Thursday, 30 June 2016

Akta 355: Hanya perlu sokongan 112 MP




Berita
 
 KOTA BHARU: Sejak 1984 lagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia memperjuang supaya Mahkamah Syariah di negara ini dinaik taraf, selepas 32 tahun tiada pindaan dilakukan.
 
 


Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata tiada pindaan dilakukan bagi meningkatkan taraf mahkamah tersebut dalam tempoh begitu lama.


“Bukan lagi soal tergesa-gesa seperti disebut setengah-tengah pihak. Sebab itulah pindaan yang diusahakan di Kelantan perlu disokong semua pihak.

Wednesday, 29 June 2016

Model Gerakan Islam: Perlukah jamaah dan parti dipisahkan?


FATHI YUSOF | .

Ada pandangan bahawa model gerakan Islam yang bergerak atas identiti parti politik seperti PAS adalah tidak sesuai. Mereka berpandangan model pengasingan antara jamaah atau gerakan Islam dan parti politik adalah lebih mantap dan praktikal. Contoh yang diberi ialah Ikhwan dan sayap politiknya Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Alasannya, model penggabungan akan menyebabkan berlaku pertembungan antara bahasa dakwah dan bahasa siasah, lantas ia boleh menjejaskan sokongan politik. Selain itu wujud pertembungan antara keperluan untuk mempelopori kebebasan bersuara dalam jamaah melalui konsep demokrasi dengan keperluan untuk patuh kepada parti mengikut konsep amal jamai.

Tidak perlu bertabarruk



KUALA LUMPUR 28 Jun – Perbuatan bertabarruk daripada athar atau peninggalan Rasulullah tidak harus dilakukan semata-mata mahu menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Menegaskan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam yang bertabarruk iaitu melakukan perbuatan seperti mencium atau menjunjung replika itu dengan gaya melampau boleh membawa kepada syirik.
Beliau menjelaskan, Rasulullah tidak pernah menganjurkan umatnya berbuat sedemikian yang dikatakan mahu mengambil keberkatan daripada barang-barang peninggalan tersebut.

“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah. Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.

Masih ramai orang Islam yang mahu Islam separuh separuh



Analisis Isu"
Sejak dari awal merdeka, negara sudahpun dipenuhi oleh orang orang Islam yang menyokong Umno, orang orang Islam yang menyokong sekular iaitu yang menyokong semua pengurusan dunia yang tidak terikat dengan panduan agama, akibatnya lahir amalan yang begitu sebati di tanah air ku tercinta, iaitu amalan yang mengerat ngerat paduan agama kepada amalan ibadat khusus seperti solat,  puasa, haji dan seumpamanya dan amalan amalan pengurusan dunia seperti urusan pendapatkan tenjer projek serta lain lain urus tabdir yang tidak terikat dengan agama.

Kita boleh melihat ada para kontraktor yang hadir solat berjemaah di Masjid tetapi selepas solat bergegas ke tempat tender dengan membawa kejumlah wang untuk melobi, malah wang tersebut sudahpun ada di poketnya ketika bersolat.Kesannya inilah Islam yang boleh dilihat dibudayakan oleh Umno selama memegang tapuk pemerintahan negara.

Tuesday, 28 June 2016

Tabbaruk Tapi Jangan Sampai Khurafat




Rasulullah SAW adalah insan paling mulia yang bukan sahaja menjadi contoh ikutan manusia tetapi pada tubuh baginda terdapat keberkatan. Justeru, pada zaman hayat baginda, para sahabat sentiasa menunggu-nunggu setiap apa lebihan baik makanan atau minuman baginda waima peluh dan rambut baginda untuk diambil tabarruk atau mengambil berkat daripadanya.


Umumnya, hukum bertabarruk dengan athar seperti barang-barang peninggalan nabi SAW ini adalah harus. Namun, kita juga dinasihatkan agar tidak berlebih-lebihan seperti mencium atau menjunjung athar. Sebabnya ia boleh membawa kepada khurafat dan syirik.

Penggunaan Vaksin Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia



1) Imunisasi Hepatitis B

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B.

Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.

2) Vaksin Human Papilloma
Virus (HPV)

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kempen kumpul sejuta tandatangan bantah hudud


Berita

BANGI, Isnin – Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi menentang sebarang percubaan melaksanakan hudud di Malaysia.

