Tuesday, 25 December 2012

MAKANAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN SESEORANG ?

Makanan mampu membentuk keperibadian seseorang. Bunyinya pelik tapi itulah hakikatnya menurut pandangan Islam.Rasulullah SAW bersabda"Setiap daging yg tumbuh daripada benda yg haram maka api nerakalah tempat yg wajar baginya (Al Hadis).Dlm menghuraikan hadis ini ulama bersepakat mengatakan bahawa makanan yg haram dan kotor akan mencorakkan keperibadian seseorang.

Oleh itu, yg menyebabkan seseorg dihumbankan ke dalam neraka ialah kerana buruk perangainya bukan daging yg tumbuh tadi.Soalnya bagaimanakah makanan boleh membentuk perangai seseorg?Betul ke makanan haram boleh mempengaruhi perangai individu ?Satu yg sukar dijawab.Secara saintifik perkara ini juga sukar dibuktikan.



Ambil cth makanan yg dibeli drp duit tipu dan rasuah.Katalah drp hasil penipuan dan rasuah seorg ayah membelikan makanan utk anak dan isteri.Rasanya drp segi tumbesaran anak sama sahaja.Sehat sebab dia makan benda2 yg berkhasiat kalau makanan yg dibeli itu makanan berkhasiat. Anak2 tadipun cergas dan sehat.Jadi bagaimana untuk mengatakan makanan haram boleh membentuk perilaku buruk sehingga boleh menghumbankan seseorang itu ke neraka ? 

Dlm kes ini mungkin kita kena lihat di sudut kerohanian.Persoalan halal haram dlm Islam adalah perbincangan kerohanian dlm Islam.Dlm ilmu tassawuf sebagai cth persoalan dosa walaupun sekecil manapun ia dianggap dosa dan mesti ditinggalkan. Perbuatan haram dan dosa ini hanya menyebabkan musuh Allah khususnya Syaitan dan Iblis akan menghampiri kita. Menurut Tasawuf makanan/benda Syubhat juga wajib ditinggalkan. Ia sudah dianggap kotor, najis dan hilang berkat.

Ikut lojik kerohanian Islam atau Tasawwuf bahawa makanan haram sebenarnya telah dicemari oleh Syaitan dan Iblis.Walaupun zat zahirnya ia berkhasiat tapi menurut zat batinnya ia adalah kotor dan najis. Bayangkan kalau kita memakan bahan yg telah dicemari oleh Syaitan dan Iblis.Makanan  telah diinjak dan dinajisi oleh Syaitan dan Iblis.Pastinya ia amat kotor dan menjijikan.Pada zhirnya makanan itu sama sahaja tapi secara batinnya ia amat kotor dan memualkan. Benarkah Iblis boleh melumuri sesuatu dgn kekotoran termasuk tubuh badan, makan dan lainnya?Di sini saya tegaskan bukankah, apabila seseorang  hendak memasuki tandas dikehendaki membaca doa dan menutup kepala. Kenapa kalau bukan  untuk mengelakan gangguan Iblis yang antaranya ketika ditandas Iblis akan melumur kita dgn kekotoran najis (Batin). Logiknya sememang ia boleh berlaku terhadap makanan yang dtang drp sumber haram dan tidak berkat ini.

Orang yang memakan benda2 haram, sebenarnya org2 ini telah memakan unsur2 Iblis dan Syaitan sekali. Pastinya unsur Iblis dan Syaitan telah meresap di dalam makanan yg akan menjadi darah daging kita.Sedangkan di dalam keadaan biasa apabila kita hendak makan kita diminta membaca Bismillah kerana mohon perlindungan Allah drp Syaitan dan Iblis tiba2 secara sengaja kali ini kita memakan makanan yg menggandungi unsur Syaitan dan Iblis.Benar mata kita tidak dpt melihatnya atau teropong berkuasa tinggipun tidak dpt mengesan wujudnya unsur2 tadi.Tdak nampak dan tidak dpt kesan bukan maknanya tidak ada.TAPI itulah hakikat kewujudan Iblis.Semua ini adalah perkara ghaibiyat yang wajib kita imani.

Makanan yg kita makan tadi menjadi darah dan daging yang terbentuk menggandungi unsur Syaitan dan Iblis.Syaitan dan Iblis telah disebatikan dlm tubuh kita. Syaitan dan Iblis disebatikan dalam darah yang mengalir di dalam tubuh.Apa kesannya. Kesannya cukup besar.Sebahagian besar tubuh kita termasuk daging dan darah telah disebatikan dengan unsur Iblis. Ini memungkinkan Iblis akan menguasai seluruh kehidupan kita. Organ otak pastinya telah dicemari oleh Iblis.Iblis yang dibawa oleh aliran darah yang telah tercemar.Bayangkan apabila aqal telah dicemari oleh unsur jahat.Tidakkah akan ini akan berfikir cara jahat juga ?Kesannya,  cukup nyata org spt ini akan liat beribadat.Sukakan hiburan, kejahatan, maksiat, lucah dan perbuatan-perbuatan kotor lainnya.Hati org spt ini akan keras.Sukar mendengar nasihat.Sukar mendengar ilmu dan ayat2 al Qur'an. 

Sebab itu jgn hairan kalau anak2 sejak drp kecil diberi makanan drp hasil rasuah dan lainnya hati anak tadi akan keras. Inilah anak yg akan sanggup membunuh ibu ayahnya sendiri kalau kemahauannya tidak dituruti.Lahir anak degil, keras kepala, sukar menerima nasihat, tidak minat pelajaran, merempit, biadab dll.

Telah terbukti banyak testimoni mengiktiraf perkara ini.Dlm kes2 kaunseling cerita2 anak degil byk ditemui.Begitu juga cerita suami dan isteri degil, bengis dan segalanya byk juga ditemui.Rumah tangga runtuh.Suami isteri bercerai.Anak2 lari dri rumah.Seolah-olahnya keluarga ini telah dikuasai oleh Syaitan dan Iblis.

Memang benar mereka telah dikuasai oleh Syaitan dan Iblis.Iblis telah bersarang dlm tubuhnya.Mereka telah meneroka setiap cm daging dlm tubuhnya.Tidak ada terkecuali semuanya cuba dikuasai termasuk organ otak yg menjadi pusat seseorg itu berfikir.

Yg penting, kalau itu berlaku kpd kita org-org ini hendaklah segera bertaubat.Rawatlah diri yg sedang sakit tadi. Berubatlah dgn jumpa para alim Ulama'.Bersihkan diri yg sudah kotor dan diselaputi Syaitan. Nyahkan Syaitan drp tubuh. Rawatan terbaik utk mereka antaranya ialah kena membanyakkan zikir.Insyaa Allah zikir tadi akan menyebabkan Iblis tadi kepanasan dan akhirnya akan keluar drp tubuh.Bertaubat dan berubatlah sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment