Monday, 16 July 2012

BATU NISAN BERNYAWA ?




Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun Kuala Lipis..

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

ULASAN:

Semua yang berlaku adalah menurut qudrat dan Iradat Allah S.W.T yang mempunyai hikmah tersembunyi. Sebagai seorang Muslim dan Mukmin apa yang utama ialah kita jangan sekali-kali mempercayai perkara yang khurafat. Namun apa yang sering berlaku dalam masyarakat Islam sesuatu kejadian anih sering disalah ertikan sehingga terkadang dijadikan bahan tahyul dan khurafat. Percayalah sekiranya berita ini tersebar dan dibaca oleh mereka yang jahil akan ada dikalangan mereka menjadikan tempat-tempat untuk tujuan pemujaan dan sebagainya.

Berkaitan batu nisan tersebut bagi saya kemungkinan ia adalah sejenis batu yang sememangnya hidup. Maksud saya batu ini termasuk di dalam kategori batu-batu sungai dan seumpamanya. Walaupun ia dikatakan batu nisan tapi ia tidak seperti batu nisan yang digunakan oleh masyarakat kita pada hari ini yang diperbuat dari batu konkrit dan simen. Dengan umur kubur yang menjangkau 300 tahun adalah amat lojik penggunaan batu hidup dari sungai dijadikan sebagai batu nisan.  Di dalam Islam perkara ini digalakan kerana batu hidup akan melakukan zikir dan ianya akan meringankan azab mereka yang ada di alam kubur. Tujuan ini menyamai  perintah kita menanam pokok-pokok hidup di atas kuburan dengan tujuan yang sama. Persoalannya mengapa batu-batu untuk kubur lainnya tidak membesar dan seolah-olah mati. Mungkin di sinilah hikmah dan kemuliaan pemilik kubur berkenaan. Apapun hanya Allah yang megetahuinya.Allah Hu A'lam.

No comments:

Post a Comment