Presidennya, Datuk Khoo Chai Kaa berkata, kempen itu melibatkan ahli persatuan dari semua negeri bagi mengumpul bilangan sasaran tandatangan pada tarikh akhir iaitu pada 20 September ini.
Menurut laporan akhbar Oriental Daily News, tandatangan itu juga akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Kami akan segera melaksanakannya untuk diserahkan kepada Azalina Othman sebelum Parlimen bersidang pada bulan Oktober, untuk menunjukkan pendirian kita dalam menentang hudud dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” kata Khoo dalam sidang media selepas mempengerusikan jawatankuasa eksekutif persekutuan itu, Sabtu lalu.

Grand Design IRC-JIM Temui Jalan Mati, Akhirnya Berpaut Pada DAP




Selongkar

Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.

Monday, 27 June 2016

Apakah IRC-JIM-IKRAM amalkan taqiyyah?



Posted on Saturday, June 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Artikel

Apa itu taqiyyah? Umumnya ia satu ungkapan atau janji atau sumpah yang berpura-purauntuk selamatkan diri atau untuk menjaga kepentingan kumpulan sendiri.

Taqiyyah adalah popular dalam fahaman Syi’ah. Menurut Syi’ah bahwa Taqiyyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyyah dilakukan kepada orang selain Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Quran Syi’ah adalah sama dengan Quran Ahlussunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi’ah. Padahal kakikatnya orang Syi’ah sangat membenci dan menganggap pemerintahan tersebut telah merampas.
Petikan dari: http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Ali Muhammad al-Syalabi menerangkan, dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran taqiyah;
Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam hatinya. Kedua, taqiyahdigunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan (Ali Muhammad al-Syalabi, Fikr al-Khawarij wa al-Syiah fi Mizan Ahlissunnah wal Jama’ah, hal. 311).
Posisi ajaran taqiyah dalam Syiah sangat esensial. Seperti kata al-Kulaini, penulis al-Kafi:
لا دين لمن لا تقية له
“Tidak beragama orang yang tidak menggunakan konsep taqiyah.” (al-Kulaini, Ushul al-Kafi, jilid II, hal. 217). Karena itu, Ibnu Babawaih, tokoh besar Syiah klasik, berfatwa bahwa hukum menerapkan taqiyah itu wajib, seperti kewajiban menjalankan shalat.

Erdogan gesa tukar nama ‘Trump Towers’ di Istanbul


HARAKAHDAILY | .
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru penghapusan perkataan 'Trump' dari bangunan Trump Towers di Istanbul kerana retorik anti-Islam calon presiden AS dari parti Republican Donald Trump.

"Trump tidak mempunyai toleransi bagi umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat. Dan di atas itu mereka menggunakan jenama di Istanbul dengan namanya. Orang-orang yang meletakkan tanda Trump di bangunan mereka harus segera menghapuskannya," kata Erdogan dalam pidato di Persatuan Usahawan dan peniaga, lapor RT, semalam.

Bangunan Trump Towers dibina oleh jutawan Turki Aydin Dogan yang membayar Trump untuk menggunakan namanya.

Kenyataan Trump yang ingin melarang umat Islam ke AS, membuat syarikat Dogan mengumumkan bahawa mereka akan menilai penggunaan jenama Trump di bangunan mereka.

"Kami menyesal dan mengutuk kenyataan diskriminasi Trump. Kenyataan seperti itu tidak ada nilainya sama sekali dan produk dari fikiran yang tidak memahami Islam, agama perdamaian," kata pengurus Shopping Mall Trump Bulent Kural pada Disember lalu.

Erdogan, yang hadir pada pembukaan Trump Towers pada tahun 2012, juga berkata bahawa beliau telah membuat kesilapan dengan memberikan izin usaha tersebut.

Ketahui Hubungkait Warna Air Kencing Dengan Tahap Kesihatan Badan Yang Perlu Anda Tahu



Kesihatan

Sudah pasti ramai antara kita perasan warna air kencing kita kadang-kadang jernih, kadang-kadang kuning,
kadang-kadang kuning pekat dan ada juga yang bewarna gelap. Itu belum cerita warna air kecing ibu yang hamil.

Warna dan bau air kencing sebenarnya membawa makna kepada kesihatan kita. Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan air kencing selepas ditapis dan warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat.


Masjid Kampung Dimusnahkan, Ketegangan Agama Memuncak Di Myanmar




Luar Negara

YANGON: Sepasukan polis telah digegaskan untuk mengawal keadaan di sebuah kampung di Myanmar berikutan meningkatnya ketegangan agama selepas kumpulan ektremis Buddha memusnahkan sebuah masjid, lapor pihak berkuasa pada Sabtu.

Insiden itu adalah yang terbaru dalam siri keganasan anti-Islam di negara itu, yang banyak kali berlaku kejadian seumpamanya sejak 2012, lebih-lebih lagi dengan kebangkitan nasionalis Buddha dalam pentadbiran Aung San Suu Kyi tersebut.

Mahkamah Tolak Permohonan Sisters In Islam (SIS) Cabar Fatwa Sesat


Berita

Kuala Lumpur 26 Jun 2016– Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (semalam) menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai “sesat dan menyeleweng” kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Friday, 24 June 2016

Lelaki tembak gay di Orlando atas dasar membalas dendam





Luar Negara
 
 PETALING JAYA: Seorang lelaki Hispanik mendakwa lelaki bersenjata Orlando yang menembak mati golongan gay di sebuah kelab, melakukan serangan itu atas motif membalas dendam selepas khuatir dia terdedah kepada HIV.
 
 


Dalam serangan yang membunuh 49 orang dan mencederakan 50 orang, spekulasi bahawa Mateen mungkin seorang gay atau biseksual mula wujud.


Malah, terdapat laporan bahawa Mateen melawat kelab itu lebih daripada sepuluh kali dan pernah menggunakan aplikasi dating gay.

Kini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Miguel, mengaku pernah menjadi kekasih Mateen selepas mengenalinya di Grindr, salah sebuah aplikasi dating.

Katanya Mateen selalu keliru dengan orientasi seksualitinya dan didikan Islam.

Dia juga menyatakan Mateen sebagai seorang pemabuk dan tertarik dengan lelaki Latin tetapi selalu tidak diendah oleh mereka.

Honda diboikot kerana sokong LGBT

AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor menerima padah apabila dikecam dengan hebat oleh netizen dari seluruh dunia, terutama sekali dari Malaysia dan Indonesia.

Pada Sabtu lalu, American Honda Motor melalui Facebooknya mengumumkan akan menyokong Columbus Pride Parade yang akan diadakan di Ohio, Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Sambil memuat naik gambar-gambar kereta Honda yang beraneka warna dalam Facebook itu, syarikat pengeluar kereta itu berjanji akan sentiasa menghormati semua jenis golongan manusia termasuk golongan LGBT.
Dalam laporan China Press, akhbar ini mendapati langkah yang dibuat American Honda Motor amat tidak disenangi oleh pengguna kerta Honda di Malaysia dan Indonesia.
Ramai yang membantah keputusan berkenaan sehingga ada yang sedia menjual kereta Honda yang digunakan mereka sekarang dan tidak kurang pula yang memboikot untuk tidak lagi membeli jenama kereta keluaran Jepun ini lagi.

3 Orang Pegawai PDRM Ditempatkan di JAIS: Perkukuh Agensi Penguatkuasaan Syariah



JAKIM selaku badan penyelaras di peringkat pusat telah membuka satu lagi lambaran baru bagi memperkukuhkan Agensi Penguatkuasaan Syariah di negeri-negeri seluruh Malaysia dengan pelaksanaan projek rintis penempatan pegawai PDRM di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bermula 1 Mei 2016 sehingga 30 April 2017. Majlis Penyerahan Pegawai PDRM ke JAIS telah diadakan pada 28 April 2016 di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dihadiri oleh YDH. Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM dan Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) JAKIM.

11 Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikal



Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain. Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan adakah anda tahu bahawa buah tembikal mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. Antara kebaikan buah tembikal ialah mempunyai vitamin c yang mampu mencegah penyakitb asma, mampu mengawal darah,mencegah kancer, melancarkan penghadaman dan lain-lain. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado,buah Betikbuah Delima, buah Belimbing dan buah Naga di bawah saya senaraikan 11 Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikal


11 Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikal


1. Kulit yang sihat

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat

Thursday, 23 June 2016

Fadhilat Malam Lailatul Qadar, Kelebihan Dan Tanda-Tandanya


Lailatul Qadar (Arab:لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslimbiasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Tuesday, 21 June 2016

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN PISANG



Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa buah pisang mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tersendiri antaranya menjadi perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan,  Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado,buah Betikbuah Delima, buah Belimbing dan buah Naga di bawah saya senaraikan 10 khasiat dan kebaikan buah pisang


10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Pisang


1) Perlindungan Kardiovaskuler 

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.


2) Menjaga Kesihatan Mata

Ketika kecil, orang tua korang tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Studi yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata.


3) Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

Turki akan bina kapal perang sendiri - Erdogan


HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dikhabarkan telah menyatakan kemajuan tentera Turki. Erdogan mengaku bahawa kementerian pertahanan negaranya pada masa ini telah mampu membuat kapal induk sepenuhnya.

Erdogan membuat pengumuman ini pada upacara pembukaan sebuah limbungan kapal angkatan laut di Istanbul, RT melaporkan Ahad lalu.

"Tak ada halangan apapun untuk menghasilkan kapal induk kita sendiri. Hal ini dimungkinkan kerana kerajaan Turki bertekad untuk mampu meningkatkan kemampuannya. Turki tidak akan dicap lagi sebagai negara lemah dalam pertahanan dan isu-isu ketenteraan," kata Erdogan.

Erdogan merancang bahawa angkatan laut Turki boleh mula membuat kapal induk mulai tahun 2021. Sebagai permulaan, Turki ingin segera membuat kapal serbu amfibia yang bernama TCG Anadolu.

TCG Anadolu dituntut kerajaan Turki sebagai kapal perang terbesar dan paling mahal. Spesifikasinya belum dikeluarkan, namun kapal-kapal perang dari kelas yang sama akan mampu membawa 10 Jet pejuang F-35 Lockheed Martin, belasan helikopter dan 900 anggota tentera. (Islampos)

Kelebihan istighfar di waktu sahur


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

Allah berfirman menjelaskan sifat orang-orang bertaqwa: menjadi milik orang-orang bertaqwa di sisi Rab mereka syurga-syurga...) iaitu mereka yang berdoa; "wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah untuk kami dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka", mereka yang sabar, mereka yang mengesahkan kebenaran, mereka yang patuh, mereka yang membelanjakan harta (di jalan Allah) dan mereka yang beristighfar di waktu sahur". (Surah Aali 'Imran 3: 16-17)

Kata Imam Ibnu Kathir (hidup antara 701-774H), ayat ini menunjukkan kelebihan beristighfar memohon keampunan daripada Allah pada waktu sahur.

Waktu sahur merujuk kepada waktu 1/6 terakhir malam atau lebih kurang 2 jam terakhir sebelum subuh.

Dalam surah al-Zaariyaat, Allah menyifatkan orang-orang bertaqwa sebagai orang yang menghidupkan malam dengan bertahajjud dan apabila tiba waktu sahur mereka mula beristighfar kerana melihatkan kedudukan amalan mereka.

"Adalah mereka hanya sedikit daripada malam mereka tidur dan di waktu sahur mereka sentiasa beristighfar." (Surah al-Zaariyaat 51: 17-18)

Menurut Anas bin Malik radiyallahu anhu, ayat tersebut mengajar kita beristighfar 70 kali pada waktu sahur.

Moga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang menghidupkan waktu sahur dengan beristighfar

Monday, 20 June 2016

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
.
.

NUZUL AL QURAN 

.
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Friday, 17 June 2016

500 NGO Islam rancang himpunan sokong RUU Hadi



Sekumpulan NGO Islam merancang mengadakan sebuah perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mereka berkata perhimpunan itu akan disertai oleh anggota 500 NGO Islam di seluruh Malaysia yang bergabung atas nama Sekretariat Umat.


Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata mereka juga akan mengumpulkan tandatangan untuk “petisyen rakyat” bagi diserahkan kepada wakil BN, PAS dan Yang di-Pertuan Agong.

“(Ia bertujuan) memperkukuh sokongan kepada ahli-ahli parlimen khususnya beragama Islam melalui perhimpunan aman,” katanya kepada pemberita di bangunan Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini.
Antara NGO yang bergabung adalah kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Aminuddin berkata, perhimpunan aman itu akan berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Negara pada 24 Jun ini.
Kerajaan bulan lalu mengusulkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Hadi dipercepat.
Hadi bagaimanapun mohon ia ditangguh ke sesi Oktober depan atas alasan kesuntukan masa perbahasan.
Undang-undang itu bertujuan menambah bidang kuasa mahkamah syariah supaya dapat menjatuhkan hukuman lebih berat, selari dengan kehendak Islam.

Hormati keluhuran perlembagaan

Pengkritik berpendapat ia dapat membuka laluan kepada hukum hudud di Kelantan, walaupun kerajaan dan PAS menafikannya.Sementara itu, Sekretariat Ummat menyeru semua ahli parlimen menyokong rang undang-undang berkenaan - apabila ia diusulkan di parlimen pada Oktober nanti - bagi menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Thursday, 16 June 2016

Minum Air Terlalu Panas Galak Kanser?


