Friday 28 December 2012

Muzakarah Penggerak Masyarakat Kita Negeri Sabah dan Sarawak Tahun 2012



Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)
 
 
Bahagian Dakwah Cawangan Dakwah Khas, JAKIMtelah berjaya mengadakan Program Muzakarah Penggerak Masyarakat Saudara Kita Negeri Sabah dan Sarawak) bagi Tahun 2012 pada 02 – 05 Disember 2012 (Ahad – rabu) bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Jalan Matang, telaga Air Sarawak.
 
Program yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta Masyarakat Saudara Kita Negeri Sabah dan Sarawak untuk diberi latihan dan pendedahan bagi mengendalikan aktiviti dakwah, keagamaan di perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Diantara objektif program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk :-
 
1.    Memberi pendedahan dan isu-isu semasa kepada peserta kepada corak dan dakwah kepada Masyarakat Saudara Kita.
2.    Mendedahkan para peserta kepada method dakwah yang bersesuaian dengan golongan sasar bagi memantapkan lagi
       gerakan dakwah.
3.    Membincangkan isu dan permasalahan yang berkaitan Masyarakat Saudara Kita Negeri Sabah dan Sarawak.
4.    Memangkin ikatan, persaudaraan dan kemesraan dikalangan pasukan Masyarakat Saudara Kita Negeri Sabah dan Sarawak).
 
Antara program menarik yang telah disusun oleh JAKIM Cawangan Sarawak adalah Slot Ziarah Dakwah Bersama Masyarakat Kampung Setempat di Kampung Serikin Daerah Bau, Sarawak. Slot Ziarah ini dapat memberi peluang kepada peserta dan urusetia untuk beramah mesra dengan penduduk setempat disamping dapat mengeratkan talian persaudaran sesama Islam.
 
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh tuan Haji Hashim bin Salleh Ketua Penolong Pengarah (kanan) Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah dan turut dihadiri oleh pihak urusetia JAKIM, Cawangan Sarawak.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JAKIM Cawangan Sarawak, Pusat Latihan Sarawak dan juga para jemputan yang hadir bagi memeriahkan program serta barisan urusetia yang bertungkus lumus dalam melaksanakan program Muzakarah Penggerak Masyarakat Saudara Kita Negeri Sabah dan Sarawak Bagi Tahun 2012.
 
 
 
 
 
 
 
 
Sesi pembentangan kertas kerja oleh us. Hafizuddin bin Abd. Kadir, Ketua Penyelaras PMOA Perak dan Kedah
 
 
Sesi ta'aruf Saudara Kita di rumah penduduk Kampung Sarikin
 
 
Penyampaian hamper kepada saudara kita di Kampung Sarikin
 
 
Menziarahi kematian bapa kepada seorang penduduk di Kampung Sarikin.
 
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasim bin Salleh; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM
 
 
 
Penyampaian sijil kepada peserta.
 
 
Pengarah JAKIM Sarawak YBhg. Tuan Haji Abdul Hamid bin Mohamed Salleh memberi ucapan aluan sewaktu melawat JAKIM Sarawak
 
 
Bergambar kenangan bersama peserta dan kakitangan Pusat Latihan Sarawak.

No comments:

Post a Comment