Thursday, 27 December 2012
Lawan dan Kalahkan Iblis Kalau Mahu Selamat Dunia dan Akhirat
Syaitan dan Iblis adalah musuh yang nyata bagi umat Manusia.Permusuhan mereka bermula sejak penciptaan Adam di Syurga.Perkara ini Allah sendiri istiharkan di dalam Al Qur'an. Antaranya di dalam Surah Yassin. Firman Allah:"Sesungguhnya Dia (Syaitan) adalah musuh kamu yang paling nyata (Surah Yassin).Tanpa pemberitahuan drp Allah melalui Al Qur'an ini kitapun tidak tahu hal permusuhan Iblis Syaitan kepada kita semua.
Sebagai manusia kitapun terkejut juga kenapa tidak pasal2 Syaitan Iblis ini memusuhi kita semua. Bukannya kita pernah tinggal dan kenal mereka semua. Bahkan seumur hidup kitapun tak pernah nampak mereka.Macammana bentuk badannya kitapun tidak tahu.Mereka hidup di alam lain dan kita di alam lain pula.Kitapun tidak pernah menyakitinya.Secara tiba2 dia memusuhi kita dan mahu menghancurkan kita semua. Lebih teruk Syaitan Iblis ini hendak kita dimasukan ke dalam neraka bersama mereka.
Cerita mereka benci dan memusuhi kita semata-mata kerana dendam kesumat sahaja.Semua kerana sifat dendam dan hasad dengki mereka apabila Allah memuliakan Adam sebagai manusia ketika diciptakan di Syurga. Dari situ dendam kesumatnya berpanjangan sehingga mereka dihalau dari Syurga.Persoalannya, kenapa secara tiba2 mereka hendak iri hati dan khianat kpd mahluk manusia.Ini yg pelik.Kemudia berdendam dulu, kini dan selamanya.Apapun sememangnya kesalahan ditangan mereka kerana sombong dengan Allah walaupun mereka pernah mendapat segala kenikmatan pemberian Allah SWT.
Disebabkan dendam kesumat, mereka akan berusaha menghancurkan kita. Mereka akan menghancurkan aqidah dan agama kita.Mereka akan merosakan segalanya termasuk keluarga dan lainnya.Mereka akan menjadikan supaya kita mengikut nafsu dan telunjuk mereka sehingga mengajak kita semua melakukan segala perkara yg dilarang Allah.Mereka mengajak manusia berzina, minum arak, liwat, makan riba hatta sehingga membunuh diri.Yg penting di sini mereka pada setiap saat dan waktu tetap akan menghancurkan keturunan manusia.Jelas, mereka amat memusuhi kita.
Persoalannya di sini, kenapa kita seolah-olahnya tidak peduli dengan sikap permusuhan Iblis kepada kita semua.Pelik, orang yang dimusuhi tapi tidak berbuat apa2 utk mempertahankan diri dari serangan musuh.Serangan musuh berlaku setiap detik tidak dilawannya. Bahkan kita sanggup membiarkan diri kita dibuli, dicabuli dan diperbodohkan oleh Iblis laknatullah ini.Sedar tidak sedar sebahagian besar kita sebenarnya hidup dengan mengikut telunjuk Iblis Syitan ini.Kesannya sebahagian manusia termasuk orang2 Islam hidup di bawah telunjuk Iblis dan dalam kesesatan.
Kesanya macam2 perbuatan manusia yg dilakukan terkadang lebih teruk drp binatang. Ada yg sanggup membunuh manusia lain sehingga membakar mangsa semata-mata utk menghilangkan bukti. Berzina kemudian membuang dan membunuh anak yg dikandungnya. Ramai yg terlibat dgn penipuan, jenayah kekerasan, ketagihan arak, dadah, sex dan segalanya. Mereka semuanya hidup dgn kerasukan Syaitan.
Jadi saya hendak sahabat Fb sedar akan permusuhan Iblis ini. Yakinlah Iblis tidak akan mengizinkan kita hidup bahagia dan selamat dunia dan akhirat.Kalaupun kita sedang mendapat nikmat hidup dunia kerana mengikut jalan Syaitan yakinlah kenikmatan itu tidak membawa kita kemana-mana selain akan mendapat balasan dahsyat di akhirat kelak drp Allah SWT.
Mulai hari ini marilah kita mulakan usaha melawan Syaitan dan Iblis.Jangan biarkan mereka membuli, membodoh dan menyesatkan kita.Bertaubatlah dan berhenti drp mengikut jejak langkah Syaitan. Mulakan tentangan kita kpd makhluk laknat dan durjana ini kalau kita mahu selamat dunia dan akhirat.
Sebagai tips bagaimana hendak lawan Iblis ini saya cadangkan banyakkan solat, membaca al Qur'an, berzikir, berpuasa dan menuntut ilmu.Buat secara berterusan.Jangan mengalah dan Istiqamah. Insyaa Allah Iblis akan kepanasan dan seterusnya akan menghindari kita. Insyaa Allah lepas itu sedikit demi sedikit hidup kita akan lebih selesa dan mula mencintai ajaran Allah SWT. Bertaubat, berubatlah sebelum terlambat.
Labels:
Kaunseling Dan I'laj Syarie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suatu nasihat yg berguna utk umat Islam! Semuga mendapat petunjuk Dan hidayat Dari Allah! Amin!!
ReplyDelete