Monday 11 March 2013

DIF-3 Suburkan “Hayatul ‘Ilmi Bil Muzakarah”


Baru-baru ini bertempat di Sunway Putra Kuala Lumpur telah berlangsung Dialog Intelektual Fatwa Kali Ke-3 (DIF-3) dengan fokus utama diskusi mengenai konsep Istihalah. Dialog yang menggabungkan ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dengan pakar-pakar dalam bidang Fiqh dan Sains ini telah berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2013, dan turut hadir berkongsi ilmu dalam dialog ilmiah ini adalah dua orang wakil Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Sidang Dialog ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI. Sebanyak enam kertas kerja yang memfokuskan perbincangan Istihalah dari aspek feqah dan kajian saintifik telah dibentang dan dimuzakarahkan oleh para ilmuan bagi mencari pencerahan dalam isu istihalah ini supaya pendekatan terbaik sejajar dengan hukum syarak dapat diaplikasikan untuk maslahah agama dan umat Islam. Kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan ialah:
  • Pembentangan Kertas Kerja 1:
    Konsep Istihalah Dan HubungannyaDalam Penentuan Hukum Makanan
    Oleh:Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Anisah binti Ab. Ghani
    Jabatan Fiqh Dan Usul
    Akademi Pengajian Islam
    Universiti Malaya
  • Pembentangan Kertas Kerja 2:
    Aplikasi Al-Intiqal Dalam Produk Berasaskan Makanan
    Oleh: Y. Bhg. Encik Dzulkifly bin Mat Hashim
    Institut  Penyelidikan Produk Halal
    Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Pembentangan Kertas Kerja 3:
    Kerangka Konsep Istihalah Dan Istihlak Dalam Penyelesaian Hukum: Kajian Terhadap Khamar
    Oleh:Y. Bhg. Dr. Arieff Salleh bin Rosman
    Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFirst)
    Universiti Teknologi Malaysia
  • Pembentangan Kertas Kerja 4:
    Menangani Permasalahan Hukum Bahan Berasaskan Babi Yang Dicampur Dalam Makanan Dan Bahan Gunaan: Pengalaman Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam
    Oleh:Y.Bhg. Awang Hj. Mas Reduan Bin Hj. Jumat
    Jabatan Mufti Kerajaan Brunei
  • Pembentangan Kertas Kerja 5 : 
    Kaedah Istihalah: Perspektif Feqah dan Parameter Pengaplikasian
    Oleh: Y. Bhg. Tuan Hj. Lokmanulhakim bin Hussain
    (Panel Pemikir Fatwa JAKIM)
    Research Affairs Department
    International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA)
  • Pembentangan Kertas Kerja 6 : 
    Penggunaan Qaedah Istihalah Dari Sudut Maslahah Dan Mafsadah Kepada Umat Islam
    Oleh:Y. Bhg. Dato' Seri As-Sheikh Hj Nooh Bin Gadot
    (Panel Pemikir Fatwa JAKIM)
    Penasihat  Majlis Agama Islam Negeri Johor
Bagi mendapatkan input dan maklumbalas mengenai isu penggunaan najis mughallazah dalam bidang sains, perubatan dan farmaseutikal serta industri makanan, satu sesi Eksekutif Talk bertajuk’Fenomena Penggunaan Najis Mughallazah Dalam Dunia Sains Dan Perubatan’ telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Zhari bin Ismail, Pakar Farmaseutikal daripada Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa MKI.
Dialog yang berlangsung selama tiga hari ini telah menghasilkan beberapa rumusan yang amat penting dan akan diperhalusi dengan lebih lanjut supaya satu parameter khusus dapat dirangka dengan sokongan prinsip-prinsip fiqh dan kaedah-kaedah fiqhiyyahsebagai dasar hukum dalam isu Istihalah.
Tarikh: 
 Mar 11, 2013

No comments:

Post a Comment