Monday 22 July 2013

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa MKI Bincang Isu Shisha


 
Pada 17 Julai 2013, bertempat di Sama-Sama Hotel KLIA Sepang, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin telah diadakan bagi membincangkan beberapa isu penting yang memerlukan keputusan segera.
 
Sebanyak empat (4) isu telah dibincangkan, antaranya ialah Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Isu Shisha yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak sejak mutakhir ini telah dibincangkan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI sejak tahun 2011 lagi dan keputusan mengenainya telah ditangguhkan sehingga data-data yang lebih kukuh dan menjurus kepada situasi terkini yang berlaku di Malaysia dapat dibuktikan untuk Muzakarah membuat keputusan.Perbincangan, penjelasan dan data-data saintifik terhadap isu ini telah mendapat kerjasama pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan data-data yang telah dibentangkan dan hujah-hujah syarak, Muzakarah Khas sebulat suara bersetuju memutuskan seperti berikut:
 
“Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummahpembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haramOleh itu,umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
 
Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a.      Firman Allah swtdalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan                  diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b.      Firman Allah swtdalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda                    yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c.      Sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud: “Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada                  orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
              d.       Kaedah Usul Fiqh:
  سد الذريعة- iaitu “Menutup pintu kerosakkan”  
درء المفاسد مقدم على جلب المصالحiaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
 
Muzakarah Khas kali ini juga turut membincang isu penggunaan Dakwat Kekal oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada Pilihanraya Kecil Kuala Besut Terengganu dan memutuskan bahawa Dakwat Kekal (Indelible Ink)yang akan digunakan oleh SPR tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan. Oleh itu dari aspek syarak penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) tersebut adalah harus dan dibenarkankerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Selain itu Muzakarah Khas juga bersetuju meminda sighah keputusan mengenai Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-94 bertarikh 20-22 April 2011 seperti berikut:
 
“ Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarahbersetuju memutuskanbahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo adalah diharuskan”.
 
Muzakarah Khas yang diadakan ini telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri-negeri,Ahli-ahli Dilantik Majlis Raja-Raja dan Ketua Pengarah Jakim selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI. 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
 Jul 19, 2013

No comments:

Post a Comment