Tun Abdullah Badawi adalah PM ke 5 Malaysia.Beliau adalah antara PM yang tersingkat memegang tampuk kuasa iaitu sekadar 3 tahun sebelum diganti oleh PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.Dizaman pemerintahannya beliau megemukakan gagasan Islam Hadhari yang dinggap kontroversi.alaupun masa pemerintahannya beliau mempelopori konsep Islam Hadhari yg dianggap kontroversi tetapi tahukah anda sekian bahawa Islam Hadhari itulah yang akhirnya memunculkan program JQAF, SABK di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia.Tun telah mengarus perdanakan pendidikan Islam dlm sekala yg besar dan hebat.
Kalau bukan keputusan berani beliau ketika Mesyuaratnya di Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam di Malaysia (MKI) pada th 2005 rasanya tidak mungkin JQAF dan SABK akan terlaksana. Mewujudkan JQAF dan SABK memerlukan dana kewangan yg cukup besar dipihak kerajaan.Bayangkan kalau 32 000 org guru JQAF benar2 terlantik dan pengambilan sekolah agama rakyat utk dijadikan SABK betul2 terlaksana betapa besarnya peruntukan wang kerajaan digunakan utk pengajaran Islam di sekolah2.
Bagaimana agaknya perasaan golongan bukan Islam di Malaysia.Mereka (bukan Islam) sebenarnya pernah bersuara mengapa dana begitu besar digunakan utk menggaji guru-guru mengajar Islam ?Mereka menyuarakan;"Kami juga membayar cukai, kalau macam itu mengapa tidak juga dilantik guru-guru bagi mengajar pengajian agama lain di sekolah.Kalau Islam boleh diajarkan disekolah guna wang awam mengapa mengajar agama lain di sekolah dgn dana awam tidak boleh. ini tidak adil !"
Di atas pandangan ketidakpuasan hati bukan Islam, saya merasakan usaha merealisasikan JQAF dan pewujudan SABK bukanlah satu yg mudah.Tidak mustahil usaha2 menggagalkan dan menghentikannya akan dibuat.Sejauhmanakah parti Sekular UMNO mampu mempertahankan.Apakah Plan Pembanggunan Pendidikan (PPP) yg baru diluluskan akan menjadi satu perangkap yg akhirnya akan menamatkan JQAF dan pendidikan Islam lainnya.SSebenarnya saya sangsi dgn Paln tersebut sejak dari awal lagi kerana beberapa sebab.Apapun kIta tunggu dan lihat.
JQAF adalah projek terbaik dlm aspek pendidikan Islam yg pernah dilakukan oleh kerajaan. Melalui JQAF kalau ikut perancangan ia membolehkan kerajaan melantik 32,000 orang guru disekolah utk mengajar Jawi, Qur'an Arabic dan Fardhu Ain (JQAF).Utk tempoh 10 th sejak 2006 graduan pengajian Islam tidak perlu bimbang menggangur.Utk para graduan pengajian Islam Guru JQAF boleh dijadikan pilihan berkerjaya.Graduan lain menggangur sampai bertahun lamanya tapi al Hamdulillah kewujudan JQAF menyelamatkan para graduan pengajian Islam.Sehingga kini dimaklumkan masih kekurangan guru JQAF.
Amat menarik perlu disebutkan di sini ialah kewujudan JQAF membolehkan matapelajaran B. Arab, JAWI dan Qur'an diajar di peringkat sekolah rendah lagi.Kalau segalanya berjalan lancar Insyaa Allah 20 tahun lagi kita akan menyaksikan hasilnya.Paling tidak hasilnya jenerasi Y kita boleh kenal B.Arab. Pada masa akan datang B.Arab bukan lagi milik pelajar sekolah agama dan Ustaz2 sahaja.Jgn terkejut 30 tahun mendatang ada artis dan penyayi yg boleh bercakap dan mennyanyikan lagu Arab.Penyanyi spt saudara Muaz akan muncul lebih ramai lagi. Jgn terkejut juga kelab2 malam dan Akademi Fantasia juga akan dihidangkan dgn lagu Arab. Inilah kesan JQAF utk rakyat Malaysia.Kalau pelancung Arab berupaya meng'arabkan' jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur rasanya JQAF Insyaa Allah sedikit sebanyak memberi kesan kpd peningkatan pengetahuan rakyat Malaysia memahami B.Arab sbg bahasa Al Qur'an.
Di sisi lainya pula,pelaksanaan JQAF buat masa kini sebenarnya mampu mencorakkan Biah Islamiah diwujudkan di sekolah harian biasa. Bagi setiap sekolah yg mempunyai guru JQAF dan bergabung pula dgn guru pendidikan Islam sedia ada memungkinkan mereka akan menjadi golongan majoriti. Lulusan pengajian Islam menjadi jumlah guru teramai di sekolah-sekolah harian biasa.Biasanya utk melihat jumlah besar guru2 yg mengajar berkaitan Islam hanya wujud di sekolah2 agama namun kini keadaan tersebut boleh dilihat di sekolah-sekolah harian biasa.Kalau guru JQAF dan pendidikan Islam bersatu dan seterusnya berperanan saya rasa suara mereka tidak akan terpinggir. Tidak akan ada sesiapa berani meminggirkan mereka.
TAPI sayang, katanya di sesetengah sekolah apa yg berlaku ialah wujudnya persaingan antara guru JQAF dan guru pendidikan Islam. Ada yg menyalahkan sesama sendiri.Ada yg menolak kerja atas tanggapan ia bukan kerjanya. Tidak wujud Ukuhwah sesama mereka. Sering menuding tangan kpd kumpulan lain bila berlaku sesuatu kesalahan. Akhirnya,mereka menjadi bahan ketawa guru-guru lain bukan pendidikan Islam.Harapan utk mwujudkan Biah Islamiah gagal dilakukan kerana gagalnya guru JQAF dan pendidikan Islam menjadi Qudwah Hassanah.
Musuh sedang merencana utk melemahkan dan mungkin seterusnya menghapuskan pendidikan Islam dlm arus pendidikan negara TAPI sayang guru2 yg diamanahkan berkelahi sesama sendiri.Isu remeh temeh lain yg banyak dibincangkan.Hargailah apa yg ada. Buatlah apa yg terbaik demi agama.
No comments:
Post a Comment