Monday, 1 July 2013

Mencari Hakikat Iman Siri 1-4 (Berdasarkan Pengalaman Sebenar)

Mencari Hakikat Iman Siri 1


Kita mengaku bahawa kita beriman kepada Allah. Beriman pada Allah maknanya kita percaya Allah itu ada. Percaya Allah itu sifatnya tunggal tidak dua atau tiga dan seterusnya. Itu perkara logik dan boleh terima.Kalau ada lebih dua pasti boleh gaduh para tuhan ini. Aqidah Islam konsepnya amat jelas.Macam itu juga Tuhan mesti tidak serupa benda.Kalau macam benda matahari ke, bulan ke, patung ke pastinya bukan Tuhan.Apa hebatnya semua benda ini.Patung tu sendiri tak ada apa kuasa macam mana kita hdk harap dia tolong kita.



Hari itu, bila pergi Kemboja perjalanan drp Penom Penh ke Sien Reap menaiki van nampak sepanjang perjalanan suasana banjir. Nampak dgn mata kepala sendiri patung2 sembahan Budhha banyak tengelam.Jadi Budhha sendiri lemas, tak boleh selamatkan diri sendiri, macammana ini boleh disembah.Aqidah Islam boleh tolak itu semua. Maka aqidah kita benar, dah tak salah lagi. Cuma kenapa kita tak yakin-yakin lagi. Ini masalah besar.




Allah wujud, perhati segala gerak geri kita.Buat benda ditempat terang ke, tempat gelap ke, seorang2, tengah hutan, tengah laut semua Allah tahu.Bahkan apa yg kita bisik dalam hati semua Allah tahu. Itu Allah yg kata bukan Nabi, keterangan ada dlm al Qur'an. Tapi kenapa tak yakin juga!



Bila tak yakin, inilah sebab buat dosapun rasa tak ada apa2. Seolah-olah Allah tidak nampak dan tidak tahu.Macam boleh disorok2 mcm suami sorok kejahatannya drp isteri.Tapi soalnya, kenapa perasaan bahawa Allah memerhati kita setiap masa tu tidak timbul dalam hati dan perasaan kita.Ini yg muskil sangat.



Ini mesti kerja Syaitan. Ya, memang kerja Syaitan hdk meragukan kita dan mengajak kita sentiasa lupakan Allah. Syaitan ajak kita jgn percaya dan yakin pada Allah.Syaitan kata, pernah kamu nampak Allah? Kalau tak nampak jadi mcm mana kamu hdk percayakan ia ada? Itulah kerja Syaitan hendak ragukan kita setiap saat!



Soalnya kerja meragu-ragukan ini kerja Syaitan, soalnya Syaitan ini ada ke? Kita pun tak pernah nampak Syaitan juga kan? Ini satu hal juga.Semua yg kita dituntut percaya semua benda-benda yg tidak nampak.Susah-susah.



Inilah yg dikatakan iman. Iman ialah percaya benda-benda ghaib.Qur'an kata awal2 lagi.Ada disebut dlm Surah al Baqarah ayat 3.Mereka org beriman adalah mereka yg percaya kepada benda ghaib.Soalnya benda ghaib ini ada ke? Adake kewujudan mahluk tapi kita tidak nampak ? Ikut aqal singkat memang kita boleh kata tak logik, dan tak ada.



Sebenarnya memang ada benda wujud tapi mata kita tak nampak. Cth: ada angin.Bukti angin ada pokok boleh goyang. Tapi boleh kita tunjuk mana angin.Seorangpun tak boleh tunjuk.Ada tak ada ? Memang ada, tak boleh tunjuk sebab tak nampak. Ada hp? mcmmana tiba2 dering hp bunyi. Ada nampak gelombang ke ? Juga tak nampak.Habis hdk kata tak ada ?Pastinya ada. 



Jadi pastinya tidak semua yg tak terjangkau oleh mata bukan maknanya tidak ada. Gelombang Hp, Gelombang TV ciptaan manusiapun tak nampak? Maka tidak heranlah kalau Allah boleh cipta Mahluk macam Syaitan, Malaikat, Jin yg kitapn tak nampak. Maka di sini jelas Syaitan itu ada dan goda kita supaya jgn yakin dgn Allah. Allah tetap ada walaupun kita tidak nampak. Jadi Yakin sekarang?Nasihat saya sekarang marilah kita sama-sama membina keyakinan iman. 



Cara terbaik dpt keyakinan iman ialah kita kena banyak gunakan aqal fikiran yg diberi Allah utk memikirkan ciptaannya.Bermula fikirkan tentang hebatnya kuasa Allah, Allah boleh cipta kita dgn segala kehebatan.Allah boleh cipta jantung kita berdenyut setiap saat sejak berpuluh tahun dahulu tanpa henti. Saya ada kawan pakar jantung, saya tanya padanya, apa yg gerakkan jantung.Diapun tak tahu hdk jawab walaupun pakar jantung.Mesti ada tenaga pengeraknya. Bateri ke ? Tak ada bateripun, pastinya ada bateri Allah yg hebat dan ajaib utk gerakkan jantung.Itu bukti Allah ada dan hebat !



Bumi dan segala cakerawala berpusing ikut orbit sejak berjuta tahun dahulu. Jadi agaknya tenaga apa yg memusingkan.Kalau ada tenaga mesti tenaga ini begitu hebat sekali. Bumikan berat. cakerawala lain yg dikata oleh Saintis ada 200 billion bintang. Semua berpusing ikut orbit. Hdk pusingkan sebiji bola berpuluh kali guna tangan kitapun tak upaya jadi ini hdk pusingkan cakerawala !Fikir, fikir....Insyaa Allah dpt keyakinan Allah memang betul2 wujud dan hebat.



Selain itu kita kena banyak doa pada Allah supaya memberikan kita keyakinan iman. Itu memang dituntut oleh Islam. Nabipun berdoa supaya diberikan Allah keyakinan Iman.Ya Allah berikan kpdku hakikat iman sehingga aku tidak takut dan mengharap selain daripadamu Ya Allah. Indahnya doa yg diajar oleh Nabi (Al Mathurat).Mohon kpd Allah supaya dimasukan iman dan taqwa dlm hati kita. Mohon dan mohon.Insyaa Allah, Allah makbulkan sebab kita mohon benda baik.



Bila keyakinan dtg dan masuk dlm diri barulah kita dpt satu tenaga baru dan kekuatan. Inilah kekuatan sebenar.Kekuatan yg menyebabkan kita boleh bangkit tengah malam utuk bertawajuh pada Allah di ketika org lain tidur nyenyak.Kita akan sanggup merempuh kedinginan pagi semata-mata ingin mengujungi rumah Allah di waktu subuh.Kalau di medan perang inilah orang2 yang sanggup merempuh benteng musuh dikala hujan peluru tidak berhenti-henti. Inilah keyakinan iman.Mereka ini merasakan Allah sentiasa ada bersamanya setiap saat dan ketika dan di mana-mana. Mereka yakin Allah adalah segala-galanya.Pastinya bukan mudah utk mendapat keyakinan Iman. Sayapun masih tidak mendapatkannya, syya akan terus berusaha dan beruasaha mencapainya. Allah Hu Akhbar.


Mencari  Hakikat Iman Siri 2


Shabat Fb sekian semalam saya menulis tentang sukarnya utk mendapat hakikat iman.Pastinya memang sukar utk mendapatkannya.Kita mahukan tapi Syaitan pastinya akan menghalang.Mengapa Syaitan hdk halang2 sangat ni. Mesti ada sebab.Kitapun tahu, hal yg baik Syaitan akan halang. Rahsianya ialah hakikat iman akan menjadikan seorg itu hebat, akan jadi bukan sebarangan org.Org ini sudah sampai tahap Ikhsan.



Darjat seseorg itu ada tiga 1) Muslim, 2) Mukmin dan 3) Muksin.Kita semua paling hebat sekadar Muslim. Hebat sikit Mukmin.Jarang sampai tahap 3 Muksin.Org Muksin bukan sebarang org di sisi Allah.Allah dirasakan sentiasa bersama-sama dgnnya. Segala gerak gerinya termsk gerak hatinya hanya kerana Allah.Mereka memilih hidup utk Allah.Allah tujuan hidupnya. Allah adalah segala-gala pda org Muksin. Org spt ini pasti dikasihi Allah.Dia kasih Allah dan Allah akan kasih padanya pula. Hebatkan?Ini yg Syaitan benci.Apa kelebihan org ini ? Paling tidak doanya makbul.Hidupnya jadi lampu meneragi org lain.



