Monday 11 March 2013

MAJLIS ANUGERAH PUSAT KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PELANCARAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (MBKPI) VERSI 3


Anugerah Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam Terbaik Peringkat Kebangsaan


Pada 14 Februari 2013 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam JAWI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) telah mengadakan Majlis Anugerah Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam Terbaik Peringkat Kebangsaan Dan Pelancaran Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 3 yang telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom( B ), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Anugerah yang julung kali diadakan semenjak Kursus Pra Perkahwinan Islam diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2006 ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada penganjur kursus pra perkahwinan yang telah menunjukkan contoh dan komitmen yang terbaik dalam penganjuran khususnya pematuhan kepada Garis Panduan Penganjuran Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM.  Dua kategori pemilihan telah dibuat iaitu :  i ) kategori Jabatan    ii) kategori Syarikat Swasta. Pemenang bagi anugerah ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Panel Anugerah Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam Terbaik Peringkat Kebangsaan. Pemenang bagi Kategori Jabatan disandang oleh Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam Cawangan Kuching Sarawak dan bagi kategori Syarikat Swasta dimenangi oleh MAIM Bentara Sdn Bhd. dari Negeri Melaka. Para Pemenang menerima hadiah berupa Sijil Penghargaan, Kitab Tafsir Alqur’an Fi Zhilalil Qur’an , sebuah Plak dan wang tunai sebanyak RM5000.00. 
PELANCARAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM VERSI 3
Pada majlis yang sama YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri juga telah melancarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 3. Modul ini telah ditambah baik dengan beberapa pembaharuan antaranya isi kandungan yang dikemaskini, setiap slide dimasukkan gambar- gambar yang menarik dan warna yang segar, video ringkas pada setiap tajuk dan diakhiri dengan satu tayangan video Dokudrama bertajuk Lestari Kasih. Dokudrama Lestari Kasih ini merupakan  khulasah atau kesimpulan kepada 11 tajuk yang terkandung dalam Modul MBKPI. Modul ini akan mula digunakan disemua Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam di seluruh negara bermula bulan Mac 2013. Diharapkan dengan Modul baru yang lebih segar dan efektif ini akan dapat memberi kefahaman dan kesan yang mendalam kepada para peserta kursus.
Ucapan Perasmian oleh : YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melancarkan Modul Kursus Pra Perkahwinan Versi 3
yang ditambahbaik
YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menunjukkan CD Modul baru MBKPI versi 3
  
Sidang Media mengenai penambahbaikkan Modul MBKPI versi 3
Sebahagian daripada para pelakon DokuDrama "Lestari Kasih"
Bergambar bersama pemenang Pusat Kursus Terbaik Peringkat Jabatan dan Swasta tahun 2012

No comments:

Post a Comment