Hebat dan amat mengkagumkan apabila melihat senarai barisan kepimpinan Majlis Rakyat Mesir yang terpilih melalui pilihanraya paling adil baru-baru ini. Untuk pengetahuan buat masa kini Parlimen Mesir telah dianggotai oleh;
- Lebih 140 orang ahli Parlimen
yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripadasetengah al-Quran.
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripadasetengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun
Rakyat Mesir sebenarnya dianggap bertuah kerana memiliki kepimpinan yang secara nyatanya mempunyai asas-asas kelayakan sebagai pemimpin yang baik. Dengan latarbelakang seperti yang disebutkan di atas sudah diharapkan mereka akan menjadi pemimpin yang berilmu, beragama dan amanah.Sebagai penghafaz al Qur'an kita sudah dapat membayangkan paling tidak mereka ini adalah orang yang megetahui ajaran-ajaran al Qur'an. Apakah dengan pegetahuan seperti itu mereka akan mengabaikan ajaran al Qur'an di dalam aspek kepimpinan.Itulah pilihan yang telah dilakukan oleh rakyat Mesir. Hanya rakyat yang baik sahaja akan tahu memilih pemimpin yang baik.Begitulah sebaliknya, hanya sijahil akan memilih yang jahil juga utk menjadi pemimpin mereka.
Apapun, mereka yang layak dipuji di sini ialah rakyat Mesir sendiri. Itulah pilihan mereka.Mereka telah melakukan pemilihan yang betul dan tepat.Mungkin kerana mereka telah merasai penderitaan untuk sekian lamanya hidup dalam penindasan dan kezaliman angkara kepimpinan puak-puak sekular dan sesat.Mereka telah dapat membandingkan mana intan dan yang mana kaca. Kali ini mereka telah memilih pemimpin yang secocok dengan citarasa mereka iaitu mereka yang adil, ikhsan , bertanggungjawab dan beragama.
Apapun, mereka yang layak dipuji di sini ialah rakyat Mesir sendiri. Itulah pilihan mereka.Mereka telah melakukan pemilihan yang betul dan tepat.Mungkin kerana mereka telah merasai penderitaan untuk sekian lamanya hidup dalam penindasan dan kezaliman angkara kepimpinan puak-puak sekular dan sesat.Mereka telah dapat membandingkan mana intan dan yang mana kaca. Kali ini mereka telah memilih pemimpin yang secocok dengan citarasa mereka iaitu mereka yang adil, ikhsan , bertanggungjawab dan beragama.
Dalam kontek dunia Islam pula ahli-ahli parlimen Mesir mungkin boleh dijadikan model. Ini penting kerana kebanyakan negara Islam berhadapan dengan krisis kepimpinan yang amat ketara. Di negara-negara Islam lainnya kebanyakan pemimpin dipilih atas kapasti populariti semata-mata dengan mengabaikan aspek lain seperti aspek ilmu dan agama. Sebab itu, terdapat di dunia Islam ada pemimpin yang dipilih terdiri bekas penyanyi, bintang filem atau ahli sukan. Bukan saya hendak menafikan mereka juga boleh berperanan dalam kepimpinan tetapi dalam kontek dunia Islam global masa kini umat Islam perlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar kuat jati dirinya.Kepimpinan Islam sekarang perlukan individu yang beragama, berilmu pegetahuan dan berkepakaran.
Dunia Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Semua cabaran tersebut kelihatan gagal ditangani oleh para pemimpin sekular untuk sekian lamanya.Akibatnya, sebahagian besar dunia Islam ditimpa kemunduran dalam semua perkara termasuk agama anutannya turut diperkotak katikkan. Lebih menyedihkan banyak negara Islam terlibat di dalam peperangan yang tidak ada penyudahnya. Umat Islam sudah kehilangan kewibawaan dan kredibiliti. Ada negara umat Islam hanya dijadikan tempat 'test' senjata baru dari negara-negara maju.
Umat Islam benar-benar berada di dalam persimpangan. Justru itu, umat Islam perlukan kepimpinan yang kuat di segi fizikal, spiritual dan intelektuan.Dalam kontek ini pemimpin-pemimpin dari negara Mesir Insyaa Allah boleh dijadikan model ikutan.Insyaa Allah model ini akan menjadi ikutan dan pilihan bagi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam sedang menantikan pemimpin yang mampu membimbing dan memimpin mereka dunia hingga akhirat.
No comments:
Post a Comment