Monday, 16 July 2012

LELAKI MENGAMUK DI JPM MENGAKU 'IMAM MAHDI'


PUTRAJAYA – Menggelar dirinya ‘Imam Mahadi’, seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.
Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.
Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
“Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
“Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
ulasan:

Pelik dalam keadaan tidak berbaju dan mendedahkan aurat individu yang mengamuk di JPM baru-baru ini mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi. Bagi budak sekolah rendahpun dakwaan ini tidak boleh diterima apatah lagi mereka yang dewasa. Apa yang menyedihkan ialah kejadian amuk oleh individu berkaitan telah menyandarkan perbuatannya atas manusia mulia 'Imam Mahadi' yang memang menjadi kepercayaan Mazhab Ahi Sunnah Wal Jamaah.

Di sini saya bukan mahu memperkatakan siapa Imam Mahadi. Persoalannya kenapa subjek 'Imam Mahadi' sering dijadikan hujah untuk kumpulan-kumpulan menyeleweng bagi mendapatkan pengaruh.Seterusnya, mengapa ada orang yang begitu  mudah percaya dan terpengaruh dengan dakwaan karut tersebut. Saya teringat ketika kumpulan al Arqam begitu berpengaruh 20 tahun yang lalu mereka juga menggunakan subjek individu penting iaitu "pemuda Bani Tamim'. Pengikut-pengikut al Arqam yang taksub pada ketika itu amat mempercayai bahawa As'ari Muhammad adalah pemuda Bani Tamim yang akan muncul diakhir zaman untuk menyelamatkan Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya. Mujurlah kerajaan bertindak cepat dan seterusnya mengharamkan kumpulan tersebut.

Apapun kita menyakini ajaran sesat terus dan masih wujud di mana-mana di negara ini. Isu Ayah Pin, Al Arqam, Rasul Melayu dan terbaru 'Imam Mahadi Malaysia' adalah bukti kukuh menunjukan sebahagian masyarakat Islam masih jahil dengan agama yang dianuti.Usaha-usaha dakwah dengan memberi tumpuan isu berkaitan aqidah adalah amat penting untuk dilakukan. Kemunculan Imam Mahadi palsu dan ajaran sesat lainnya hanya dapat dibendung melalui program ilmu dan aktiviti seumpamanya.




No comments:

Post a Comment