Wednesday 26 June 2013

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-55

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-55  telah diadakan pada 31 Mei 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Bangunan Perdana Putra, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara ahli mesyuarat telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Timbalan Pengerusi, YB  Dato’ Seri Dr. Abdullah bin Md Zin, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar Perak, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Johor dan Ketua Menteri Melaka, EXCO-EXCO Agama, Ketua-Ketua Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Ahli-ahli dilantik.
YAB Perdana Menteri dalam perutusannya berharap agar institusi Islam sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri sentiasa bekerjasama membina perpaduan ummah. Menurut beliau perpaduan menjadi kunci utama dalam menjayakan agenda negara serta menjadi benteng menghadapi cabaran globalisasi, ancaman akidah serta masalah sosial yang kian mencabar.
YAB Perdana Menteri turut mengalu-alukan dan menyokong penuh supaya Jakim diperkasakan agar keberkesanan dan peranannya seiring dengan usaha Kerajaan untuk melaksanakan program tranformasi dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan agama Islam di negara ini.
Sumber Foto : Azlan Azray
Date: 
 Jun 18, 2013   - Jun 23, 20

No comments:

Post a Comment