Thursday, 19 July 2012
PELAKUN SHARIFAH SOFEA JUGA BERHIJRAH
Bukan trend tapi ini namanya hidayah Allah. Benar berpakaian menutup aurat adalah satu kewajiban bagi setiap individu Muslim namun sekiranya secara tiba-tiba ia dilakukan oleh individu Muslim yang dianggap tersesat kerana mengejar glamour (menjadikan kecantikan sebagai sumber rezeki -maaf kalau terkasar bahasa) ia satu yang mengejutkan. Pastinya ada sesuatu yang membuat individu berkenaaan melakukannya.
Kali ini Sharifah Sofea pula yang melakukan penghijrahan dengan bertudung. Selepas beberapa orang selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini bertambah seorang lagi selebriti mengikut jejak langkah sama ke arah sesuatu yang lebih positif.
Menerusi akaun twitter milik beliau, Sharifah Sofia sedia berkongsi gambar terbarunya yang ayu dan manis mengenakan hijab beserta ungkapan
'Here’s to a new chapter… Bismillah!'.
Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.
Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. Semoga beliau terus beristiqamah untuk melalui perjalanan hidup sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam "Sesungguhnya aku telah redha untuk menjadikan Islam sebagai agama anutan dan amalanku"
Labels:
Pemikiran Dakwah Madani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment