Monday, 16 July 2012

RASULULLAH S.A.W DIHINA MELALUI ALAT PERMAINAN


Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah paham akibat munculnya protes dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menodai Nabi Muhammad SAW.
Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di dasar mainan tempat pijakan kaki Power Rangers. Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki tokoh super hero itu akan mengenai nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga terkesan nama Nabi Muhammad SAW diinjak oleh tokoh super hero tersebut.
Hal ini mencetuskan protes keras dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang jeli melihatnya. Mainan itu dibahagikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual untuk pelanggan-pelanggan kanak-kanak-kanak-kanak dengan harga 12 Riyal. Syarikat cepat saji itu membahagikan mainan tersebut di tengah gencarnya pelbagai aksi kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu.
 Ulasan:
Cerita Rasulullah dihina terus berlaku dan berulang lagi. Dibuat dalam pelbagai bentuk seperti kata-kata cacian, karikatur dan terbaru ialah pengunaan alat permainan. Persolannya, mengapa batang tubuh Rasulullah Muhammad S.A.W sahaja yang sering dijadikan sasaran ? Apa tujuan mereka sebenarnya ? Ini antara perkara yang sering timbul dalam fikiran saya. Untuk menyakiti umat Islam !! Kalau untuk menyakiti hati umat Islam  menjadi tujuannya memang mereka telah berjaya. Mungkin ada sebahagian besar umat Islam juga tidak kisah dan tidak merasa apa-apa. 
Bagi bukan Islam khususnya (penghina Muhammad S.A.W), mereka perlu tahu bahawa bagi umat Islam mencintai Muhammad S.A.W itu adalah sebahagian dari tuntutan agama. Tidak akan dikatakan Muslim dan Mukmin sekiranya mereka tidak percaya, menerima dan mencintai manusia bernama Muhammad S.A.W sebagai Rasul akhir zaman. Muhammad inilah yang membawa al-Qur'an yang tidak ada keraguan di dalamnya. Muhammad inilah penunjuk jalan kebenaran dan penyelamat untuk umat Manusia keseluruhan di dunia dan akhirat.
Setiap Muslim setiap hari menyebut nama Muhammad S.A.W dalam solat mereka. Berpuluh kali mereka akan menyebutnya dalam bentuk pujian-pujian ketika solat dan juga diluar solat. Mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama Muhammad S.A.W. Nama ini diletakan ditempat yang tinggi samaada di masjid atau dirumah orang-orang MUslim. Muslim percaya bahawa Muhammad S.A.W akan memberi Syafaat dan pertolongan kepada mereka di hari akhirat kelak sekiranya mereka mengingattinya ketika hidup di dunia ini. Begitulah rapatnya setiap Muslim dengan Nabinya yang bernama Muhammad S.A.W.
Bagi sesiapa yang menghina Nabi Muhammad dan menyakiti atas apa tujuan sebenarnya telah menyakiti 1.7 billion umat Islam seluruh dunia. Umat Islam dari pelbagai bangsa dan negara terasa sakit. Mereka tidak redha kekasihnya disakiti dan dihina. Itulah perasaan sebenar umat Islam. Mungkin, mereka yang sering mempersenda Rasulullah S.A.W tidak tahu situasi ini. Marilah kita belajar untuk memahami orang lain. Tidak adapun ruginya. Hidup saling hormat menghormati termasuk dalam urusan hidup beragama adalah perkara yang dituntut.

No comments:

Post a Comment