Monday 22 July 2013

KP JAKIM Rasmi Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-22

7 Julai 2013 – Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Kali Ke-22 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad yang lalu. Majlis graduasi tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.
Dalam ucapan perasmiannya, Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah menyentuh berkenaan dengan tanggungjawab seorang hafiz al-Quran yang memikul amanah yang cukup tinggi dan cukup berat.
Justeru beliau berpesan kepada para graduan yang menerima diploma dan sijil untuk tidak hanya berbangga dengan pencapaian yang ada, tetapi haruslah meningkatkan kemahiran dan pencapaian di masa akan datang di samping menjaga amanah yang terpikul di bahu masing-masing.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka telah menerima diploma serta sijil.
Dengan iringan doa dan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa, maka hari ini kita melihat anak-anak pelajar ini telah berjaya melanjutkan pengajian di Darul Quran seterusnya berjaya mencapai impian yang diidam-idamkan.” tambah beliau lagi.


Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, Y.Bhg. Tuan Haji Muhamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Y.Bhg. Hajjah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Darul Quran JAKIM, Ahli Lembaga Darul Quran JAKIM, Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor.
Majlis gilang-gemilang tersebut telah menyaksikan seramai 505 graduan menerima Sijil Tamat Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Quran & Sunnah, Diploma Tahfiz al-Quran dan Sijil Tahfiz al-Quran dalam Istiadat Konvokesyen pada kali ini.
Daripada jumlah tersebut 34 orang pelajar Ijazah, 290 orang pelajar Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma, 126 orang pelajar di peringkat persijilan tahfiz al-Quran (DQ-UIAM), 22 orang pula program pensijilan tahfiz Uniten dan 29 orang pelajar di peringkat Sijil Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ).
Selain daripada itu, saudara Muhammad Nadreen bin Abdul Rahman dan Saudari Raden Qurratu’aini binti Muhammad Mun’im telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Nadzreen ketika ditanya berkenaan cita-cita dan hasrat beliau, menyatakan impian untuk kembali berbakti di Darul Quran sebagai pensyarah. 
web-DSC_6112
Sebahagian daripada graduan perempuan yang terlibat dalam Istiadat Konvokesyen tahun ini.
F

No comments:

Post a Comment