Tuesday 28 June 2016

Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kempen kumpul sejuta tandatangan bantah hudud


Berita

BANGI, Isnin – Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi menentang sebarang percubaan melaksanakan hudud di Malaysia.

Presidennya, Datuk Khoo Chai Kaa berkata, kempen itu melibatkan ahli persatuan dari semua negeri bagi mengumpul bilangan sasaran tandatangan pada tarikh akhir iaitu pada 20 September ini.
Menurut laporan akhbar Oriental Daily News, tandatangan itu juga akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Kami akan segera melaksanakannya untuk diserahkan kepada Azalina Othman sebelum Parlimen bersidang pada bulan Oktober, untuk menunjukkan pendirian kita dalam menentang hudud dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” kata Khoo dalam sidang media selepas mempengerusikan jawatankuasa eksekutif persekutuan itu, Sabtu lalu.



Dalam pengisytiharan yang dikeluarkan pada mesyuarat itu, persekutuan itu berkata, Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) disasarkan hanya untuk orang Islam.

Tetapi, menurutnya, jika mahkamah syariah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman yang lebih berat ia akan membawa kepada konflik yang serius dan mempunyai bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah.
“Rakyat Malaysia adalah sama di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. Boleh dibayangkan apabila Rang Undang-undang itu diluluskan, orang Islam dan bukan Islam akan berada di bawah bidang kuasa jenayah yang berbeza,” katanya.

Pengisytiharan itu berkata, persekutuan itu menentang keras pelaksanaan undang-undang jenayah yang boleh digunakan untuk hanya umat Islam.

Ia juga menyatakan bahawa UMNO perlu menyertai parti komponen Barisan Nasional lain dalam menentang RUU itu.

No comments:

Post a Comment