HULU SELANGOR – Pada 15 Disember 2012 hari Sabtu,Majlis Khatan Beramai-ramai Bagi Muallaf Orang Asli telah dianjurkan Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah JAKIM bertempat di Hospital Kuala Kubu Baharu. Program tersebut telah mendapat kerjasama daripada JAKOA, PERKIM, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan juga pihak hospital sendiri.
Seramai 70 orang peserta datang menghadiri program terbabit yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan.Umur para peserta kebanyakkannya adalah kanak-kanak dan juga orang dewasa yang berumur sehingga 60 tahun. Seramai 25 orang peserta adalah dari kalangan lelaki manakala selebihnya dari peserta perempuan. Majlis pada pagi itu telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Rezuan Bin Dollah, selaku Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor . Para peserta telah diberikan taklimat dan pemahaman mengenai kelebihan bagi orang yang sudah berkhatan kerana ianya merupakan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W selain dapat mengelakkan diri daripada penyakit kelamin.
Pegawai Perubatan yang bertugas pada hari itu ialah Encik Rosli Bin Abdullah Penyelia Hospital dengan dibantu oleh beberapa kakitangan yang lain. Berbagai-bagai karenah dan tingkah laku dapat dilihat sewaktu para peserta menunggu giliran. Sumbangan juga turut diberikan kepada para peserta dan disampaikan oleh YBhg. Encik Baharuddin Bin Muhd. Nur CEO Yayasan Basmi Kemiskinan serta di bantu oleh YBhg. Haji Muhibbah Bin Ardam dan YBhg.Ustaz Rezaiauddin Bin Abd. Rahman,Setiausaha PERKIM Kepong.
YBhg. Ustaz Rezuan Bin Dollah merasmikan majlis tersebut selaku Ketua Penyelaras Negeri Selangor
Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut
Kanak - kanak bersiap sedia menukar pakaian untuk menunggu giliran.
Keprihatinan seorang ayah dalam menyediakan kelengkapan seorang anak.
Sumbangan disampaikan oleh Ybhg. Encik baharuddin Bin Muhd. Nur dari Yayasan Basmi Kemiskina
No comments:
Post a Comment