Sunday, 30 December 2012

Rahsia Kenapa Kristian Mahu Guna Kalimah 'Allah'



Di Malaysia ketika ini masih terdapat kelompok tertentu memandang remeh isu desakan orang bukan Islam untuk dibenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut agama selain agama Islam. Malah kelompok ‘liberalist’ dan ‘pluralist’ Islam ini menggesa pula umat Islam supaya tidak perlu terlalu khuatir jika bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah tersebut atas alasan kononnya gambaran ancaman kegelinciran akidah orang Islam adalah sebenarnya datang dari orang Islam yang lemah iman semata-mata.

Sesungguhnya kekhuatiran dan kewaspadaan itu sebenarnya berasas serta munasabah. Penentangan ini bukan datang dari mereka yang lemah iman tapi dari mereka yang sangat arif tentang agama, dakwah dan permasalahan ummah termasuk dari kalangan mufti dan ulama pelbagai parti.

Sebelum ini pun, majlis-majlis agama Islam negeri sendiri telah memohon kebenaran untuk mencelah terhadap semakan kehakiman adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama sebagai akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta menyebabkan sensitiviti agama.

Memang kita mengetahui bahawa kalimah ‘Allah’ ini turut digunakan oleh bukan Islam di negara-negara Arab dan negara jiran kita, Indonesia untuk merujuk kepada tuhan mereka, bahkan sebelum kehadiran risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Pun begitu kita juga amat menyedari bahawa di sana terdapat alasan yang amat releven dan kukuh untuk mewujudkan kewaspadaan dalam isu ini kerana dapat difahami penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan salah satu strategi terancang oleh pihak gereja untuk menyebar luaskan agama Kristian di Malaysia, dan di negara-negara bukan penutur jati Bahasa Arab dan memurtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama.

Ia dapat dibuktikan menerusi pendirian The People of the Book, sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam Bahasa Sepanyol. Walaupun mereka sendiri mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh mereka seperti berikut:

“We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.” [The People Of The Book - Following Isa along the straight path, Strategy Brochure]

Kenyataan ini dimuatkan dalam risalah strategi pendakyah Kristian yang boleh dimuat turun dihttp://www.thepeopleofthebook.org/PofB-PDF/PofBbrStrat.pdf

John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam. Hultvall menulis:

“It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too." [John Hultvall, Mission and Revolution in Central Asia, Preface by the Author 1981, Hlm. 7]


Selain itu, Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Buku ini telah dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! karya mubaligh Kristian, Kevin Greeson yang menjadi panduan kaedah bagi memurtadkan umat Islam termasuk melalui penggunaan kalimah ‘Allah’.

Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam, antaranya ialah penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada tuhan agama Kristian.

Walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ ini dikritik dan kurang disenangi oleh kalangan pemimpin dan penganut agama tersebut sendiri namun disebabkan oleh muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada dakyah mereka, maka ia tidak dianggap sebagai sesuatu isu besar. Mereka menjadikan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini sebagai suatu ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengarah misi untuk The Corpus Christi Baptist Association di Texas, Edd Jump mengakui keberkesanan kaedah ‘The Camel’ ini sekalipun dia secara peribadi tidak selesa dengan penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada tuhan.

Seorang baptis Georgia seperti dilaporkan oleh portal The Christian Index, mendakwa kaedah ‘The Camel’ telah menjadi pendekatan yang sangat berkesan sepertimana dapat disaksikan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat. Baptis itu berkata: “Sebahagian orang menggunakan pendekatan ini dalam komuniti kita dalam perkara asas harian dan mereka melihat tindak balas yang hebat.”

Sementara itu, Presiden The Christian Index IMB, Jerry Rankin dipetik sebagai berkata:

“What our missionaries are doing with ‘The Camel’ is much like what Paul did when he went to Athens. He saw an altar ‘To The Unknown God’ and stated, ‘him declare I unto you.’ In seeking to reach the Muslims, you start with where they are and with their worldview and bring them to the bridge, to the passage in the Qur’an that speaks of Isa (Jesus) and then take them to the gospels. Of course, the Bible is the inspired Word of God and you pray and trust the Holy Spirit to reveal the truth about Christ to them.”

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila baca dihttp://www.christianindex.org/3313.article.print

Kita juga didedahkan dengan laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God”. Di mana laporan ini secara tidak langsung telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

No comments:

Post a Comment