Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru penghapusan perkataan 'Trump' dari bangunan Trump Towers di Istanbul kerana retorik anti-Islam calon presiden AS dari parti Republican Donald Trump.
"Trump tidak mempunyai toleransi bagi umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat. Dan di atas itu mereka menggunakan jenama di Istanbul dengan namanya. Orang-orang yang meletakkan tanda Trump di bangunan mereka harus segera menghapuskannya," kata Erdogan dalam pidato di Persatuan Usahawan dan peniaga, lapor RT, semalam.
Bangunan Trump Towers dibina oleh jutawan Turki Aydin Dogan yang membayar Trump untuk menggunakan namanya.
Kenyataan Trump yang ingin melarang umat Islam ke AS, membuat syarikat Dogan mengumumkan bahawa mereka akan menilai penggunaan jenama Trump di bangunan mereka.
"Kami menyesal dan mengutuk kenyataan diskriminasi Trump. Kenyataan seperti itu tidak ada nilainya sama sekali dan produk dari fikiran yang tidak memahami Islam, agama perdamaian," kata pengurus Shopping Mall Trump Bulent Kural pada Disember lalu.
Erdogan, yang hadir pada pembukaan Trump Towers pada tahun 2012, juga berkata bahawa beliau telah membuat kesilapan dengan memberikan izin usaha tersebut.
No comments:
Post a Comment