Monday, 13 August 2012

TAWARAN ISTEMEWA ALLAH: SATU MALAM MENYAMAI 1000 BULAN. JANGAN LEPAS PELUANG!


Tidak ada yang lebih istemewa dalam bulan Ramadhan melainkan kerana wujudnya satu malam yang dipanggil malam 'Lailatu Qadar'. Allah berjanji pada malam tersebut siapa beribadah pahalanya menyamai 1000 bulan (83 tahun 4 bulan). Anugerah ini adalah khas untuk umat Muhammad SAW. Kenapa kita dianugerahkan Lailatul Qadar.Jawabnya mudah, Allah amat mencintai umat Muhammad SAW.
Ini adalah hadiah khas untuk kita. Maka teramat rugi mereka yang tidak merebut hadiah Allah SWT. Untuk mendapatkannya kita tidak perlu bertanding sesama kita.Semua berhak mendapatkannya.Yang penting di saat kedatangannya kita menyambutnya.Menyambutnya dengan melakukan segala amalan soleh yang tulus ikhlas untuk Allah SWT. Berikut di jelaskan tanda-tanda berkaitan kemunculan malam Lailatul Qadar menurut Imam Al Ghazali antaranya;
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Bayangkan sekiranya pada malam berkenaan kita menemui Lailatul Qadar, alangkah bertuhnya kita. Ibadat kita bernilai 1000 bulan. Kalau sepanjang kehidupan kita telah menemui 10 kali Lailatul Qadar bermakna seolah-olahnya kita telah melakukan 830 tahun ibadah. 830 tahun dicampur umur sedia ada pada kita, katalah kalau sekarang ini berumur 70 tahun bermakna kita seolah-olahnya telah beribadat 900 tahun. Ini bermakna tahap ibadah kita menyamai umat terdahulu seperti umat Nabi Allah Noh AS. Begitu lumayan dan banyak. 
Apapun, hanya mereka yang betul-betul beriman sahaja akan merebut peluang ini.Imanlah yang menentukan segala-galanya termasuk untuk menerima tawaran "lailatul Qadar'. Tawaran Allah ini tidak ternampak pada mata.Di dunia ini segala-galanya kena nampak benda butirnya baru orang hendak percaya. Sebab itu ramai yang tidak memedulikan tawaran Allah ini.Di akhir 10 ramadhan ini ramai yang lebih sibuk memberi tumpuan lain, terutamanya persiapan hari raya. Masjidpun sudah mula kosong.Jamaah mula menjauhkan diri dari masjid. Hanya mereka yang benar-benar terpilih (beriman) sahaja yang akan mendapat anugerah ini Insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment