Thursday, 9 August 2012

SALAFI TIDAK MASUK KABINET MORSI




KAHERAH: Apabila Presiden Mohammed Morsi mengangkat sumpah minggu lalu untuk membentuk kerajaan Mesir yang baru, terzahir dengan jelas satu kumpulan yang tidak ada dalam kabinetnya: Puak Salafi.   

Ketiadaan puak Salafi dalam Kabinet adalah begitu menonjol sekali, terutamanya selepas kejayaan Salafi dalam pilihanraya parlimen tahun ini, bila satu dari parti politik utamanya, Al Nour, menang seperempat dari kerusi Dewan Rakyat. 

Ini menjadikan puak Salafi, beserta rakan mereka dari parti naungan Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party), sebagai sebuah blok paling berkuasa di dalam jangka hayat pendek badan perundangan Mesir. 

Namun dalam pemilihan menteri kabinet, Morsi memilih teknorat dan bukannya penyokong ideologi, menolak puak Salafi dan menjadikan mereka sebagai politikus yang terpinggir sekurang-kurangnya buat masa sekarang.  

Namun apabila Morsi meninjau kembali lanskap politik Mesir, ternyata Sheikh Shaaban Darwish masih tersenyum lebar. 

Seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al Nour berkata, sikap dingin Morsi itu bagaimanapun menyediakan peluang untuk puak Salafi memulakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya parlimen akan datang yang dijadualkan hujung tahun ini. 

“Sudah tentu kami berasa tidak gembira dengan perkembangan ini dan dengan keputusan Morsi,” kata Sheikh Darwish, yang mana turut popular sebagai seorang imam di Saft El Laban - kawasan sekitar Giza. 

“Namun kami patut meredakan kemarahan kami buat masa sekarang. Kami tidak akan berkonfrontasi kerana kalau tidak banyak pihak akan berkata bahawa pejuang Islam bergaduh sesama sendiri.”

Dengan penuh keyakinan, Sheikh Darwish menerangkan bahawa baginya dan para Salafi yang lain, tiada perkara seumpama kekalahan, yang ada hanyalah rintangan buat sementara waktu. 

Dia menegaskan bahawa ini adalah “pilihan” mereka untuk tidak mencabar keputusan Morsi. Mereka lebih fokus kepada perkara yang lebih besar.

“Sudah tentu kami mahukan kuasa. Kami telah membentuk parti politik,” ujar beliau. ”Saya boleh berjanji kepada anda, Salafi akan lebih mara ke hadapan.”

Sikap optimistik Sheikh Darwish dan para Salafi yang lain berhadapan dengan keputusan Morsi adalah amat mudah, kerana ia disokong oleh sikap pragmatik yang tinggi. 

Mereka sedar bahawa Presiden baru itu tidak perlu dibebankan dengan banyak bagasi politik kerana pentadbirannya memperjuangkan apa yang dilihat oleh Salafi dan Ikhwan Muslimin sebagai prioriti paling utama: mengembalikan kuasa Presiden dan memujuk pihak tentera supaya berundur dari kancah politik. 

Tugas pemerintahan menjadi lebih berat sebelum Morsi diisytiharkan menang kerusi Presiden, apabila Majlis Tertinggi  Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) memberikan kuasa veto untuk menggubal undang-undang kepada dirinya sendiri, dan mengurangkan kuasa pihak eksekutif. 

Penganalisis berpendapat bahawa pemilihan kabinet Morsi terdiri dari muka-muka baru – ramai dari mereka yang dinaikkan pangkat dalam sistem birokrasi Mesir, - bertujuan untuk mengelakkan pertikaian yang boleh menjejaskan usaha memusnahkan apa yang dipanggil pejuang Islam sebagai kuasa pihak tentera yang melampau. 

Satu kerusi kabinet, Menteri Hal-Ehwal Agama, dilaporkan akan diberi kepada puak Salafi, tetapi telah ditarik balik kerana protes dari Al-Azhar, insititusi pengajian Islam berusia 1,000 tahun yang dianggap sebagai kuasa golongan sederhana dalam debat berkenaan agama dan demokrasi.
The National terjemahan Mohamad Yahya,
09 Ogs 2012

No comments:

Post a Comment