Stigma dan diskriminasi HIV merupakan penghalang utama untuk melawan epidemic HIV/AIDS. Ketakutan dan diskriminasi menjadi faktor penghalang untuk mereka yang PLHIV mendapatkan rawatan atau ,mengaku status HIV secara terbuka.
Stigma yang berkait dengan HIV/AIDS boleh juga dipindahkan kepada keluarga terdekat dan menyebabkan ahli keluarga lain disingkirkan oleh masyarakat. Penafian berganding bahu dengan diskriminasi dengan orang menafikan wujudnya HIV di dalam masyarakat. Hari ini, HIV/AIDS mengancam kesihatan dan kebajikan manusia di seluruh dunia. Pada akhir 2007, 33.2 juta orang hidup dengan HIV dan pada tahun yang sama 2.1 juta mati akibat AIDS. Malaysia tanpa sedar, HIV telah menjadi satu wabak yang kritikal dan wajib dibendung serta ditangani bersama.Sehingga Dec 2011, terdapat 94, 841 kes HIV yang telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. MasyaAllah wa nauzubillah..Jumlah yang membimbangkan dan wajib bagi kita yang sedar untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian.
JAKIM, dengan sokongan NGO’s seperti Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Majlis Aids Malaysia (MAC), Yayasan Aids Malaysia (YAM) dan beberapa sukarelawan, telah mengadakan program pengukuhan bagi PLHIV. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri terhadap PLHIV serta memberi pengetahuan yang mendalam berkaitan HIV/AIDS dan seterusnya mengikis stigma dalaman serta stigma masyarakat terhadap mereka yang hidup dengan HIV. Peserta adalah dari seluruh Malaysia yang bernaung di bawah satu pertubuhan iaitu Positive Warriors.
Peserta yang terpilih dalam program tersebut telah dibawa ke program lanjutan iaitu di Dusun Eco Resort Bentong Pahang selama tiga hari bagi memberi pendedahan dan membangkitkan keyakinan diri dalam menghadapi stigma masyarakat dan berani tampil ke hadapan bagi menjelaskan isu HIV/AIDS kepada masyarakat. Di sesetengah negara, orang yang hidup dengan HIV/AIDS kurang pengetahuan tentang hak mereka dalam masyarakat. Mereka perlu bantuan agar dapat mencabar stigma dan diskriminasi apabila ditemui. Institusi dan pertubuhan-pertubuhan berkaitan boleh menguatkuasakan hak mereka dan membentuk kuasa dalam menentang kesan buruk stigma dan diskriminasi. Walau bagaimanapun tiada sebarang undang-undang yang menentang diskriminasi HIV/AIDS. Oleh itu, timbul perasaan takut dan prejudis menjadi sebab utama diskriminasi itu wujud. Satu persekitaran yang baik, maklumat yang tepat perlu di war-warkan untuk menunjukkan bahawa PLHIV adalah sebahagian daripada masyarakat. Kita Manusia tidak sepatutnya menghukum tetapi perlu membantu mereka semampunya.
Sampai bila masalah ini akan berlarutan? Apakah punca dan bagaimana cara untuk merungkai dan menyelesaikannya?..Setiap yang berlaku adalah ujian Allah SWT, manusia yang waras akal fikirannya hendaklah memikirkan dan mencari punca dan bagaimana menangani permasalahan yang sudah bersatatus wabak ini. Tidak wajar menyalahkan mereka secara total bahkan wajib membimbing mereka menjalani kehidupan seperti insan lain dan menyuntik semangat dalam menghadapi dugaan kehidupan dan bersedia menghadapi kehidupan yang abadi kelak. Wallaha’lam.
LDK Bersama Us. Mohamed Hanafiah Abdul Malek
KPPK Ustaz Zakuan Dalam Slot "Sharing is Loving"
Bergambar Bersama Positive Warriors
Antara Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
No comments:
Post a Comment