Tahap Muhsin adalah bukti kehebatan manusia. Makhluk manusia boleh buat satu yg makhluk lain tidak mampu mencapainya. Cuba tengok, Syaitan tahu kehebatan Allah tapi mereka bertindak menjauhi Allah dan mengingkarinya. Kita pula bukan hidup ditempat yg boleh nampak alam ghaib yg hebat spt Syaitan nampak. Walaupun sedemikian kita percaya lalu patuh dan berusaha menghampiri Allah SWT.



Yg penting sekarang walaupun kita tidak sampai tahap Muksin lagi kita mesti lawan musuh Allah yg khianat yg bernama Syaitan.Kalau tidak lawan jgnkan sampai ke MUksin kedudukan yg sedang disandang sekarang iaitu org Muslim dan Mukmin mungkin boleh jatuh merudum. Banyak bukti ramai Muslim rosak dan sesat.Nama sahaja Muslim tapi kaki maksiat, tak amal hidup Islam dll. Yg mula beriman tinggi sikit disesatkan cara lain spt ikut ajaran sesat. Percaya org mati hanya ghaib spt pengikut bekas arqam. Macam2 strategi Syaitan hdk gelincirkan kita.Itulah kerja Syaitan.



Hari ini kita mulakan peperangan dgn Syaitan. Cadangan saya utk lawan Syaitan ialah 1) Rajin2lah menuntut ilmu agama. Tanpa ilmu agama macammana semangatpun takkan ke mana.Pasti mengalah akhirnya dgn Syaitan.Jgn mentang2 dah ada ilmu agama dah tak mahu lagi dengar ceramah dll. Ini satu masalah juga. 2) Ikhlaskan semua amalan. Syaitan mati harapan dgn seseorg yg sentiasa ikhlas.Ini Syaitan sendiri kata mereka akan kalah dgn org Ikhlas.3) Banyak zikir. Kata Ibnu Qayim zikir akan menjauhkan dan melemahkan Syaitan.



Banyak zikir Syaitan lari. Kalau kita tidak zikir, Syaitan duduk dekat dgn kita. Itu yg jadi bukan-bukan.Saidina Umar ikut sejarah, mana-mana tempat baginda lalu dan duduk Syaitan takkan lalu dan duduk tempat tersebut. Itulah aura Saidina Umar. Kita sebaliknya, termasuk saya mungkin.4)Doa kpd Allah utk diri dan ahli keluarga supaya dilindungi dan dijauhi drp Syaitan.Ini amat penting sebab Syaitankan Makhluk Allah yg licik. Dlm Qur'an Allah kata mereka (Syaitan) nampak kita tapi kita tak nampak mereka. Jadi payahlah hdk lawan dgn musuh tak nampak pulak dgn segala senjatanya.Hanya Allah juga yg layak melindungi hamba-hambanya yg lemah macam kita drp Syaitan terlaknat.



Saya sentiasa berusaha dan akan terus berusaha mencari hakikat iman. Bila hdk dapat hanya Allah sahaja yg mengetahui.


Mencari Hakikat Iman: Siri 3


Saya pernah memiliki kawan yang seolah-olah yang dia sudah tahu masa hendak mati. Dia tidak pernah mengatakan dia akan mati pada hari itu dan ini pada saya…tidak.Cuma menurut pemerhatian saya tindakannya untuk beberapa hari itu dia seolah-olah sedang bersedia menghadapinya. Dia orang biasa, ustaz biasa-biasa sahaja pada zahirnya serupa saya. Dii sisi Allah hanya Allah yang tahu. Detik menjelang kematian iaitu 3 jam sebelum meninggal dunia lepas membaca al Qur’an di pejabat dengan memeluk al Qur’an didadanya diapun masuk ke bilik saya. Dia menziarahi saya sebagai rakan sepejabatnya pada hari itu.



Sepanjang bersama dalam ziarahnya, saya tidak nampak akan tanda-tanda ganjil yang besar berlaku padanya sama ada melalui perbualan atau sikapnya. Cuma dia kata saya akan pindah.Itu antara butir ayat yang masih saya ingat hingga sekarang ini. Ingatkan pindah ke mana..rupanya jam 12.45 t.hari lebih kurang setelah 3 jam masa berlalu, saya diberitahu bahawa dia sudah meninggal dunia.Rebah kerana serangan jantung dan dihantar ke hospital. Terkejut saya dibuatnya. Baru saya faham maksud pindah yang dia tuturkan pagi itu. Pindah kealam Baqa.Saya sempat menolong mengurus dan menghantar jenazahnya ke negeri asal beliau iaitu Kedah. Saya turut bersama ketika jenazahnya dikebumikan pada malam hari itu iaitu malam jumaat.Semoga Allah mecucuri rohnya dan menempatkan beliau di tempat orang-orang beriman.Al Fatihah.



Bagi saya dia seolah-olahnya sudah tahu masa untuk mati. Rupanya, dia sudah menyiapkan segala-galanya. Untuk hari itu dia tidak membenarkan isterinya bekerja. Isterinya mematuhi tanpa bantah. Hari itu juga keretanya dipejabat ditinggalkan dengan kunci dibiarkan tergantung ditempatnya. Seolah-olah untuk memudahkan kalau berlaku kematian senang untuk orang menghantar balik keretanya kerumah.Parking kereta pada hari itu rasanya yang terbaik dia pernah buat tidak senget dan tepat ikut petak yang ditetapkan. Menunjukan contoh tauladan untuk diikuti oleh kaki tangannya.



Rupanya malam sebelum itu dia telah membersihkan termasuk mengemas buku-buku dan susun atur bunga di dalam biliknya. Dia sempat berpesan kepada pengawal yang menemaninya ke bilik pada malam hari itu supaya beritahu jangan dirubah apa-apa yang telah disusunnya . Apa yang menarik dia bertanya kepada pengawal yang menemani adakah dia perasaan ada dua (2) orang lain turut sama naik mengikutinya. Rasa meremang juga bila mendengar cerita tersebut !Siapakah yang di maksudkan sehingga sekarang masih menjadi teka teki. Malaikat, Qarinnya atau siapa? 



Rupanya sehingga sampai saat dan masanya mata kita boleh dibukakan hijab, melihat sesuatu yang orang lain tidak Nampak. Pastinya kawan saya ini telah melihat sesuatu dan sempat menceritakan sedikit daripadanya. Mungkin kerana itu dia bersiap-siap untuk menghadapi detik kematian. Apakah kawan saya ini telah mendapat maqam hebat dan hakikat iman. Allah Hu A’lam.Cerita ini benar-benar menambahkan keimanan kepada diri saya sendiri. Alam ghaib memang sebenar-benar wujud dan sampai ketikanya kitapun boleh Nampak juga.Cuma apakah sempat untuk kita bercerita.



Saya sekadar ingin berkongsi cerita supaya sama-sama mengambil manfaat. Bukan niat bercerita tahyul tapi untuk memikirkan alam ghaib yang sukar diyakini oleh kita semua selama ini. Saya terus mencari hakikat iman, mencari dan mencari…..



Mencari  Hakikat Iman: Siri 4


Bila bekerja menjadi pegawai agama, banyak tugas yang kena buat.Daripada hal perkahwinan, sekolah agama, masjid, dakwah dll semua kena jaga. Termasuk kerja yang kena buat ialah kerja-kerja penguatkuasaan. Cerita tangkap khalwat atau kes-kes seumpamanya mungkin bagi sesetengah orang seronok mendengarnya, tapi bagi saya kerja menangkap mereka boleh menggugat Iman saja. Mana taknya, terkadang ternampak yang bukan-bukan termasuk Wayang lucah percuma !Mujurlah dah beristeri. 



