Saturday 23 March 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam Bil. 1/2013


 

19 Mac 2013 (Selasa) – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam Bil. 1/2013 telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Syura, Jakim, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada 36 NGO Islam yang telah menerima Bantuan Kewangan Kerajaan Bagi Tahun 2012. Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Razali bin Haji Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
Jakim memandang serius mengenai keperluan jalinan dan hubungan kerjasama erat dengan NGO Islam sebagai rakan strategik. Sehubungan itu, bagi memperkemaskan hubungan kerjasama pintar (smart partnership) antara Jakim dan NGO Islam segala gerak kerja dakwah perlu dilaksanakan dengan konsep wahdatul fikr,wahdatul amal dan wahdatul hadaf.
Dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam ini, Jakim juga mengharapkan jalinan hubungan dengan NGO ini dapat diperkasakan dan dipereratkan sebagai wadah memangkinkan percambahan idea dan kesinambungan tugas-tugas dakwah demi memastikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan kekal terpelihara dan dapat membina ketamadunan Malaysia seiring dengan kedudukan Islam sebagai agama Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment