Saturday 23 March 2013

Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Zon Utara


 

16 Mac 2013 (Sabtu) -  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah berjaya mengadakanSeminar Mendaulatkan Islam Agama Negara Peringkat Zon Utara bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Program ini juga telah mendapatkan penyertaan yang sangat menggalakkan iaitu seramai 2000 orang peserta yang terdiri daripada .
 
Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Ucap Utama majlis ini Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Haji Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Mantan Ketua Hakim Negara.
 
Satu Pembentangan Kertas Kerja bertajuk: ‘Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan’ telah disampaikan oleh Encik Azril bin Mohd. Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
 
Pengisian forum bertajuk: 'Isu-isu Semasa Islam: Respon Kita'. Ahli-ahli panel forum ini terdiri daripada: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Pensyarah Kulliyyah Syariah Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Madya Dr. Ismail bin Hj. Ishak, Pengarah Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia, Haji Ismail Mina bin Ahmad, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia. Moderator dilantik bagi forum ini ialah Ustaz Mohd. Isa bin Abd. Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
 
Pihak penganjur berharap agar objektif pelaksanaan program ini tercapai dalam memberi kefahaman sebenar tentang kewajipan menegakkan syariat islam dari aspek bernegara dan mendedahkan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh umat islam dalam suasana semasa kini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment