Friday 28 December 2012

Ziarah Mahabbah Tongod


 

23 Oktober 2012, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Telupid dan Tongod telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Kampung Tongod, Daerah Tongod.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi bimbingan ilmu fardhu ain, menyuburkan rasa kasih sayang dan semangat persaudaraan dalam suasana mahabbah dan mawaddah. Selain memberi motivasi dan sokongan moral tidak lupa juga sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
 
Kampung Tongod dihuni oleh majoriti penduduk yang berbangsa Sungai dan merupakan sebuah perkampungan saudara baru. Perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa selama 1 jam dari pecan Telupid. Dianggarkan sebanyak 80 orang peserta mengikuti program ini.
 
Program dimulakan dengan alunan indah Asmaulhusna,  diikuti Selawat Shifa dan dilengkapkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Hadis serta terjemahan. Perbincangan mengenai tajuk “Bersuci”, tazkirah, solat berjemaah, penyampaian sumbangan dan ramah mesra bersama penduduk kampung merupakan antara pengisian yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
 
Majlis perasmian dan tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah mewakili Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah Ustaz Sabli bin Haji Ali, Ketua Pejabat JHEAINS Daerah Tongod, AJK Badan Dakwah Pejabat Daerah Tongod, Imam Rawatib dan Imam Daerah.
 
Sebanyak 40 sumbangan berupa Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan keperluan dapur turut dihulurkan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada saudara baru. Penduduk kampung juga sempat beramah bersama rombangan sambil membincangkan isu-isu permasalahan saudara baru kampung tersebut.
 
 
 
Alunan Asmaul Husna beramai-ramai
 
 
 
Sumbangan kepada Masjid Kg. Tongod

Tarikh : Disember 13, 2012 - 10:15am
Editor : mdfadhli

No comments:

Post a Comment