Monday 11 March 2013

Jakim ~ Bimas Islam Sepakat Bentuk Jawatankuasa Bersama


DISKUSI EKSEKUTIF PENGURUSAN PERKAHWINAN ORANG ISLAM
MALAYSIA - REPUBLIK INDONESIA
Segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah dapat mengadakan satu majlis diskusi eksekutif pengurusan perkahwinan orang Islam di dua negara berjiran, Malaysia dan Republik Indonesia. DISKUSI EKSEKUTIF PENGURUSAN PERKAHWINAN ORANG ISLAM MALAYSIA—REPUBLIK INDONESIA yang diadakan pada 17 dan 18 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 28 Feb 2013 dan 1 Mac 2013M di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Turut hadir dan mempengerusikan Majlis Diskusi Eksekutif pada hari kedua ialah Tuan Haji Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manakala Setiausaha Majlis Diskusi ialah Puan Hajah Saimah binti Mukhtar; Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim.
Majlis diskusi ini telah dihadiri oleh Yang terhormat Prof. Dr. H. Muhammadiah Amin, M.A; Sekretaris Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam (Bimas Islam), Kementerian Agama Republik Indonesia, Yang terhormat Bapak Drs. H. Anwar M.A.; Kepala Subdit Kepenghuluan Bimbingan Masyarakat Islam, Kementerian Agama Republik Indonesia, Yang terhormat Bapak Dino Nurwahyudin, Counsellor Konsuler, Kedutaan Besar Republik Indonesia Kepada Malaysia, Yang berbahagia Tuan Hanif bin Omar; Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia; Tuan Dzulkifly Abdullah; Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Konsular; Kementerian Luar Negara, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh; Atase Agama Di Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia, Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju' di negeri-negeri seluruh Malaysia, wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah, wakil Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, wakil dari Majlis Keselamatan Negara dan wakil dari PDRM Bukit Aman.
Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim dalam perutusan beliau, telah menyeru semua pihak  memastikan urusan-urusan berkaitan perkahwinan rakyat di dua negara diurus tadbir dengan baik dan telus supaya perkahwinan yang berlaku dilaksanakan mengikut hukum syarak dan undang-undang sedia ada sama ada di Malaysia mahupun di Republik Indonesia. Ketua Pengarah Jakim juga meminta kepada semua ahli diskusi agar mengukuhkan kerjasama dalam memastikan peraturan perkahwinan sedia ada dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya pernikahan tidak mengikut peraturan secara berleluasa.
Dalam ucapan balas Yang terhormat Prof. Dr. H. Muhammadiah Amin, M.A; Sekretaris Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam (Bimas Islam), Kementerian Agama Republik Indonesia, menyatakan bahawa pemerintah Indonesia memberikan perhatian yang serius terhadap masalah-masalah perkahwinan yang terjadi pada masa kini seperti pernikahan tidak tercatat atau pernikahan sirih, poligami liar, nikah sejenak, pernikahan di bawah umur. Pernikahan yang tidak tercatat tentu sahaja akan menimbulkan kesan negatif di kemudian hari yang merugikan masa depan sebuah keluarga.
Antara resolusi utama yang diperolehi ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam (BIMAS ISLAM) Kementerian Agama Republik Indonesia akan membentuk satu jawatankuasa berstruktur yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Perkahwinan Orang Islam Malaysia – Republik Indonesia bagi mengurus perkahwinan warganegara Islam di dua negara berjiran ini. Beberapa perbincangan lanjut akan diadakan antara Jakim melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti dengan pihak Bimas Islam, Kemenag bagi memastikan pembentukan jawatankuasa ini akan berjalan mengikut terma-terma rujukan yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak.
Majlis diakhiri dengan simbolik penyampaian cenderahati berupa 17 Jilid Kitab Fi Zilalil Quran disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim kepada Yth Bapak Prof. Dr. H. Muhammadiah Amin, M.A Sekjen Bimas Islam, Kementerian Agama Republik Indonesia, dan kepada Yth Bapak Dino Nurwahyudin, Councellor Konsuler di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kepada Negara Malaysia serta 4 juzuk Pedoman Muttaqin kepada wakil agensi yang hadir.
Semoga usaha yang dibuat ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T demi menjaga nasab dan keturunan umat Islam serantau, Insha Allah. Bahagian KSK Jakim mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak Institut Latihan Islam Malaysia yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.

Tuan Haji Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Dasar)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yang terhormat Prof. Dr. H. Muhammadiah Amin, M.A; Sekretaris Direktorat Jenderal
Bimbingan Masyarakat Islam (Bimas Islam), Kementerian Agama Republik Indonesia
Setiausaha Majlis Diskusi; Puan Hajah Saimah binti Mukhtar
Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim
Yang terhormat Bapak Dino Nurwahyudin; Counsellor Konsuler
di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kepada Negara Malaysia
Yang berbahagia Tuan Hanif bin Omar; Pengarah Bahagian Pekerja Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia
YBhg Tuan Khairil Hilmi bin Mokhtar; wakil dari Majlis Keselamatan Negara
Majlis penyampaian cenderahati berupa 17 Jilid Kitab Fi Zilalil Quran disampaikan oleh
YBhg Dato' Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim
kepada Yth Bapak Prof. Dr. H. Muhammadiah Amin, M.A
Sekjen Bimas Islam,Kementerian Agama Republik Indonesia.
Penyampaian Cenderahati Kepada Yth Bapak Dino Nurwahyudin, Councellor Konsuler
di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kepada Negara Malaysia
MAJLIS BERGAMBAR PENGERUSI DAN AHLI MAJLIS DISKUSI EKSEKUTIF
PENGURUSAN PERKAHWINAN ORANG ISLAM MALAYSIA - REPUBLIK INDONESIA
HARI KEDUA MAJLIS DISKUSI EKSEKUTIF
Yang terhormat Bapak Drs. H. Anwar M.A.; Kepala Subdit Kepenghuluan Bimbingan
Masyarakat Islam, Kementerian Agama Republik Indonesia dan Tn. Haji Abdul Aziz bin Jusoh;
Atase Agama Di Kedutaan Besar Malaysia Kepada Republik Indonesia
Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor; KPPK NCR Bahagian KSK Jakim dan Tuan Abas bin Nordin;
wakil dari JKSM

No comments:

Post a Comment