Friday 28 December 2012

MENGERAT KASIH MASYARAKAT SAUDARA BARU DI PEDALAMAN



Pada 02 dan 03 November 2012, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Tambunan dan Nabawan telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Kampung Libang Ulu, Tambunan dan Kampung Ria, Nabawan.
 
OBjektif utama program ialah memberi bimbingan ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain, memberi motivasi dan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
 
Antara pengisian yang dijalankan ialah perbincangan mengenai tajuk ‘bersuci’, tazkirah, solat berjemaah, dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru.
 
Majlis perasmian dan tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah wakil JHEAINS Tambunan, Nabawan, Wakil USIA Nabawan, Penggerak Dakwah Tambunan, Tenom, PLD Keningau dan rombongan Jakim Cawangan Sabah.
 
Sebanyak 50 sumbangan berupa Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan keperluan dapur telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak dilupakan sumbangan hamper kepada anak-anak yatim turut diagihkan.
 
 
Tazkirah oleh Pengarah Jakim Sabah
 
 
Halaqah ilmu
 
 
Antara perserta yang menerima sumbangan

Tarikh : Disember 13, 2012 - 11:26am
Editor : mdfadhli

No comments:

Post a Comment