Monday, 30 July 2012

KONSPIRASI ILUMINITI DLM OLYMPIX 2012: UMAT ISLAM AKAN DIFITNAH LAGI?



Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatanuntuk menganjurkan temasya berprestij itu. Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig) Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).lluminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Bagi saya ini bukanlah kali pertama unsur-unsur politik, keagamaan dan propaganda di masukan di dalam acara majlis perasmian sukan termasuk sukan olimpik. Sebab itu tanggapan bersukanlah untuk sukan dan bersukanlah mengikut semangat kesukanan hanyalah satu pernyataan kosong. Ia ditujukan untuk orang lain tapi tidak kepada perancang sukan/penganjur sukan itu sendiri terutamanya sukan-sukan bertaraf dunia seperti Commonwealth dan Olympix.

Kalau sukan sekadar sukan tiada kaitan agama, politik dan kuasa cuba kita bagi peluang pasukan bola sepak Ahmad Dinijad (Iran) lwn bola dgn pasukan Yitzak Rabin (Israel).Tengok mereka berlawan, mereka akan sepak bola ke sepak kepala. Pastinya pemain Iran akan sepak kepala pemain Israel, yg ni saya jamin 200%. Kenapa ? Ini kerana Ahmad Dinejad faham sgt tentang sepak terajang dan permainan Yahudi, Nasrani bekas2 penjajah ni.Sebelum dia org sepak kepala pemain Iran lebih baik Ahmad Dinijad buat arahan sepak kepala pemain2 Israel. 

Balik cerita sukan Olympic, ingat tak tarikh  sukan Olympic yg diadakan di Barcelona Sepanyol. Bila..klu bukan pada 1992. Apa kaitannya Barcelona Sepanyol dan tarikh 1992. Tengok tak masa pelancaran sukan Olympic pada tarikh tersebut yg dibuat secara live di tv dan ditonton oleh 1 billion penduduk bumi. Apa persembahan yg dibuat....’Bukankah mereka mempersembahkan lakonan kononnya kejayaan mereka membebaskan diri dari kongkongan kehidupan dari sekelompok Babarian iaitu sejarah 500 tahun dahulu. Mereka juga mengingatkan semua bangsa Eropah supaya "jgn sekali2 mengizinkan puak dan kumpulan spt itu " utk dtg lagi ke Eropah”.Siapa yg di maksudkan Babarian ? Kenapa merujuk tarikh 500 th dahulu.

Adakah secara kebetulan, Olympix 1992 di adakan di bumi Sepanyol. Dia memang dirancang.... Pastinya mereka merancang sambutan ulang tahun ke 500  ( 1492-1992) kejayaan mereka kononnya berjaya menghalau keluar umat Islam dari bumi Eropah. Itu bukti mereka tak lupa sejarah. Olympix dtg lagi tahun ini di bumi Eropah bangsa yg pernah menjajah kita. Saya ingatkan kisah ini sekadar utk dibuat renungan bersama. Begitu bangganya barat (kristian) dengan kejayaan mengalahkan Islam. Maka mereka mempersembahkan sejarah kejayaan silamnya melalui persembahan di sukan olimpix. 

Namun kali ini agak lain sedikit ceritanya unsur-unsur keagamaan Yahudi pula telah dan cuba menunjukkan pengaruhnya melalui pembukaan sukan Olympix. Apa yang pelik Walaupun penganjuran sukan ini dibuat di Kota London yang hebat mengambarkan kegagahan sebuah kerajaan barat (kristian) tapi yang ditonjolkan ialah kegagahan dan kehebatan kumpulan Yahudi dan segala konspirasinya. Apakah Yahudi sudah benar-benar menguasai seluruh dunia selain Amerika, juga mereka menguasai Eropah ? Kalau tidak masakan mereka berani berbuat demikian di acara pembukaan sukan yang dianjurkan di bumi Ibu negara Eropah iaitu England. 
Pertubuhan rahsia Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan di eropah dan kali ini secara terang-terangan cuba menguasai minda penduduk bumi akan kehebatan mereka. Sebagai contoh, melalui Olypix 2012,  logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula. Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.
Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.
Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati. Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).
Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan. Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat? Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.
Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal. Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).
Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.
Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?
ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”

Sebagai orang beriman marilah kita bermunajat kepada Allah sekiranya benar bahawa mereka merancang untuk melakukan kejahatan seperti fitnah kepada umat Islam biarlah Allah sahaja yang akan mengagalkan khianat mereka. Hanya kepada Allah kita memohon perlindungan. Allah adalah sebaik-baik pelindung.


No comments:

Post a Comment