Monday, 16 July 2012

RESPON PEMENANG NOBEL KEAMANAN TERHADAP HIJAB


TAWAKKUL Karman ialah seorang wanita yang memenangi Anugerah Nobel (Noble Laureate) Keamanan berasal dari Yaman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Ibu Revolusi Yaman.
Apabila wartawan bertanya kepada beliau mengenai pakaiannya yang menutup aurat, Hijab (tudung kepala) yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tahap intelektual dan pendidikan beliau, Tawakkul Karman telah menerangkan dengan cukup jelas untuk kita semua renungi dan ambil iktibar.
Apa jawapan Tawakkul Karman?
“Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba.”
Ulasan:
Jawapan yang berani, logik  dan bertanggungjawab. Inilah yang sepatutnya ditunjukan oleh setiap individu Muslim apabila ada yang cuba mempertikaikan pemakaian Hijab oleh wanita Muslim. Mungkin kita tidak perlu memetik ayat-ayat al-Qur'an atau Hadis Rasulullah untuk memertahankan keperluan berpakaian hijab kerana orang-orang kafir sememangnya tidak beriman dengan kedua-dua sumber tadi namun cukup sekadar memberikan jawapan yang membolehkan untuk mereka berfikir.
Dalam situasi sebahagain besar wanita  Islam yang sekarang ini telah terjebak dengan budaya liberalima agama sehingga sebahagiannya sanggup mempertikainkan pakaian hijab, jawaban dari Tawakkul Karman pemenang hadiah keamanan ini hendaklah direnungkan. Logik untuk mengatakan usaha-usaha untuk mengajak manusia hidup bertelanjang adalah perbuatan mundur ke belakang atau hidup tanpa tamadun. Dahulu mereka bertelanjang kerana suasana ketika itu yang ketiadaan teknologi untuk membuat pakaian. Mereka tidak ada pegetahuan untuk membuat baju, Yang ada sekadar menggunakan kulit binatang buruan yang dijadikan pakaian untuk menutup tubuh badan. Namun sekarang segala-gala telah ada, mengapa manusia masih cuba hendak mengamalkan hidup zaman batu lagi ?
Kumpulan Liberal Seperti Sister In Islam (SIS) di Malaysia hendaklah menggunakan logik Tawakkul Karman ini. Saya tidak fikir orang-orang SIS lebih berani dan sebijak Tawakkul Karman. Tawakkul Karman seorang pejuang keamanan yang diiktiraf oleh dunia. Walaupun berpakaian Hijab beliau masih dapat berjuang dan perjuangannya diterima bukan sahaja oleh orang Yaman tapi orang-prang Islam di negara lain. Berpakaian Islam (Hijab) bukanlah lambang kemunduran sebagaimana yang sering didakwakan oleh golongan Liberal. Umat Islam mundur bukan kerana pakaian hijabnya tapi ialah kerana kemunduran pemikirannya. SIS dan golongan seumpamanya sedang berhadapan penyakit kronik kemunduran pemikiran.

No comments:

Post a Comment