Sunday 14 July 2013

Pertemuan Techno Daie Muda Bersama Jakim

Kedudukan media baru, khususnya internet dalam memberi fakta dan informasi kepada masyarakat tidak dapat disangkal lagi dan berupaya menjadi suatu gerakan paling kuat dalam mendepani perubahan semasa.
Kuasa media baru dalam membangunkan kepercayaan dan kebudayaan baru masyarakat tercetus dengan lengkap apabila produk-produk atau peralatan berteknologi, gajet-gajet dan material komunikasi berteknologi tinggi dipasarkan seperti smart phone, iPhone, Ipad dan sebagainya.
Situasi semasa yang mempamerkan sebahagian besar pendakwah yang berjaya menguasai media baru dengan baik dilihat berupaya menarik minat generasi baru kepada program dan usaha dakwah seterusnya mengajak masyarakat ke arah kebaikan.
Justeru, dalam usaha Jakim sebagai Agensi pusat yang menguruskan Hal Ehwal Islam diperingkat persekutuan khususnya dalam merancang dan melaksanakan program dakwah memerlukan idea dan pandangan daripada generasi muda bagi memperkasakan lagi usaha sedia ada.
Bertitik tolak daripada itu, menerusi Bahagian Dakwah, satu pertemuan wakil-wakil universiti bersama Jakim telah diadakan pada hari Selasa bertarikh 9 Julai 2013, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ali Bin Mohammed bagi membincangkan mengenai strategi yang boleh diadakan bagi memperkasakan penyampaian dakwah. Antara wakil universiti yang terlibat adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
       Objektif perbincangan adalah :
        i.  Memperkasa penyampaian dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat.
       
       ii.  Memastikan keberkesanan penyampaian dakwah menerusi maklumbalas yang dapat diterima dengan  kadar segera daripada masyarakat
    
      iii.  Menangkis serta menyelesaikan isu-isu semasa yang dikemukakan oleh masyarakat dengan kadar segera
      iv.  Mengoptimumkan penyampaian dakwah secara global
   
Tarikh: 
 Jul 11, 2013  

No comments:

Post a Comment