Antara tugasan berat sepanjang bekerjaya sebagai pegawai agama ialah apabila datang arahan atau permintaan mengali semula kubur2 tertentu. Kenapa kena gali semula kubur ? Pastinya banyak sebab ia perlu dilakukan cth;kubur dijadikan tempat pemujaan (Kadang2 bukan kuburpun), atau pindahkan kubur sebab kawasan berkenaan hdk dibuat projek pembanggunan, arahan mahkamah dan lain-lain. Memang ada perasan gerun dalam hati. Namun atas arahan, kerja tetap kena buat. Bukanlah saya yang hendak melakukannya. Tapi sebagai ketua, anak buah buat kerja takkan tidak tengok. Apapun saya tetap berkeyakinan ini adalah peluang untuk saya mencari hakikat iman.Mencari sesuatu di alam ghaib. Mana tahu, mungkin Allah bagi rezeki dkt saya lalu di nampakan sesuatu akan tanda-tanda kebesarannya dan kekuasaannya. 



Bagaimanakah cerita alam ghaib, terutamanya alam barzakh yg sedang saya bincang … cerita-cerita macam ini cukup banyak. Di TV, majalah, cerita drp orang tua, cerita alam Barzakh dgn pelbagai versi wujud.Cerita mayat tidak reput walau sudah ditanam berpuluh tahun dll sering kita dengar.Saya juga mengikutinya dgn penuh minat. Tapi bukan utk menjadikannya cerita Khurafat dan Tahyul.



Saya ada sepupu-sepupu sebelah isteri yang tinggal di Mekah dan memang sudah jadi warga Saudi.Pakcik sebelah isteri saya tinggal Di Jiyad Saudi dan bekerja di Masjidil Haram. Bila keluarga sebelah isteri dtg ke Malaysia biasanya dia akan menetap semalam dua di rumah saya. Saya suka bertanya hal ehwal Mekah spt cerita Masjidil Haram dan cerita lainnya. Saya sendiri suka bertanyakan hal berkenaan.Bila saya ke Mekah samaada kerana menunaikan Haji dan Umrah saya sendiri minta Pak Cik saya tunjukkan mana yg dikatakan tiang Jin dan sebagainya yg selalu dicerita-ceritakan oleh org. Memang menarik.



Pernah dia menceritakan suatu hari pernah berlaku banjir besar di kawasan Perkuburan Uhud tempat bersemadinya para Syuhada.Dikatakan banjir tersebut menyebabkan kubur-kubur Syuhada Uhud rosak dan terbongkar.Apa yg menarik ialah mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa mayat-mayat para Sahabat yg telah ditanam lebih seribu tahun dahulu masih kekal utuh. Ia seolah-olah baru ditanam. Mayatnya tidak reput, tubuhnya masih panas dll. Cerita Syuhada ini hidup seperti di sebut dalam al Qur’an ini memang cerita benar. Itu yg diceritakan oleh ahli keluarga sebelah isteri saya yg tinggal di Mekah bukan oleh Majalah Mastika. Ceritanya menambah keyakinan iman kepada saya.



Balik cerita menggali kubur semula yg telah diamanahkan untuk saya dan beberapa rakan melakukan. Beberapa pengalaman saya pernah lalui di merata negeri utk melakukan kerja tersebut. Antaranya, pengalian kubur di Pulau Besar Melaka.Apa istemewanya Pulau Besar Melaka ? Pulau Besar di Melaka memang cukup terkenal. Banyak cerita dogeng dan khurafat dikaitkan dgn pulau ini. Antara ceritanya, pernah ketika empangan Durian Tunggal di Melaka kering satu ketika dahulu ia kononnya kerana kemurkaan para ‘Wali Allah’ yg tinggal di Pulau Besar ini.



Pulau Besar Melaka dikatakan banyak Jin. Jangan buat sembarang di pulau ini. Pernah diceritakan pelancung2 yg membuat maksiat akhirnya tersesat tidak dapat pulang menemui jalan ke hotel. Pernah hotel yg membenarkan pembinaan gereja di dalamnya akhirnya jatuh bengkrap kerana pelancung tidak mahu tinggal di hotelnya kerana banyak gangguan. Banyak cerita kalau mahu disebutkan berkaitan Pulau ini. Allah Hu A’lam hanya Allah sahaja yg mengetahuinya. Yg terbaru saya mendapat maklumat Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju mewujudkan Ma’had Tahfiz Al Qur’an di Pulau tersebut. Al Hamdulillah.



