulan yang pro kepada LGBT.

No comments:

Post a Comment