Otak manusia yang masih lagi hidup.
Betapa hebat ciptaan Allah S.W.T.Dengan memikirkan segala ciptaan Allah pasti ia akan mampu meningkatkan keimanan kita. Memikirkan ciptaan tubuh manusia yang begitu indah dan menakjubkan ia kan menjadikan kita manusia yang bersyukur kepada pencipta (Allah).Dalam kontek aqidah 'fikirkanlah ciptaan Allah (Makhluk) dan bukan memikirkan zat Allah'.Cuba kita tengok bagaimanakah kehebatan Allah mencipta tubuh kita. Berikut adalah gambar-gambar sebenar yang ada pada tubuh manusia. Betapa hebatnya Allah;
Macam mana organ sekecil ini mampu berfikir dan mengawal segala pergerakan badan dan aktiviti seharian kita? Tidak lupa dari merakam peristiwa yang telah berlaku dan temu temujanji akan datang? dan macam macam dia fikirkan untuk kita...
Amatlah rugi jika kelebihan ini tidak digunakan dari MENGINGATI ALLAH dengan mengerjakan solat 5 waktu... apatah lagi jika kita menentang ayat-ayat dan suruhanNya..
Cuba fikirkan bagaimana jika urat-urat di dalam otak ini tidak berfungsi lagi?
Dan ini lagi:
Urat di mata
Usus dalam perut
Jutaan urat di bahagian kepala
Betapa besar pemberian Allah kepada kita. Apakah kita mampu menandinginya dan sanggup menjadi penentangNya pula?
Firmanullah s.w.t
"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?" (Surah Az-Zariyat: Ayat 21)
"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata!"(Surah Yassin: Ayat 77)
"Dan berapa banyak tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya." (Surah Yusuf, ayat 105)
Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Surah Al-Israa :37)
"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan suruhan Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 179)
No comments:
Post a Comment