Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selari dengan keputusan dan pandangan Pejabat Mufti Kelantan berhubung ajaran Syiah di negeri ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan beliau di laman sosial miliknya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

“Pada saya, sikap Kelantan sentiasa jelas dalam isu yang melibatkan akidah seperti ini, bahkan Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sendiri telah membuat keputusan pada 30 Mei 1996 lalu bahawa ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Mesyuarat yang sama juga menetapkan bahawa hanya akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang diterima sebagai amalan oleh rakyat negeri ini, maka dalam hal ini saya akan mengambil kira pandangan pejabat mufti yang dikira lebih berhak untuk menyuarakan cadangan penambahbaikan sebagaimana yang telah dinyatakan,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Yakob yang juga Adun Pasir Pekan turut menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memerangi bukan hanya ajaran Syiah malah apa jua ajaran dan pemikiran yang menyeleweng daripada Islam

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2013