Aqidah adalah asas kepada kehidupan seorang Muslim. Mempunyai
aqidah yang betul akan menyelamatkan seorang Muslim itu di dunia dan akhirat.
Asas aqidah di dalam Islam bermula dengan seorang itu mempercayai enam (6)
rukun Iman. Bermula dengan percaya kewujudan Allah SWT sehingga kepada
persoalan Qadha dan Qadar.
Rasulullah SAW memulakan gerakkan dakwahnya dengan menyibarkan
Risalah aqidah tauhid. Selama 13 tahun Rasulullah menyibarkan message tersebut.
Melalui penanaman aqidah ini Rasulullah akhirnya berjaya melahirkan sahabat
yang kuat jiwa dan agamanya.
Berbekalkan aqidah yang kukuh inilah Rasulullah SAW bersama para
sahabatnya terus menyibarkan dakwah Islam. Ramai para Sahabat yang diseksa dan
ada yang dibunuh . Namun mereka tidak undur berjuang dan mengalah.Sahabat
seperti Saidina Bilal walaupun melalui penderitaan demi penderitaan namun
aqidah yang tersemat kukuh dalam hatinya menjadikan beliau tabah menghadapi
segala penderitaan.Cintanya kepada ajaran Islam mengatasi segala-galanya.Saidinan
Bilal hebat kerana hebat aqidah yang dimilikinya.Banyak kisah-kisah kehebatan
para Sahabat Rasulullah kalau hendak dinukilkan disini lantaran aqidah yang
dimilikinya.
Di sini jelas menunjukkan aqidah menjadi asas penting bagi seorang
individu Muslim. Umat dahulu berjaya kerana aqidah yang dimilikinya.Islam
menjadi gemilang kerana aqidah tauhid yang tertanam kukuh dalam diri umat.
Aqidah menjadikan mereka menjadi pendorong kuat untuk mereka berjuang dan
menyibarkan agama Allah SWT.
Inilah rahsia sebenar kekuatan Islam.Kekuatan Islam adalah
berpaksikan aqidah.Aqidah tauhid akan menjadikan seseorang dan sesuatu bangsa
akan berubah pegangan, pemikiran dan gaya hidupnya.Melalui aqidah ini seseorang
akan menjadi seorang yang patuh tunduk kepada seluruh perintah Allah. Allah
adalah segala-galanya.
Seluruh system hidup orang beraqidah akan berubah berasaskan
keyakinan dan kepercayaan bahawa semua kehidupan ini adalah tertakluk di bawah system
dan peraturan Allah.Diatas keyakinan ini mereka memulakan hidup daripada
bangkit tidur sehingga hendak tidur kembali dengan mematuhi segala peraturan
Allah.Segala gerak lakunya samaada dalam perkara yang kecil dan besar semua
untuk Allah.Orang yang beraqidah tahuhid sebenar-benarnya akan merasakan bahawa
hidup ini hanya untuk Allah.
Allah adalah pemilik pada dirinya.Mereka sedar semua rangka
kehidupannya berada dalam jadual Allah.Sejak dari azali dan alam roh Allah telah
mengaturkan hidupnya.Kemudian dilahirkan ke dunia ini untuk meneruskan
kehidupan yang seterusnya sehingga akhirnya bertemu kepada Nya.
Bayangkan sebuah kehidupan TANPA memiliki aqidah tauhid. Deritanya sebuah
kehidupan tanpa aqidah.Kemana hala tuju hidup mereka. Mereka tidak ada jawapan
berkaitan kenapa merteka dilahirkan dan dihidupkan didunia ini ? Kemana selepas
kehidupan ini ? Begitu juga banyak persoalan-persoalan lain akan terus berlegar
dalam kepalanya. Pastinya mereka akan hidup dalam penuh pertanyaan dan kebingungan.
No comments:
Post a Comment