Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang
Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil di sebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

Ulasan

Inilah yang dikatakan manusia terkadang lebih teruk daripada binatang. Binatangpun tidak akan buat namun manusia sanggup melakukannya. Sex songsang lelaki dengan lelaki. Walaupun mereka ada aqal tapi mereka gagal menggunakan akalnya untuk membezakan mana satu yang baik dan mana yang buruk. Begitu juga akal yang dimiliki oleh mereka gagal untuk membezakan mana yang halal dan haram. Saya ingat hukum dan kesalahan liwat ini budak darjah tigapun tahu. Perbuatan liwat dan sex songsang dua pemuda tadi adalah dikutuk oleh Islam.Lebih teruk apabila mereka melakukan di bulan Suci Ramadhan.

Mengikut hukum Islam sebenar,  mereka berdua boleh dihukum mati.Kesalahan liwat adalah jenayah hudud yang berat hukumannya.Ini kerana ia merupakan satu perbuatan terkutuk dan dilaknat oleh Allah SWT. Di zaman Nabi Allah Lut golongan ini Allah sendiri yang menghancur dan menghapuskannya. Mereka dihancurkan keseluruhannya dengan kejadian gempa bumi.Perkampungan golongan peliwat ini sekarang di kenal sebagai Laut Mati di Timur Tengah.Walaupun mereka berdua ini akan bebas tanpa sebarang hukuman yakinlah hukuman Allah tetap akan datang juga menimpa mereka pada satu hari nanti. Amat berkemungkinan mereka akan terkena HIV/AIDS penyakit yang tidak ada ubatnya.HIV?AIDS adalah rotan dari Allah SWT khas untuk golongan 'Mujrimin' seperti kedua-dua pemuda tadi.