Wednesday 26 June 2013

Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengadakan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 pada 10 - 12 Jun 2013 di Perdana Resort Kota Bharu Kelantan. Majlis perasmian telah diadakan pada 11 Jun 2013 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Dato’ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Haji Mohd Salleh bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK yang mewakili Pengarah JHEAIK, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Salleh,  Pesuruhjaya Hal – Ehwal Agama Terengganu, dan Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah JHEAIK.
Persidangan ini diadakan bersempena dengan program Tilawah al Quran Peringkat  Kebangsaan Kali ke 56 yang diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Persidangan ini telah dihadiri oleh 84 orang peserta yang terdiri dari PTAD dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam persidangan ini iaitu, Integriti Perkhidmatan Hal Ehwal Islam oleh Kol. Nawawi bin Daud, Timbalan Pengarah Kagat, Pencapaian Indeks Kesejahteraan Komuniti oleh Dr Mohd Aderi bin Che Noh, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UKM dan Isu Semasa Aqidah oleh Us Kamarulsaman bin Yacob dari Bahagian Penyelidikan JAKIM.
Majlis penangguhan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ramlah binti Yong, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, yang turut dihadiri oleh Puan Hajah Norkhalidah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Us Mohd Ajib bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam.
Date: 
 Jun 17, 2013   - Jun 21, 2013  

No comments:

Post a Comment