Permulaan kehidupan kita bermula di alam roh iaitu di Syurga.Seterusnya
melalui alam-alam berikutnya iaitu di alam rahim,sekarang berada di alam dunia
seterusnya mati lalu memasuki alam barzakh (dikubur).Apabila qiamat berlaku
semua mahluk dimatikan dan bagi yang telah mati terlebih dahulu walaupun telah jutaan
tahun lamanya mereka semua akan dihidupkan kembali untuk hidup dialam
akhirat.Alam akhirat adalah kehidupan kekal abadi di mana manusia akan hidup
samaada di alam Syurga atau neraka.Itulah perjalanan kehidupan manusia.Mukmin
atau kafir, baik atau jahat, pembesar atau rakyat biasa semuanya akan melalui
laluan yang sama.
Pastinya, hidup manusia mempunyai fasa-fasanya. Secara mudah
ia boleh dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu alam fizikal dan alam rohani.
Alam fizikal hanya berlaku pada dua keadaan sahaja iaitu ketika hidup sebagai
seorang bayi dialam rahim dan seterusnya dilahirkan ke alam dunia. Kehidupan
manusia sebelum memasuki alam rahim dan dunia ia berada dialam roh.Begitu juga selepas roh keluar daripada jasad ia akan memasuki alam roh kembali. Melihat pada
situasai ini pastinya kehidupan manusia dialam roh adalah lebih lama
dibandingkan kehidupan dialam fizikal. Dialam fizikal iaitu kehidupan dialam rahim
dan dunia bila dicampur kedua-duanya paling lama manusia hanya diizinkan hidup
oleh Allah SWT sekadar 100 tahun.Ini
berdasarkan perkiraan normal tahap umur yang mampu dicapai oleh manusia di
zaman moden ini.
Fasa kehidupan manusia di dunia inilah adalah fasa
pertengahan. Ia pertengahan antara fasa kehidupan antara dua alam roh. Iaitu
alam roh sebelum dihidupkan dialam dunia dan selepas itu dimatikan kembali
kealam barzakh dan seterusnya akhirat.Dua alam roh ini tidak ada siapapun yang
mampu menceritakaan keadaan sebenar-benarnya melainkan ada
keterangan-keterangan dari al Qur’an dan juga hadis.
Kehidupan di dunia ini satu yang boleh digambarkan. Didunia
ini semua kehidupannya boleh dilihat dan dirasa. Bagi mereka yang mempunyai
panca indera yang lengkap keindahan dunia ciptaan Allah akan memberi satu nikmat
kehidupan yang amat menyeronokkan dan mengembirakan.Manusia akan berebut-rebut
mencari kurnia Allah didalamnya. Namun dalam perebutan mencari kurnia Allah
yang pelbagai ini sesetengah manusia menjadi rakus dan tamak. Justri itulah,
Allah mengutuskan Rasul dikalangan hamba-hambanya untuk membawa Risalah Islam.
Selepas berlaku kematian manusia akan melalui kehidupan seterusnya.
Kehidupan selepas kematian adalah satu yang amat rumit untuk diceritakan.Namun
ia benar-benar wujud dan berlaku walaupun tidak ada sesiapapun pernah mati dan lalu
hidup kembali untuk menceritakannya.Hanya sedikit keterangan yang ada samaada
dari al Qur’an atau Hadis Rasulullah SAW
untuk dijadikan sandaran memahaminya.
Kehidupan Selepas roh keluar dari badan kemana roh ini pergi
tidak ada siapa yang megetahui dengan sebenar-benarnya. Sememangnya kewujudan
roh itu sendiri Allah sendiri hanya memberi ilmu yang amat sedikit untuk
manusia memahaminya.Allah sendiri mengatakan ia adalah urusaNya. Maka perjalanan
roh selepas mati hakikat sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Bila seseorang itu mati Roh meninggalkan jasadnya di dunia. Jasad akan diurus oleh orang yang hidup untuk
disemadikan. Manusia akan dikembalikan sebagaimana asal penciptaannya iaitu
daripada tanah. Roh akan pergi jauh meninggalkan jasad yang akan dimamah oleh
tanah. Roh terus pergi. Perjalanan roh adalah perjalanan yang amat jauh. Jauhnya
tidak boleh dihitung dengan gambaran perjalanan di dunia ini. Tidak ada peta
atau kaedah ‘google’ yang boleh menunjukkan arah tujunya.Tidak ada jam tangan
yang boleh menentukan masanya. Tidak ada sukatan perbatuan yang mampu menunjukan
jarak jauhnya. Sememangnya tidak tergambar. Pastinya tidak ada oarng yang telah
mati dan ditanam dikuburan (barzakh) lalu hidup kembali untuk menceritakan
keadaan perjalannan yang pernah dilaluinya.
Walaubagaimanapun proses alam memusnahkan jasad tadi sehingga
hanya akan meninggalkan tulang belulang namun Allah menjanjikan bahawa manusia
akan tetap dikembalikan sebagaimana bentuk asal penciptaannya di akhirat kelak
untuk dipertanggungjawabkan akan perbuataanya di dunia ini. Manusia akan
dihidupkan kembali bersama roh yang dimiliki di dunia ini.Roh yang berada
dibawah jagaan Allah di alam roh hanya menanti detik perintah Allah untuk kembali kepada
jasad yang pernah dia tinggal bersamanya di dunia satu ketika dahulu.Roh mungkin merindui jasadnya walaupun pelbagai perbuatan tubuh badan itu telah menyakiti tubuh roh ketika di dunia ini.Namun segala perintah Allah akan dipatuhi untuk menghidupkan kembali rakan tubuhnya tadi. Perkara ini satu yang sukar untuk diterima oleh aqal namun Allah berkuasa melakukan segala-gala. Sekiranya Allah berkehendakkan sesuatu Allah hanya akan megatakjan 'jadi maka jadilah'.Semua yang diceritakan akan berlaku.
Bagi seorang Muslim laluan perjalanan kehidupan sebagaimana
yang disebutkan tadi sememangnya satu yang mereka telah maklumi.Namun bagi
orang kafir pastinya mereka tidak tahu.Mereka tidak tahu asal usulnya Dari mana
asal dan ke mana hendak pergipun tidak ada jawapan. Bagi sesetengah orang kafir
pula mereka percaya bahawa ada kehidupan selepas mati namun kefahaman mengenai
kehidupan selepas mati jauh terseleweng dari yang sebenarnya. Deritanya
kehidupan bagi seorang kafir.Al Hamdulilah Allah telah memilih kita antara
manusia yang mengimani perkara-perkara
tersebut.Insyaa Allah kita akan terselamat di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment