Friday, 10 August 2012

ATLET WANITA ARAB SAUDI DIBERI 'STANDING OVATION' DI OLIMPIX LONDON




Kata orang, kemenangan bukanlah perkara utama, namun lebih penting ialah penyertaan dalam sesuatu acara sukan. Dalam hal ini, Sarah Attar diberi penghormatan dan tepukan gemuruh oleh penonton di stadium ketika menyertai acara larian 800 meter di Sukan Olimpik London.Standing ovation yang diberikan kepada Sarah bukanlah kerana dia menang acara itu, namun dia merupakan atlet wanita pertama yang mewakili Arab Saudi dalam acara di trek di Olimpik.

Penyertaan Sarah merupakan saat bersejarah apabila Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi membenarkan atlet wanita negara itu menyertai Sukan Olimpik di London.

Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.









Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya.

Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."


Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. -DCM










ULASAN:

Bagi saya penghormatan yang diberikan kepada atlet wanita Arab Saudi ini adalah satu penghormatan kepada beliau sendiri sebagai seorang wanita yang berhijab tapi sanggup menunjukan sikap terbuka untuk menyertai acara sukan yang dianggap lasak dan memenatkan.Begitu juga pujian sebenarnya ditujukan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana julung-julung kalinya membenarkan rakyatnya terutama wanita terlibat di dalam sukan secara terbuka. Semua orang maklum bahawa Saudi adalah sebuah negara yang mengamalkan Islam secara agak konservatif termasuk melarang wanitanya  untuk memandu di jalanraya.

Bagi saya apa yang lebih penting di sini ialah penyertaan atlet wanita Saudi yang berhijab tapi mampu bersukan di arena antarabngsa adalah satu gambaran betapa indah dan tolenrasinya agama Islam. Islam sering digambarkan oleh media barat adalah agama yang ganas, mundur  dan antikan kemajuan. Walaupun kita tahu tuduhan itu adalah diada-adakan dan semata-mata rekaan. Namun di dalam situasi tertentu pula ianya seolah-olah menjadi benar. Apa tidaknya, cuba tengok apa yang berlaku di sesetengah negara umat Islam seperti Afghanistan dan seumpamanya. Peperangan berterusan berlaku dan penderitaan yang menimpa rakyat tiada kesudahannya.Maka benarlah dakwaan bahawa Islam adalah agama kolot dan babarian menurut pandangan sesetengah orang barat. Insyaa Allah penyertaan wanita berhijab dari Saudi ini akan membaiki imej buruk yang dicalarkan kepada umat Islam.

Insyaa Allah melalui penglibatan negara-negara Islam di dalam acara sukan seperti ini, ia dapat membantu pembinaan imej positif kepada umat Islam secara keseluruhannya. Apa yang lebih utama di sini ialah umat Islam yang terlibat dengan apa juga aktiviti terutama melibatkan dengan bukan Islam termasuk acara bersukan mereka hendaklah menunjukkan identiti sebenar mereka sebagai seorang Muslim. Saya tertarik, apabila membaca berita bahawa terdapat seorang atlet Muslim yang berpuasa tapi tetap memenangi emas acara sukan olimpix. Kejayaan beliau membuktikan orang Islam juga hebat. Begitu juga mesej penting di sini ialah berpuasa sama sekali tidak memudarat kesihatan sebagaimana sangkaan banyak pihak terutama bukan Islam.

Sukan olimpix kali benar-benar telah diwarnai kepelbagai gelagat manusia. Di samping keseronokan menyaksikan acara-acara  sukan yang dipertandingkan penduduk dunia juga dihidangkan babak-babak keagamaan. Melalui acara pembukaan yang diselitkan propaganda agama Yahudi seterusnya bagi Muslim acara sukan olimpix di bulan Ramadhan telah dijadikan medan untuk berdakwah. Paling tidak mereka berjaya membuktikan bahawa puasa bukanlah ibadah yang memudartkan. Para atlit dari negara-negara Islam mengadakan solat secara secara berjamaah. Jelas mereka telah menghantar mesej-mesej keislaman keseluruh dunia bahawa Islam adalah agama hebat, tolenrasi dan kasih sayang. Insyaa Allah akhirnya kebenaran dan keindahan Islam akan terserlah juga.


No comments:

Post a Comment