Wednesday 19 December 2012

Graduan Ijazah Usim-DQ Penerima Anugerah Pelajaran Diraja


NOVEMBER 2012 - Majlis Konvokesyen ke-10 Universiti Sains Islam Malaysia telah meraikan seramai 1346 graduan. Daripada jumlah tersebut, seramai 30 orang graduan sulung Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunah melalui program kerjasama USIM-Darul Quran JAKIM turut dianugerahkan ijazah.
Seramai 6 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah berjaya mendapat pangkat kelas pertama. Saudari Amirah binti Ahmad Ajazi, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dan menerima watikah, medal Pingat Jaya Cemerlang serta wang tunai RM5,000 yang disampaikan oleh Canselor USIM. Sementara itu, Anugerah Canselor diberikan kepada Siti Nurhafizah binti Abdul Rashid, Norhafizah binti Jalil telah menerima hadiah buku universiti dan Siti Samihah binti Khamrulzaman telah menerima hadiah buku fakulti.
Antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan ini adalah hasil komitmen dan sokongan penuh yang diberikan oleh JAKIM khususnya Pengurusan Darul Quran.
Semoga kejayaan yang membanggakan ini dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar lain untuk mengekalkan kecemerlangan akademik sekaligus dapat memartabatkan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di mata dunia.
 
index_1.php
Amirah Ahmad Ajazi ketika menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang).
 
index_3.php
Siti Nurhafizah Abdul Rashid ketika menerima Hadiah Buku Universiti.
 
index_4.php
index_6.php





index5.php
Foto ehsan website rasmi USIM

No comments:

Post a Comment