Itulah Pulau Besar Melaka dgn ceritanya tersendiri. Apa yg pasti di pulau ini banyak kubur2 lama, yg dikatakan kubur para pendakwah silam dll. Kubur ini ada yg dianggap keramat. Banyak upacara2 keagamaan dilakukan di Pulau ini terutamanya pada Hari sambutan Maulid Rasul dan bulan Muharram. Beribu pelancung akan masuk atas pelbagai tujuan. Ramai yg dtg kerana melakukan khurafat spt hendak bayar nazar dikubur2 atau tempat tertentu di Pulau ini. Ada yg menyembelih kambing dan melakukan amalan2 khurafat. Pelik !, dunia telah moden tapi otak mereka masih tidak moden, percayakan tahyul dan hantu.



Jadi pulau ini mesti dibersihkan drp segala kekarutan dan kekurafatan. Segala kubur para “Wali’ ini perlu dibongkar semula. Makam 7 beradik yg begitu panjang kuburnya juga perlu diketahui kebenarannya. Fatwa telah mengizinkan utk semua itu dilakukan demi Maslahan ummah. Kalau betul ada mayatnya ia mesti dipindahkan. Kalau tinggal tulang belulangnya maka angkat dengan segala penghormatan. Apapun sisa yg ada pindahkan dan alihkan ketempat sesuai dan selamat. Yg penting bebaskan Pulau Melaka drp dijadikan tempat pemujaan, khurafat dan sebagainya.



Maka upacara pembersihan di lakukan. Kubur perlu digali satu persatu. Saya teringat sahabat saya Ustaz Rahimin Bani Ketua Penguatkuasa Syarie Negeri Melaka yg begitu berani memulakan kerja2 tersebut.Dgn mulut kumat kamit membaca sesuatu (doa) dgn cangkul ditangan dia cuba membongkar rahsia disebalik kedalaman 6 kaki di bawah tanah. Sayapun membaca apa2 yg teringat. Kami cuba membongkar Misteri Alam Barzakh. Bukan sebarang Misteri TAPI satu alam yg kita juga semuanya akan masuk kedalamnya. Al Hamdulillah, segalanya berjalan dengan sempurna ketika kerja dilakukan.Segalanya selamat.Alam Barzakh memang misteri. Segala yg perlu dirahsiakan maka saya akan rahsiakan di sini. Benar Alam Barzakh ini wujud.Sesejak drp itu, jiwa saya mula tidak tenteram.Tidur mula terganggu.Mungkin saya tidak mempunyai jiwa sekuat Sahabat ku Ustaz Rahimin Bani.



Kawan2 di Kedah yg bekerja di Jabatan Agama Islam pernah menceritakan perkara yg sama. Alam Barzakh memang anih.Katanya, ketika empangan Beris di Sik Kedah mahu dibina maka ribuan kubur terpaksa dipindahkan. Benar, kewujudan mayat tidak reput memang benar2 berlaku. Bukan kerana diawet atau kerana factor geologi. Tapi kerana Allah mahu membuktikan org yg istemewa mereka akan mendapat keistemewaan ketika hidup ataupun mati. Org yg mulia memang jasadnya akan dimuliakan oleh Allah. Ulat dan cacing juga akan memuliakannya mereka atas perintah Allah.



Tidak perlu menanti cerita berlaku banjir di perkuburan Uhud TAPI di Malaysia perkara ini juga berlaku khusus utk org teristemewa dan kekasih Allah. Persoalannya apakah kita akan terpilih menjadi kekasih Allah. Jasad dan roh akan dimuliakan Allah.Saya takut belum lagi dikebumikan lagi jasad kita telah menunjukkan bau busuk dan mereput. Ini akan menimbulkan aib pada diri dan keluarga. Ya Allah lindungilah diri kami drp segala yg menyebabkan hilangnya kemulian dan sesuatu yg membawa kehinaan. Yg penting dalam hidup ini hindarilah segala yg boleh membawa dosa yg mengundang murka Allah.Cerita dan semua yg telah saya lalui sedikit sebanyak telah menambahkan keimanan kepada Allah SWT.Usaha mencapai hakikat Iman mesti dicari oleh kita semua. Insyaa Allah akhirnya kita akan menemui.

Oleh:AAAR

No comments:

Post a Comment