Wednesday, 8 June 2016

Gabenor Jakarta Larang Pelajar Pakai Tudung



Luar Negara

JAKARTA – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenali sebagai Ahok, mengutuk sekolah awam di republik itu yang memaksa pelajar memakai tudung dan menggesa larangan pemakaiannya sebelum bermulanya Ramadan.

Dalam satu persidangan dihadiri 1,700 pengetua sekolah di Jabatan Pendidikan ibu kota ini, Ahok berkata: “Tudung kepala yang mereka pakai kelihatan seperti kain lampin. Saya fikir kain lampin di dapur saya lebih elok.”
“Apabila mereka keluar dari pintu pagar sekolah, mereka menanggalkan tudung sebaik melompat ke atas motor bapa mereka.
“Anda mengajar mereka memikirkan memakai tudung sebahagian moral sebagai Muslim, justeru mereka terus memakainya sepanjang hayat.
Mereka seharusnya memakainya atas kesedaran sendiri, bukan menanggalkannya sebaik meninggalkan pekarangan sekolah.”
Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Ahok berkata beliau tidak mahu disalah anggap sebagai penyokong anti-Islam dan memetik pengalamannya di Belitung sebagai contoh bagaimana pelajar tidak memakai tudung dengan wajar. Kenyataan Ahok bagaimanapun tidak mendapat sambutan.
Bagi Fadia Adhari, yang belajar di sekolah persendirian Islam di ibu kota ini selama enam tahun, di mana dia memakai tudung ke sekolah bersama rakan sekelas, keputusan Ahok mengharamkan pemakaian tudung tidak menyenangkan.
“Saya tidak bersetuju dengan peraturan Ahok kerana ia bergantung kepada sekolah itu sendiri, sekolah perlu terbuka kepada pelajar mengikut fahaman agama masing-masing dan tidak memaksa semua orang memakainya,” katanya, yang kini mahasiswa di Universiti Airlangga di Surabaya.
Ahok dipilih sebagai gabenor pada 2014, selepas penyandang dan kini Presiden, Joko Widodo bertanding sebagai presiden.

Seorang individu kontroversi dalam politik Indonesia, Ahok beragam Kristian, daripada etnik Cina dan tidak dikaitkan dengan mana-mana parti. – Agens

No comments:

Post a Comment