Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi berkata beliau mengeluarkan arahan membersarakan dua jeneral tertinggi Mesir demi "kebaikan negara" - perkembangan terbaru di sebalik 'ketegangan' hubungan antara kerajaan dan pihak tentera.

Laporan media termasuk BBC dan CNN menyebut bahawa Mohammed yang dipilih sebagai Presiden Mesir dua bulan yang lalu telah 'menyingkirkan' Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi dan Ketua Staf Sami Annan.

Mohamad juga merupakan Menteri Pertahanan. Jawatan itu juga dilucutkan.

Selain itu, Mohammed telah membatalkan deklarasi perlembagaan, yang diumumkan oleh Majlis Agung Angkatan Tentera, yang memerintah negara sejak Hosni Mubarak digulingkan, bagi mengehadkan kuasa Presiden, juga telah dibatalkan.

"Keputusan yang saya ambil hari ini (semalam) tidak menyasarkan mana-mana individu, ataupun saya mahu mengaibkan institusi (tentera), juga bukan mahu mengehadkan kebebasan," kata beliau pada satu majlis sempena bulan Ramadan di sini, semalam.

"(Tindakan) saya bukan bertujuan menyampaikan mesej negatif mengenai mana-mana pihak, tetapi tujuan saya adalah memanfaatkan negara dan rakyat," katanya.

Sambil memuji peranan angkatan tentera, Mohammed berkata, institusi itu akan memberi fokus untuk menjalankan misi murni mempertahankan negara.

SUMBER:WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Ogos 2012