Wednesday 19 December 2012

Mesyuarat Jakim Bersama Pusat-Pusat Islam IPTA/IPTS Bil 2/2012



 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah Pusat Islam, Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta Bil 2/2012 yang diadakan pada 14 Disember 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Mesyuarat kali ke-2 ini bermatlamat untuk membincangkan isu-isu berkaitan Islam di IPT disamping merancang untuk mengadakan program secara bersama yang bersifat nasional pada tahun 2013.
 
Justeru itu, selaras dengan objektif pertemuan ini menjadi platform serta medan perbincangan dan sumbang saran (brainstorming) bagi memantapkan jaringan pintar (smartpartnership) antara Jakim, KPT dan IPTA/IPTS dalam rangka menjana dan memperkasa pembangunan modal insan khususnya di kalangan mahasiswa.
 
Seramai 40 orang hadir ke mesyuarat ini yang melibatkan Pengarah-Pengarah Pusat Islam IPT yang mewakili 30 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
 
Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim Tuan Haji Razali Shahabudin. Turut hadir Ustaz Haji Mohamad Bin Md. Zin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah mewakili Pengarah Bahagian Dakwah dan Ustaz Ruslan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah. Satu pembentangan kertas kerja Ustaz Eizzul A’la Bin Bajuri (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan) yang bertajuk Isu-isu ancaman Akidah di Malaysia.
 
YB Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut hadir menyempurnakan mesyuarat tersebut disamping menyampaikan sumbangan buku-buku tulisan beliau kepada Pusat-Pusat Islam IPTA/S. Buku-buku tersebut ialah Moderat, Langit Terbuka dan Tanyalah Ustazah.
 
Beliau dalam ucapannya berharap agar Pusat-Pusat Islam IPT menjadi rakan strategik Jakim dalam menyampaikan info-info berkaitan isu-isu semasa Islam kepada warga kampus. Selain itu, hubungan erat ini juga dapat dikemabngakan melalui penyelidikan dan kajian yang boleh dibangunkan bersama khususnya dalam aspek penyelidikan Islam.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment