Thursday, 9 June 2016

7 KELEBIHAN BERPUASA DARI SUDUT PERUBATAN



Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit? Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.


7 Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Perubatan




1. Penurunan Berat Badan


Ini dapat membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik. Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi (hanya minum air). Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.



2. Mempercepat Proses Pemulihan

Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat. Kajian turut mendapati berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa menjadikan badan menyimpan lebih tenaga.





3. Awet Muda dan Memanjangkan Usia

Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan dengan banyaknya ketika berpuasa. Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.



4. Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis

Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol dan gula. Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat). Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.



5. Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan

Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat tarawih pada sebelah malamnya. Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori). Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).



6. Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok

Amalan puasa juga dapat melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok. Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan..



7. Ketenangan Mental

Dari segi kesihatan mental, umat manusia berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini. Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah.



No comments:

Post a Comment