Minuman terlalu panas galak kanser?
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hasil penyelidikan mendapati minuman yang telalu panas mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser di esofagus.
Laporan CNN mengatakan hasil kajian oleh International Agency for Research on Cancer mengatakan minuman bersuhu atas 65 darjah celsius menggalakann kanser pada bahagian tersebut.
Meminum teh, kopi atau mana-mana minuman pada suhu tersebut boleh menyebabkan esofagus 'terbakar'.

American Burn Association mengatakan minuman seperti teh dan kopi selalu disediakan dalam suhu sedemikian. Mereka yang biasa meminum minuman pada suhu tersebut digalakkan membiarkan ianya sejuk terlebih dahulu.

10 jalan pengampunan dosa



Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Kerana itu, yang perlu dibina dalam diri setiap muslim, bukan hanya sikap hati-hati menjauhi dosa saja, tetapi juga menumbuhkan sikap yang benar tentang apa dan bagaimana yang harus dilakukan apabila dosa itu terlanjur diperbuat. Sekurang-kurangnya ada 10 jalan dalam Islam, yang boleh mengurangkan azab atas dosa yang dilakukan:

1. Taubat

Al-Quran banyak menyebutkan bahawa taubat berfungsi sebagai pengecualian dari ancaman azab yang akan diberikan kepada pelakunya. Seperti disebutkan dalam surat Al-Baqarah ayat 160 bermksud, "Kecuali mereka yang telah bertaubat ..." juga dalam surat Maryam: 160, Thoha: 82. Taubat yang dimaksudkan di sini tentu taubat nasuha, yakni taubat yang dilakukan dengan ikhlas dan benar. Taubat yang menjadi penyesalan sekaligus menjadi titik akhir seseorang untuk tidak mengulangi dosa di masa selanjutnya.

2. Istighfar

Allah berjanji akan mengampuni kesalahan-kealahan hambanya selama ia melakukan istighfar dengan sungguh-sungguh. "Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)." (QS. Al-Anfal: 33). Rasulullah saw. bersabda bermaksud, "Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sekiranya kalian belum pernah berbuat dosa, maka nescaya Allah akan membinasakankamu kemudian menggantikan kamu dengan kaum yang lain, yang mereka itu berbuat dosa lantas mereka memohon ampun kepada-Nya dan Allah mengampuni mereka." (HR. Muslim)

Monday, 13 June 2016

Umat Islam Terus Ditindas.Banyak Negara Kafir Larang Umat Islam Berpuasa


Ternyata banyak kerajaan yang secara kejam melarang rakyatnya untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Antara lain kerajaan China, India, Inggeris, Myanmar dan beberapa negara lain-lain.

Akibatnya, umat Islam dalam negara tersebut menderita. Selain itu kumpulan ekstrim keagamaan memaksa umat Islam makan dengan cara tergesa-gesa roti kepada orang yang lagi berpuasa.

Kerajaan China melarang warga muslim Uighur di Xinjiang berpuasa. Para ahli parti, pegawai negeri, pelajar, mahasiswa, serta para guru, mendapat tekanan keras agar mereka tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

'' China meningkatkan pengawasan dan larangan serta mendekati Ramadan. Keyakinan penduduk Uighur dipolitisasi, '' ujar jurucakap kumpulan Kongres Uighur Dunia (WUC) Dilxat Raxit.

Setiap Ramadan datang, kerajaan China memang mengetatkan peraturan puasa di wilayah Xinjiang. Namun, tahun ini peraturan itu jauh lebih ketat. '' Mereka meminta jaminan dari para orang tua yang menjanjikan bahawa anak-anak mereka tidak akan berpuasa sepanjang Ramadan, '' ujarnya ketika diwawancara Radio Free Asia.

10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH NAGA




Buah naga / Dragon Fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari margaHylocereus dan Selenicereus. Buah naga berasal dari Amerika Latin yang kemudian menyebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Srilanka, dan akhirnya Asia Tenggara. Buah naga merupakan buah yang mengandung anti oksidan yang tinggi. Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan, di bawah saya kongsikan sedikit info 10 khasiat dan kelebihan buah Naga




10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Naga


1) Menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes
Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.


2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.


3) Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

Kelebihan Puasa Untuk Tubuh


Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.
Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.


Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:

> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan