Tuesday, 31 May 2016

Kehebatan Kalimah "Bismillah"

“Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim! Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di muka bumi).

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya.”
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi: “Ismullahil-A’zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur’an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain.” ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

RUU Mahkamah Syariah Bukan Hudud


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan M




SHAH ALAM - Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah demi mengangkat martabat mahkamah syariah di negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mahkamah syariah pada hari ini menjadi bahan ketawa kerana hukuman yang dijatuhkan gagal mencegah jenayah.
Katanya, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah juga tidak mencerminkan kehendak hukum syarak. Sebagai contoh, seorang pesalah hanya dikenakan hukuman sebatan (maksimum) enam kali.
“Kerana itu bidang kuasa mahkamah syariah perlu ditingkatkan supaya hukuman boleh dijatuhkan sebagaimana dituntut Islam.

“The Young Turks”, Kegelojohan Anak Muda Meruntuhkan Islam


Pada awal abad ke-20 iaitu tanggal 3 Mac 1924, jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang menaungi seluruh umat Islam dunia. Berkubur jua satu kerajaan sejagat yang dipimpin oleh Bangsa Turki ratusan tahun lamanya (hampir 700 tahun). Benarlah firman Allah, tiada kerajaan yang akan kekal selama-lamanya baik Islam mahupun kuffar, selain dari kerajaan Allah;
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan raja bagi segala kerajaan! Engkaulah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”  (Aali-Imran ayat 26)

Ironinya ketika Sultan Abdul Hamid II (1842-1918) dipecat, salah seorang mereka yang menyerahkan surat pemecatan itu adalah Emmanuel Karasu, seorang Yahudi. Banyak faktor yang menyebabkan jatuhnya dinasti yang paling lama berkuasa di dunia itu. Ratusan sejarawan baik Muslim mahupun non-Muslim menulis berbagai versi buku dan mengkaji semua “cluster bomb” yang meruntuhkan Empayar Islam Uthmaniyah kerana ia adalah satu detik hitam yang sangat bersejarah dalam peradaban manusia. Ia bukan sahaja mengejutkan orang Islam, malah memeranjatkan seluruh dunia.

Sebenarnya metode Henry Martyn, salah seorang tentera Salibiyyah yang kalah telah diaplikasikan untuk menakluk Dunia Islam ketika itu iaitu “rhetoric, logic and love”; dengan cara menawarkan kata yang muluk-muluk, relevan dan bernas kononnya tentang cinta dan patriotik kepada tanahair agar bebas dari tirani Uthmaniyah. Tetapi hakikat sebenarnya adalah untuk membiarkan negara-negara Islam antaranya Turki jatuh tersungkur ke ribaan kuasa-kuasa Barat. Akibatnya ada masyarakat Islam yang terpedaya dengan pujukan-pujukan patriotisme dusta itu sehingga sanggup berkiblatkan perundangan dan kemajuan Eropah secara mutlak.

Umar Mukhtar : Mengenali Sejarah Pejuang Kemerdekaan Libya


Umar Mukhtar adalah antara ‘Hero’ umat Islam yang sememangnya wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Hal ini dapat kita telusuri apabila kita melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba dhaif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru). Berkat didikan syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun solat pada sepertiga malam.

Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari. Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu.

Islam Liberal: Satu Pendedahan


Peredaran masa telah membuktikan kepada kita apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam kepada para sahabat. Selaku orang yang mengaku beragama Islam, al-Quran dan al-Sunnah merupakan jalan penyelesaian yang paling selamat dengan berpaksikan kepada aqidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda;
افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة
“Umat Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh lagi masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan maka tujuh puluh satu masuk neraka dan hanya satu golongan masuk syurga. Umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka dan ia adalah jamaah (golongan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah).”(riwayat Ibnu Majah)

11 Perkara yang sering kita lupa-Imam Ibnul Qayyim

Buko Poso 2

KITA TAHU TAPI…

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, “Wahai anakku kabarkan kpdku tentang akhirat!”

Anak perempuan itu menjawab, “Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yg tertulis dlm lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya..”

Berkata Ibnul Qayyim, “Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yg dlm maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yg tidak memahami maknanya..”

Monday, 30 May 2016

Kisah Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus


Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan“Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan  buat masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.

Kisah Ka’ab bin Malik Dihukum Rasulullah ﷺ


Emosi manusia apabila dipecat, didenda atau dihukum, dikenakan tindakan disiplin serta merta pasti akan merasai kejutan drastik yang luar biasa. Fitrahnya manusia tanpa berfikir panjang pasti akan merasa marah, haba panas meluap-luap dalam kepala, melenting, meradang, lebih parah lagi bila menyimpan kesumat dan dendam menghadapi tindakan sedemikian. Namun, dalam gerakan Islam bagi mereka ditarbiyah secara murninya akan mengoreksi setiap ujian itu menerusi cerminan al-Quran dan al-Sunnah, jiwanya kental kerana niatnya berjuang semata-mata mengharap redha Allah dan Rasul, pastilah dia tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang, bahkan tiada noktahnya sehinggalah menjelang hari kiamat. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti, berhenti dan mati, tetapi harus terus konsisten (istiqamah) berada di lapangan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Friday, 27 May 2016

Baca dua juzuk al-Quran untuk makan percuma


Baca dua juzuk al-Quran untuk makan percuma
Baca al-Quran dua juzuk untuk dapatkan makanan percuma.

BANDUNG - INDONESIA. Sebuah kedai makan di Jalan Ciujung, di sini menampilkan suatu kelainan apabila menyediakan santapan percuma bagi sesiapa yang 'membayarnya' dengan bacaan al-Quran.
Memetik laporan detik.news untuk menikmati hidangan percuma itu, para 'pembeli' perlu menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak dua juzuk.
Menurut pemiliknya, Ricky Ricarvy Irawan, apa yang dilakukan olehnya adalah untuk menerapkan konsep Islamik dalam perniagaannya itu.
"Saya juga sediakan kemudahan untuk mengaji di sini. Malah, jika sudah mengaji dua juzuk, saya akan bagi hadiah (makan percuma),” katanya yang dipetik dari portal detik.com.
Menurut Ricky, kebiasaannya dua juzuk al-Quran tersebut boleh dihabiskan dalam masa sekitar satu jam.
Namun rata-rata anak muda yang datang mengaji kemudiannya pasti akan membayar hidangan yang mereka makan.
Tambah Ricky, dia berharap agar kedai makan yang menyediakan kemudahan mengaji sebegini mampu menjadi satu cara dakwah, lebih-lebih lagi laluan tempat dia berniaga adalah jalan yang padat dan dilalui ramai.
Kedai makan Ricky menyediakan sekitar 15 menu, di mana antara menu kegemaran orang ramai ialah sotong goreng, kentang mustopa dan opor ayam
Sinar: 27 MEI 201
6

Garam Makanan Sunnah Rasulullah SAW



GARAM adalah sejenis ramuan yang sering digunakan pada makanan mentah mahupun yang telah 
dimasak. Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.

“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.

Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”

Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung


Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan.

Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita









Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat

1.Makanan Ber oat

oat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Salmon-fish
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

Daun kesum antikanser?



Selain mas cotek, satu lagi herba yang sedang dikaji untuk mencari penawar kanser ialah daun
kesum. Daun kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Daunnya yang berwarnah hijau, bentuk bujur dan meruncing di hujung, berbau harum serta aroma yang amat menyelerakan pada setiap hidangan asam pedas dan laksa pasti membuat perut berkeroncong.

Namun daun kesum yang amat popular dalam masakan orang Melayu itu dikatakan mempunyai khasiat untuk membantu dalam membantu merawat kanser.

Melalui integrasi maklumat metabolomik dan proteomik serta teknologi perkomputeran biologi dan bioinformatik, Institut Biologi Sistem (Inbiosis) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tempat rujukan dalam bidang biologi sistem dengan pengaplikasian dalam pelbagai jenis penyelidikan terutamanya tumbuhan dan mikroorganisma sehingga berjaya merungkai jaringan metabolisme yang kompleks daripada pokok herba kesum atau pun dikenali Polygonum minus Huds.

Kajian itu sekali gus mengenal pasti tapak jalan yang menghasilkan sebatian utama bau dan rasa tumbuhan tersebut.

Thursday, 26 May 2016

Bahaya radioaktif Al-Quran mendahului zaman


Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81

Secara ringkasnya ayat 16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.

Ianya harus dikaji dan difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti “ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.

Dalam ayat ini Allah SWT membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.

*Sumber dari kajian-quran.blogspot.com (Quran Menjelaskan Sistem Pertahanan Badan dan Minda)

USIM kumpul RM4.5 juta


  
Musa Ahmad
SEREMBAN 25 Mei – Usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjana sumber kewangan melalui wakaf telah menampakkan hasil membanggakan apabila berjaya mengumpul RM4.5 juta setakat ini.
Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, USIM merupakan universiti awam pertama menerima status Mutawalli daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 2013 yang membolehkannya mengutip dana wakaf.
Jelasnya, melalui sumbangan wakaf, universiti itu telah me­laksanakan projek Klinik Pakar Kesihatan USIM di Bandar Baru Nilai yang beroperasi sejak 2015 dan akan disusuli dengan projek klinik hemodialisis.
“Pihak universiti menyedari bahawa kita perlu kreatif untuk menjana kewangan baharu dan salah-satu yang telah dan sedang dipergiatkan adalah menerusi wakaf.
“Kita juga sedang melakukan perbincangan secara serius dengan sebuat syarikat yang bersetuju membina sebuah kompleks kolej kediaman bernilai RM25 juta di dalam kampus USIM melalui pembiayaan secara wakaf,” katanya dalam Majlis Perhimpunan Kakitangan Bersama Naib Canselor di Dataran Canselori, di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/usim-kumpul-rm4-5-juta-1.334637#sthash.gfJdInrq.dpuf

26 Mei 2016 1:29 AM

Delima pilihan jaga kesihatan

Punica granatum atau lebih dikenali sebagai buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk
menjaga kesihatan. Ia juga dikenali sebagai pomegranate, rumman, rumien atau rimmon.

Buah delima memang terkenal dengan khasiat kerana mengandungi antioksidan yang tinggi malah kajian menunjukkan kandungan antioksidan dalam buah itu dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.

Malah kualiti antioksidan delima juga dikatakan lebih baik daripada beri biru, kranberi dan oren kerana polifenol di dalamnya lebih tinggi.

Ketika ini ramai pengusaha produk kecantikan mahupun makanan berlumba menggunakan buah delima dalam produk mereka disebabkan khasiatnya.

Bagi pencinta aiskrim, anda boleh mendapatkan khasiat buah delima melalui Magnum Pink Pomegranate yang dihasilkan daripada seratus peratus buah delima asli serta coklat Belgium.

Menurut Chef Isadorai Chai, umum mengetahui buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan. Ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Kajian dijalankan juga menunjukkan buah delima mengandungi zat protein dan lemak dalam kuantiti sedikit.

Wednesday, 25 May 2016

Media Baru Antara Fitnah dan Dakwah



Media baharu telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Ia tidak boleh berpisah terutamanya di kalangan generasi muda kerana ia bukan sahaja alat komunikasi tetapi boleh dianggap sebagai keperluan hidup. Malahan, berdasarkan kepada trend penggunaannya pada masa kini, media baharu boleh dianggap sebagai tuhan lantaran ia yang mencorakkan kehidupan masyarakat pada hari ini. Penggunaan media ini selain dari memberikan kebaikan dan memudahkan kehidupan manusia, tetapi atas sifatnya sebagai sebuah teknologi, ia memberikan fitnah kepada manusia secara minda bawah sedar. Kesan minda bawah sedar ini sangat penting kerana ia berlaku secara tidak langsung tanpa disedari oleh manusia. Ramai yang menyebut bahawa “penggunaan teknologi ini kalau digunakan untuk kebaikan, maka ia akan jadi baik. Manakala, kalau sebaliknya, ia akan jadi tidak baik”. Ini adalah kesan langsung dan ia adalah di bawah kawalan minda sedar. Artikel ini akan membincangkan aspek fitnah media baharu terhadap pemikiran secara minda bawah sedar yang memberikan cabaran yang besar kepada dakwah. Semua pihak perlu memahami dan berwaspada dengan fitnah yang tersembunyi di sebalik media baharu dan impak negatifnya kepada masyarakat. Ia mungkin tidak disedari kerana ia merupakan dimensi yang tidak nampak tetapi ia telah pun merubah struktur masyarakat yang ada pada hari ini.

Maksud Fitnah

Perkataan Fitnah di dalam al-Quran membawa beberapa maksud yang secara umumnya merujuk kepada perkara yang buruk dan kebinasaan. Dari sudut bahasa, fitnah membawa maksud ujian (الإختبار) dan cubaan (الإبتلاء). Walau bagaimanapun, di dalam minda rata-ratanya orang Melayu, apabila disebut perkataan fitnah, ia membawa maksud tuduhan dusta atau palsu ke atas seseorang. Walaupun ia tidaklah salah sepenuhnya, tetapi ia telah menyempitkan makna fitnah itu sendiri. Di dalam al-Quran terdapat beberapa maksud fitnah yang lebih luas lagi dari itu seperti yang terdapat dalam beberapa ayat berikut:
  • Syirik (Surah al-Baqarah: 191, 193 & 217)
  • Ujian dan cubaan (Surah Toha: 40 & al-Ankabut: 3)
  • Seksa (Surah al-Ankabut: 10, al-Dhariyat: 14 & al-Nahl: 110)
  • Dosa (Surah at-Taubah: 49)
  • Kekufuran (Surah al-Taubah: 48)
  • Pembunuhan dan kebinasaan (Surah al-Nisa’: 101)
  • Berpaling dari jalan kebenaran (Surah al-Ma’idah: 49 & al-Isra’: 73)
  • Sesat (Surah al-Ma’idah: 41)
  • Alasan (Surah al-An’am: 23)
  • Gila (Surah al-Qalam: 6)
Di dalam Hadis Rasulullah pula, Fitnah membawa maksud perselisihan, peperangan, ujian, cubaan, kelalaian, pembunuhan, penyeksaan, kemungkaran, maksiat, kufur, berpaling dari agama. Sekiranya diamati maksud fitnah itu dan dikaitkan dengan media baharu, ia membawa maksud keburukan dan impak negatif dari sudut agama terhadap manusia. Untuk memahami fitnah yang dibawa oleh media baharu, kertas ini akan membincangkan dari ciri media baharu dan enam fitnah media baharu.

Menurut Lister et al (2007), media baharu mempunyai empat ciri yang menjadikannya dinamik iaitu:
  1. Digitality merujuk kepada proses mengubah bentuk data kepada bentuk digit dan nombor yang dihilangkan bentuk fizikalnya. Setelah diubah, data tersebut dapat diubah, diakses dan disebarkan dengan cara yang mudah.
  2. Interactivity merujuk kepada kemungkinan medium ini yang boleh untuk memberikan tindak balas kepada apa yang mereka baca dan lihat.
  3. Hypertextuality merujuk kepada hasil kerja yang terdiri daripada unit-unit berasingan yang masing-masing menyumbang kepada pembentukan unit yang lain.
  4. Virtuality merujuk kepada teknologi yang membolehkan pengguna bertindak balas tentang sesuatu perkara dan berinteraksi persekitarannya.
Ke empat-empat elemen ini telah menjadikan media baharu dinamik yang dapat diperhatikan dalam lima dimensi iaitu:

Saintis berjaya cipta kayu lut sinar


P
 
MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Saintis di University of Maryland berjaya mencipta kayu lut sinar yang lebih kukuh dari kayu biasa. 
 


Menurut laporan CNN, saintis meramalkan kayu lut sinar tersebut mampu menjadi pengganti plastik.


Kata Dr. Liangbing Hu, kayu biasa perlu menjalani beberapa proses kimia untuk menghilangkan warna kayu tersebut.

Kemudian, beberapa unsur penguat seperti 'epoxies' digunakan untuk memperkukuhkan struktur kayu.

Selain plastik, kayu lut sinar juga berpotensi untuk menggantikan cermin.

"Cermin tingkap adalah masalah besar pada musim panas dan musim sejuk. Mereka mempunyai pembahagian suhu (thermal isolation) yang teruk)," kata Dr. Liangbing.

Kat Dr. Liangbing, kayu merupakan 'insulator' yang semulajadi, jadi kayu lut sinar mampu membahagikan suhu dengan efektif.

"Kayu lutsinar juga berpotensi untuk dijadikan sama kuat atau lebih kuat dengan keluli.


"Cuma bezanya, kayu yang diperkuatkan akan lebih ringan dari keluli itu sendiri," jelas Dr Liangbing

Tuesday, 24 May 2016

How I came to Islam – by Yusuf Islam (Formerly Cat Stevens)



How I came to Islam – by Yusuf Islam
From Musician to Muslim by Allah’s Will

All I have to say is all what you know already, to confirm what you already know, the message of the Prophet (Sallallahu alaihi wa sallam) as given by God – the Religion of Truth. As human beings we are given a consciousness and a duty that has placed us at the top of creation. Man is created to be God’s deputy on earth, and it is important to realize the obligation to rid ourselves of all illusions and to make our lives a preparation for the next life. Anybody who misses this chance is not likely to be given another, to be brought back again and again, because it says in Qur’an Majeed that when man is brought to account, he will say, “O Lord, send us back and give us another chance.” The Lord will say, “If I send you back you will do the same.”

MY EARLY RELIGIOUS UPBRINGING

I was brought up in the modern world of all the luxury and the high life of show business. I was born in a Christian home, but we know that every child is born in his original nature – it is only his parents that turn him to this or that religion. I was given this religion (Christianity) and thought this way. I was taught that God exists, but there was no direct contact with God, so we had to make contact with Him through Jesus – he was in fact the door to God. This was more or less accepted by me, but I did not swallow it all.

I looked at some of the statues of Jesus; they were just stones with no life. And when they said that God is three, I was puzzled even more but could not argue. I more or less believed it, because I had to have respect for the faith of my parents.

POP STAR

Gradually I became alienated from this religious upbringing. I started making music. I wanted to be a big star. All those things I saw in the films and on the media took hold of me, and perhaps I thought this was my God, the goal of making money. I had an uncle who had a beautiful car. “Well,” I said, “he has it made. He has a lot of money.” The people around me influenced me to think that this was it; this world was their God.

I decided then that this was the life for me; to make a lot of money, have a ‘great life.’ Now my examples were the pop stars. I started making songs, but deep down I had a feeling for humanity, a feeling that if I became rich I would help the needy. (It says in the Qur’an, we make a promise, but when we make something, we want to hold onto it and become greedy.)
So what happened was that I became very famous. I was still a teenager, my name and photo were splashed in all the media. They made me larger than life, so I wanted to live larger than life and the only way to do that was to be intoxicated (with liquor and drugs).

IN HOSPITAL

After a year of financial success and ‘high’ living, I became very ill, contracted TB and had to be hospitalized. It was then that I started to think: What was to happen to me? Was I just a body, and my goal in life was merely to satisfy this body? I realized now that this calamity was a blessing given to me by Allah, a chance to open my eyes – “Why am I here? Why am I in bed?” – and I started looking for some of the answers. At that time there was great interest in the Eastern mysticism. I began reading, and the first thing I began to become aware of was death, and that the soul moves on; it does not stop. I felt I was taking the road to bliss and high accomplishment. I started meditating and even became a vegetarian. I now believed in ‘peace and flower power,’ and this was the general trend. But what I did believe in particular was that I was not just a body. This awareness came to me at the hospital.

Amalan untuk musnahkan sel kanser


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya


Insyallah

Friday, 20 May 2016

Pohon Hijau Dan Sungai Mula Muncul Di Arab Saudi. Ini Tanda Akhir Zaman (Kiamat ) Sudah Hampir?



Sebagai seorang muslim yang beriman, kita tentunya percaya dan mengimani bahawa suatu hari kehidupan dunia ini akan berakhir. Akhir dari kehidupan itu disebut dengan hari kiamat. Kita harus meyakininya kerana ia terdapat dalam Rukun Iman yang ke-5.

Datangnya hari kiamat tak ada yang tahu, hanya Allah yang mengetahuinya. Namun, meski tak seorang pun mengetahui secara pasti kapan datangnya hari kiamat, tapi Allah SWT sudah memperingatkan manusia melalui tanda-tanda sebelum datangnya masa itu.

Dalam Al Qur’an dan Hadits juga banyak disebutkan tentang tanda-tanda datangnya akhir zaman atau hari kiamat. Seperti salah satu tanda yang disebutkan dalam hadits Nabi berikut.

Rasulullah saw bersabda :

“Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai (HR Muslim)“

Seperti yang kita tahu, bahwa dataran Arab dipenuhi dengan padang pasir dan gurun yang sangat luas. Jarang sekali tumbuh tumbuhan hijau di sana. Namun, sekarang ini ada sebagaian wilayah di Arab yang sudah menjadi padang rumput dan dialiri sungai-sungai.

Subhanallah. Saintis Buktikan Puasa 2 Kali Seminggu Boleh Cegah Kerosakan Otak



Itulah antara penemuan yang dilakukan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Mark P. Mattson, Profesor Neurosains daripada John Hopkins University, USA yang menjalankan kajian secara selular dan molekular ke atas sel tikus makmal dan manusia dan telah melihat kesan secara langsung dari amalan berpuasa 2 kali seminggu.

Apa yang menakjubkan, amalan ini bukan sahaja memberi kesan provokasi ke atas sel supaya lebih aktif, malah ia meransang pertumbuhan sel otak yang baru.

Di samping itu otak menjadi lebih rentan terhadap pertumbuhan plak yang menjadi pemacu kepada penyakit Alzheimer dan Parkinson yang ditakuti ramai.

“Puasa menyebabkan sel menjadi tertekan, namun pada konteks yang baik,” kata beliau sambil mengulas bahawa terdapat peningkatan dalam kebolehan menghadapi tekanan apabila seseorang itu mengamalkan puasa 2 kali seminggu.


Kajian yang dilakukan Mattson ini tersiar di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience edisi Januari 2013.

Beliau turut menekankan bahawa otak yang normal, jika terlebih makan akan menyebabkan keterujaan pada peringkat selular yang sukar dikawal sehingga boleh merosakkan fungsi otak.

Mereka mendapati haiwan-haiwan eksperimental yang berpuasa 2 kali seminggu ini membina pertahanan terhadap serangan strok dan mekanisma lain yang boleh merosakkan otak.

Beliau menerangkan secara mekanismanya apabila berpuasa, tenaga badan dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Justeru tenaga dapat dijimatkan dan dapat dimanfaatkan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisien.

Sebelum ini beliau turut menerbitkan artikel kajian klinikal ke atas pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan yang telah menunjukkan pengurangan simtom-simtom asma selepas mengamalkan puasa selang sehari selama 2 bulan.

Makan Buah Pisang Setiap Hari Anda Akan Sehat




Selain mempunyai rasa yang enak dan boleh mengenyangkan, buah pisang juga mempunyai banyak sekali manfaat baik untuk kesihatan dan untuk kecantikan walaupun harganya boleh dikatakan cukup murah. Tidak hanya mempunyai banyak manfaat dan juga khasiat, namun buah pisang juga mempunyai rasa dan juga tekstur yang sangat disukai banyak orang. Untuk itulah anda harus selalu menyediakan buah pisang ini di meja makan anda kerana beberapa alasan berikut.

Kandungan Antioksidan


Buah ini mempunyai kandungan antioksida yang baik untuk tubuh. Manfaat dari Atioksidan sendiri adalah untuk melawan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh manusia. Radikal bebas tentunya berbahaya kerana boleh merosakkan sel dan juga boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik dan juga proses penuaan.

Mencegah penyakit jantung

Pisang yang rajin dikonsumsi secara rutin dapat menurunkan risiko tekanan darah tinggi, jadi penyakit jantung tidak akan datang kerana tekanan darah akan lebih terkawal.

Kurangkan kesakitan haid

Bagi anda yang sering mengalami sakit semasa haid maka sangat dianjurkan untuk mengambil buah yang satu ini. Mengambil pisang sangat bermanfaat untuk melepaskan hormon stres yang mana berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit.

Kalium

Kandungan kalium yang tinggi di dalam buah pisang sangat baik untuk kesihatan otak, dengan begitu otak dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik.

Mencegah Anemia

Kurang darah atau yang biasa disebut dengan anemia terjadi kerana kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi tersebut boleh dipenuhi dengan memakan pisang yang mempunyai kandungan zat besi yang kaya.

Anti Depresan

Zat trytophan yang terdapat pada pisang boleh berfungsi sebagai neurotransmitter otak, yang akan menurunkan tahap kemurungan dan juga stres. Mengambil pisang akan membantu orang untuk menjadi lebih rileks dan juga santai.

Selain beberapa manfaat di atas tentunya masih banyak lagi manfaat dari buah pisang sehingga membuat buah tersebut sangat layak untuk anda sediakan pada meja makan anda setiap hari.