Monday, 17 June 2013

Golongan Syiah dan Sosialis Menentang Presiden Mesir Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria


Semua rakyat dan umat Islam bergembira dengan keputusan tegas Presiden Mursi semalam yang memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Syria KECUALI DI BAWAH:

Ceritanya..Petang tadi hari ini iaitu 16 Jun 2013, sekumpulan rakyat Mesir dari pemyokong sosialis yang memuja bekas Presiden sosialis Mesir, Jamal Abdul Nasser yang dikenali "aliran An-Naseeri" mengadakan demonstrasi berhampiran Kedutaan Amerika di Kaherah sebagai membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Mursi semalam yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria.

Tindakan mereka ini langsung tidak mengejutkan kerana ideologi mereka sealiran dengan rejim Basyar dan mereka ini pada Februari lalu mengadakan kunjungan hormat memberikan sokongan kepada rejim di Damsyik.

Kita juga harus ingat, calon yang ditaja oleh mereka dalam Pilihanraya Presiden lepas yang menentang Mursi iaitu Hamdeen Sobahi dari aliran yang sama menerima bantuan USD10 juta dari Iran.

Cuba bilang berapa musuh luar Mursi dan Mesir sekarang..Israel, Amerika, Syria, UAE, Saudi, Ethopia (isu Empangan), Hizbullah, Syiah..lagi? Musuh dalam negara lagi..

No comments:

Post a Comment