Saturday 23 March 2013

Multaqa Huffaz Kebangsaan Rai Golongan Huffaz


8 Mac 2013- Darul Quran Jakim sekali lagi melakar sejarah penting apabila berjaya menghimpunkan para huffaz seluruh negara dalam program Multaqa Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 yang diadakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa penganjuran Multaqa Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 ini amat penting kerana ianya sebahagian dari usaha untuk memasyarakatkan al-Quran di samping mengiktiraf golongan yang menghafal al-Quran.
Antara pengisian majlis tersebut adalah Forum Huffaz yang telah mengupas tajuk “Peranan Huffaz Dalam Menangani Cabaran Masa Kini”.Forum ini telah menampilkan Us. Kadri bin Abd Hamid, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Kedah dan Hj. Rosli bin Osman, Penolong Pengarah Dakwah Kepimpinan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, mankala Ustaz Shahrulkarnain bin Mohd Nazir bertindak sebagai moderator.
Dalam Multaqa Huffaz ini juga diadakan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jakim dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Tuan Hj. Razali Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan dan Y.Bhg. Hj. Paimuzi Yahya, Pengarah Darul Quran, Sahibul Samahah Dato’ Seri Hj. Hassan bin Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang dan Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Harun bin Hassan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB.
Majlis ini juga meraikan seramai 51 orang penerima Sijil Tahfiz Malaysia. Setiap penerima Sijil Tahfiz Malaysia telah diberikan wang saguhati sebanyak RM1000 seorang.
web-DSC_8467
Y.B. Dato’ Dr. Mashitah ketika berucap merasmikan Multaqa Huffaz kali ini.
web-DSC_8434
Sebahagian tetamu yang hadir khusyuk mendengar ucapan perasmian.
web-DSC_8448
Antara tetamu VIP yang hadir memeriahkan Multaqa Huffaz kali ini.
web-DSC_8451
Y.Bhg. Tuan Hj. Razali menyampaikan ucapan aluan.
web-DSC_8507
Y.B. Dato’ Dr. Mashitah menyampaikan sijil dan cenderahati kepada salah seorang penerima Sijil tahfiz Malaysia.
web-DSC_8523
Y.B. Dato’ Dr. Mashitah menyaksikan sesi menandatangani MoU antara Jakim dan KITAB

No comments:

Post a Comment