2,319,821 Peristiwa Pernikahan Dicatatkan Di Republik Indonesia Pada Tahun 2011. Itulah penjelasan yang diberikan oleh Yang Terhormat (Yth) Bapak Abdul Djamil; Direktur Jenderal (Dirjen) Bimbingan Masyarakat Islam (BIMAS) di Kementerian Agama Republik Indonesia semasa menerima kunjung hormat dari delegasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri Seluruh Malaysia yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Insan) Jakim pada 27 November 2012 di kantor Kementerian Agama Pusat Jalan MH Thamrin Nomor 6 Jakarta, Republik Indonesia.
Alhamdulillah, mesyuarat dan program Diskusi Isu Nikah Tidak Ikut Peraturan Warganegara Malaysia di Republik Indonesia yang dianjurkan oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim telah dapat diadakan dengan jayanya pada 26 – 30 November 2012 di Jakarta dan Medan. Seramai 19 orang ahli diskusi termasuk YBhg Puan Hajjah Samsiah binti Dato’ Hj Awang, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan semua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ dari negeri-negeri seluruh Malaysia (kecuali Pulau Pinang) telah mengikuti rombongan ini. Turut mengiringi delegasi dari Jakim semasa sesi diskusi di Jakarta dan Medan ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh; Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia.
Sebelum ahli delegasi mengadakan kunjung hormat kepada Yth Bapak Abdul Djamil; ahli delegasi terlebih dahulu telah mengadakan kunjung hormat kepada YBhg Tuan Yang Terutama Dato' Syed Munshe Afdzarudin Syed Hassan Duta Besar Malaysia Kepada Republik Indonesia.Nyata kunjungan hormat ini merupakan momen berharga kepada semua ahli delegasi memandangkan YBhg TYT Duta Besar telah sudi untuk meluangkan masa hampir satu jam bagi memberikan banyak info yang amat berguna berhubung isu-isu berbangkit antara dua negara serumpun. YBhg TYT Dato’ Syed Munshe Afdzarudin Syed Hassan turut menyarankan agar Jakim menjalinkan hubungan yang serius dengan Kementerian Agama Di Republik Indonesia khususnya bagi menyelaras isu-isu Agama Islam yang melibatkan rakyat antara dua negara.
Ahli delegasi dari Jakim dan JAIN juga telah dibawa berjumpa dengan 44 Kepala / Pegawai dari Kantor Urusan Agama (KUA) di seluruh Provinsi DKI Jakarta bagi membincangkan pengurusan perkahwinan rakyat Malaysia yang berlaku di Jakarta. Pertemuan ini telah diatur oleh Yth Bapak H. Muhaimin Luthfi, yang merupakan Kepala/Pengarah Kantor Wilayah (Kanwil) Provinsi DKI Jakarta di KUA Kecamatan Kebayoran Lama, Kota Jakarta Selatan.
Seterusnya pada ahli delegasi telah terbang ke Medan pada 29 November 2012 untuk berkunjung hormat dan berdiskusi bersama YBhg Tuan Ahmad Rozian bin Abdul Ghani, Konsul Jeneral Malaysia di Medan. Turut sama hadir dalam perbincangan ini ialah Tuan Nor Azhar Alias, Konsul Muda dan Puan Norizan, dari Bahagian Imigresen Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Medan. Saling bertukar maklumat antara pihak Jakim, JAIN dan KJM di Medan dilihat telah membuka jalan perbincangan yang luas ke arah penyelesaian isu berbangkit yang dihadapi oleh semua pihak terlibat.
Perbincangan di Medan tidak terhenti setakat ini, malah pada 30 November 2012 diteruskan pula sesi diskusi bersama Yth Drs Bapak H. Abdul Rahim; Kepala/Pengarah Kantor Wilayah Provinsi Sumatera Utara dan lebih 10 Kepala KUA di Provinsi Sumatera Utara turut hadir dalam perbincangan ini. Alhamdulillah perbincangan pada kali ini lebih jelas dan Yth Bapak Anuar mewakili Direktur Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah Kementerian Agama R. Indonesia telah mencadangkan untuk mengadakan Memorandum Persefahaman Bersama Jakim bagi menyelaras urusan perkahwinan warganegara Indonesia dan Malaysia yang beragama Islam.
(Boleh juga lihat berita kunjung hormat delegasi Jakim / JAIN ke Kementerian Agama RI dihttp://www.kemenag.go.id/index.php?a=berita&id=112590 dan http://dki.kemenag.go.id/index.php)
SESI BERGAMBAR BERSAMA DUTA BESAR MALAYSIA KE REPUBLIK INDONESIA
YBHG TUAN YANG TERUTAMA DATO' SYED MUNSHE AFDZARUDIN SYED HASSAN
TEKUN MENDENGAR PENJELASAN TYT DUTA BESAR
SESI DISKUSI BERSAMA TYT DUTA BESAR
TUAN HAJI RAZALI SHAHABUDIN MENYAMPAIKAN TANDA KENANGAN
DARI JAKIM KEPADA TYT DUTA BESAR
SESI DISKUSI BERSAMA DIRJEN BIMAS; YTH BAPAK ABDUL DJAMIL
DISKUSI DI KEMENTERIAN AGAMA (KEMENAG) REPUBLIK INDONESIA
BERGAMBAR BERSAMA DIRJEN BIMAS KEMENAG REPUBLIK INDONESIA
SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARI JAKIM
DISAMBUT MERIAH OLEH KEPALA KANWIL PROVINSI DKI JAKARTA
DI KUA KECAMATAN KEBAYORAN LAMA JAKARTA SELATAN
BERDISKUSI BERSAMA KEPALA KANWIL PROVINSI DKI JAKARTA
BERSAMA 44 KEPALA KUA DI PROVINSI DKI JAKARTA
SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARI JAKIM
BERGAMBAR BERSAMA KEPALA KANWIL PROVINSI DKI JAKARTA
BANNER SAMBUTAN KEPADA DELEGASI JAKIM INI TURUT DIGANTUNG DI LUAR KANTOR
KUA KECAMATAN KEBAYORAN LAMA JAKARTA SELATAN
DISKUSI BERSAMA KJM MEDAN
DI KJM MEDAN
MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA KJM MEDAN
BERGAMBAR BERSAMA TUAN AHMAD ROZIAN ABDUL GHANI; KJM MEDAN
TUAN HAJI RAZALI BERSAMA KEPALA KANWIL PROVINSI SUMATERA UTARA;
YTH DRS BAPAK H.ABDUL RAHIM
KETUA DELEGASI JAKIM MEMBERIKAN UCAPAN SEMASA SESI DISKUSI BERSAMA KEPALA KANWIL PROVINSI SUMATERA UTAMA
SESI BERGAMBAR BERSAMA KEPALA KANWIL PROVINSI SUMATERA UTAR
No comments:
Post a Comment